Anai-anai spesies Coptotermes curvignathus merupakan perosak yang menyerang tanaman mangga, durian, durian belanda, jambu batu, manggis, nangka dan rambutan. Bahagian yang diserang ialah akar dan batang. Anai-anai akan memakan kulit akar dan kulit batang di sekeliling batang utama menyebabkan tumbesaan pokok terencat. Dalam situasi yang serius, pokok akan mati.

Perosak ini menyerang tanaman buah-buahan melalui terowong tanah. Oleh itu di bawah pokok yang diserangi itu, tanah hendaklah dikorek supaya membentuk parit yang mana racun serangga seperti chlorpyrifos (contoh : Dursban, 75 ml/4.5 liter air; Lorsban 40 EC, 18-35 ml/18 liter air) disiram di pangkal batang dan juga ke dalam parit yang dikorek supaya racun dapat meresap ke dalam tanah dan membunuh anai-anai. Sarang anai-anai yang biasanya berada dalam bentuk busut juga hendaklah dipecahkan kemudian disiram dengan racun. Dahan atau ranting kering di atas pokok hendaklah dipangkas kemudian dibakar supaya anai-anai tidak berkumpul di situ.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Sumber Maklumat:
Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal. 152-153.










