You are currently viewing Perangsang Tumbuhan Memperkuatkan Sistem Akar Tumbuhan Serta Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Sayuran

Perangsang Tumbuhan Memperkuatkan Sistem Akar Tumbuhan Serta Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Sayuran

Acrecio, perangsang tumbuhan yang mangandungi empat ramuan aktif yang mampu memperkuatkan sistem akar dan meningkatkan pengambilan baja. Produk ini dihasilkan dari Perancis dan diedarkan oleh Syarikat Brightonmax Sdn Bhd. Acrecio amat berkesan terhadap tanaman sayuran dan telah menjadi pilihan petani sayur-sayuran. Ia dapat mengurangkan masalah penyakit dan meningkatkan hasil tanaman.

Menurut Syarikat Brightonmax Sdn Bhd, Acrecio mengandungi empat bahan aktif termasuk Acreciactiv, asid humid, dan L-Tryptophan L-Methionine. Acreciactiv merupakan sebatian semula jadi yang baru dan dihasilkan daripada tumbuhan. Ia mampu menggalakkan pertumbuhan akar serta meningkatkan kadar fotosintesis dan pengambilan nutrien. Manakala Asid Humid dapat menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma dalam tanah supaya nutrien dalam tanah dapat diguna dengan berkesan oleh tananam.

Manakala bagi L-Tryptophan dan L-Methionine, kedua-dua bahan aktif ini adalah asid amino. L-Tryptophan adalah unsur penjanaan tanaman tumbuhan yang dapat meningkatkan perkembangan sistem akar serta pembahagian sel, sedangkan L-Methionine adalah elemen semula jadi untuk etafon. Kedua-dua bahan aktif ini dapat meningkatkan pertumbuhan kesuluruhan tanaman serta pemanjangan akar dan pucuk.

Penggabungan semua bahan-bahan aktif yang disenaraikan di atas, Acrecio berupaya untuk merangsang pertumbuhan sistem akar serta mengalakkan pengambilan nutrien oleh tanaman. la boleh memperkuatkan sistem ketahanan tumbuhan terhadap cuaca atau keadaan persekitaran yang tidak tetap. Selain itu, ia juga mengandungi nisbah NPK yang seimbang dan menawarkan keperluan nutrien asas kepada tanaman.

Maklum balas daripada petani, setelah menggunakan Acrecio, ia memberikan kesan yang amat puas hati, akar menjadi lebih kuat dan pertumbuhan tanaman yang lagi sihat, serangan penyakit tumbuhan semakin kurang dan meningkatkan hasil tanaman.

Menurut maklum balas daripada Encik Ah Shui yang telah menguruskan kebun tanah seluas 30 ekar, selepas menggunakan Acrecio, pengakaran jelas bertambah dan tanaman menjadi lagi sihat serta kualiti dan kuantiti hasil tanaman telah dipertingkatkan. Sebelum penanaman, beliau menyemburkan Arcecio ke atas tanah lalu penyemburan foliar dibuat 2 3 kali selepas percambahan benih sayur.

Menurut Encik Kalun dan Encik Pang dari Kota Tinggi, Johor, penggunaan Arcecio amat memuaskan, pengakaran tanaman menjadi lebih kuat dan daun daun menjadi lebih tebal serta meningkatkan kekerapan pembungaan. Tambahan daripada Encik Pang, dia turut menggunakan produk Excel CaB daripada Syarikat Brightonmax Sdn Bhd sebagai perangsang nutrien (kalsium, magnesium, boron) untuk tanaman berbuah dengan cepat dan mengurangkan kejadian buah pecah atau kecacatan buah. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman serta mengurangkan serangan penyakit dan serangga. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: Syarikat Brightonmax Sdn Bhd di talian: 07-595 3580/595-3680.

Sila kongsi kepada kawan :