You are currently viewing Cara Memilih Durian Yang Baik

Cara Memilih Durian Yang Baik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Ada beberapa teknik boleh digunakan untuk menentukan kualiti durian sama ada baik atau tidak. Ini berikutan ada pengguna yang kurang memahami hakikat ini dan menjadi “mangsa” semasa membeli durian. Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mendapatkan durian yang baik.

Tangkai

Tangkai durian yang baik seharusnya menampilkan keadaan yang segar, berwarna perang muda, kulit nipis dan apabila dikopek dengan kuku menampilkan warna kehijauan. Durian yang segar juga menunjukkan bahagian atas tangkai yang masih mempunyai kelembapan serta sedikit melekit. Jika bahagian itu telah menjadi warna perang, maka durian itu sudah terlalu masak. Jika keseluruhan tangkai telah berwarna perang mendalam, maka durian itu tidak harus dibeli. Ini kerana durian itu telah gugur dalam tempoh yang agak lama dan kualitinya telah merosot.

Menghidu Bau

Mengangkat durian dengan ibu jari dan jari telunjuk kemudian memegang durian dengan tapak tangan sebelah dan menghidu baunya di bahagian sepanjang garisan pembuka yang merupakan bahagian kulit yang paling nipis. Dengan itu, durian yang baik menampilkan bau yang manis mentah.

Durian kurang masak akan memberi bau mentah menyatakan ia kurang masak walaupun ia akan masak dengan memberi masa yang lebih lama.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Mengoncang

Memegang durian dengan cara seperti di atas, kemudian mengoncang durian itu ke hala bawah dengan cergas, durian yang baik akan berbunyi menandakan isinya sudah tanggal daripada pangsanya. Langkah ini diambil untuk memastikan durian tersebut sudah masak.

Menekan Duri

Kebanyakan duri durian yang masak boleh dibengkukkan semasa ditekan dengan jari. Kalau duri itu masih tegar semasa ditekan, kemungkinan besar durian itu belum masak. Walau bagaimanapun, pelbagai klon durian mempunyai perbezaan dari segi ketebalan kulit dan saiz duri, oleh itu teknik ini boleh digunakan dengan baik pada durian Lipan atau 604 tetapi tidak pada durian Kun Poh atu Udang Merah.

Rasa Ringan

Durian yang masak adalah lebih ringan berbanding durian belum masak. Ini kerana durian yang masak mengalami kehilangan kelembapan. Oleh itu, bagi durian yang sama saiz, maka durian yang lebih ringan sepatutnya durian yang lebih baik untuk dipilih.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com