Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Keluasan tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 80-an mencatatkan 409,348 ha. Pada tahun 2014, keluasan tersebut menyusut kepada 98,533 ha kemudian menurun lagi ke 85,000 ha pada tahun-tahun berikut. Keadaan ini mengakibatkan bekalan tidak mencukupi untuk menampung permintaan industri kelapa di pasaran domestik. Memandangkan tanah yang sedia ada untuk memperluaskan tanaman semakin terhad, justeru langkah peningkatan pengeluaran seunit tanah menjadi fokus utama kepada pengusaha tanaman.
Dari sisi ini, United Plantation Berhad (UPB) memainkan peranan penting kerana syarikat ini adalah pelopor di bidang penanaman kelapa serta juga menjalankan penyelidikan dan pembiakbakaan kelapa sejak awal-awal lagi. Pada hakikat, tahun 1912 merupakan tarikh permulaan penceburan syarikat ini ke bidang penanaman kelapa di Malaysia kemudian pusat penyelidikan kelapa ditubuhkan dalam usahanya untuk menghasilkan baka yang mempunyai produktiviti tinggi.
Baka kelapa amnya dibahagikan kepada baka pokok tinggi dan baka pokok katek. Oleh yang demikian, UPB turut menggolongkan penyelidikan mereka kepada tiga kategori seperti berikut :
1. Kacukan sesama baka pokok tinggi.
2. Kacukan sesama baka pokok katek.
3. Kacukan antara baka pokok tinggi dengan baka pokok katek.
Hasil penyelidikan itu menunjukkan bahawa baka tulen pokok tinggi seperti Tagnanam dan West African memiliki prestasi hasil yang tinggi, masing-masing mencapai 24,190 biji/ha/tahun dan 23,514 biji/ha/tahun pada kepadatan tanaman 178 pokok/ha. Kedua-dua baka kuno ini juga mendahului prestasi Malayan Tall sebanyak 9.8% dan 6.7% (rajah 1).
Baka pokok tinggi kemudian dikacukan sesama baka pokok tinggi untuk melihat prestasi mereka. Dalam rajah 2, keputusan kacukan itu adalah disyorkan. Kacukan antara West African dan Tagnanam serta kacukan antara West African dan Laguna berjaya menghasilkan baka berhasil tinggi, masing-masing mencatatkan 128 biji/pokok/tahun dan 129 biji/pokok/tahun. Walau bagaimanapun, baka baru yang dihasilkan melalui kacukan ini tidak dapat mendahului prestasi hasil baka pokok tinggi tulen. Dengan kata lain, kacukan antara baka pokok tinggi tidak menghasilkan baka baru yang lebih tinggi hasilnya.
Baka pokok katek tulen seperti kelapa pandan serta baka baru yang dihasilkan melalui kacukan sesama baka pokok katek mengeluarkan hasil sehingga 40,000 biji/ha/tahun dengan kepadatan 265 pokok/ha. Kecuali kelapa pandan, baka baru yang dihasilkan melalui kacukan sesama baka pokok katek (misalnya baka CAMMA++) walaupun sangat tinggi hasilnya, namun oleh kerana hasil kopra dan kandungan air kelapanya lebih rendah daripada beberapa kutivar komersial di pasaran, maka baka seumpama ini juga tidak mendapat perhatian berat oleh pemain industri.
Dalam pada itu, kacukan antara baka pokok tinggi dan baka pokok katek memberi keputusan lebih memuaskan. Baka pokok tinggi amnya mempunyai bentuk buah yang lebih besar, ditambah dengan ciri pengeluaran hasil lebih tinggi diwarisi dari baka pokok katek, gabungan kedua-dua baka ini melalui kacukan berjaya menghasilkan baka baru yang memiliki ciri-ciri dikehendaki oleh pemain industri termasuk pekebun. Umpamanya kelapa Matag ialah hasil kacukan antara baka pokok tinggi (Tagnanam) dengan baka pokok katek (Malayan Dwarf). Walaupun hasil bagi Matag tidak setinggi baka yang dihasilkan melalui kacukan sesama baka pokok katek, dan juga kelapa pandan, namun pengeluaran kopra bagi Matag adalah lebih tinggi sebanyak 53.9% berbanding baka-baka lain. Kopra merupakan bahan mentah penting dalam industri kelapa justeru pengeluarannya yang banyak adalah satu ciri yang diutamakan.
Menurut sumber, sejenis baka baru akan dihasilkan kelak, ia memiliki ciri penghasilan 40,000 biji/ha yakni satu ciri yang diwarisi dari baka pokok katek beserta pengeluaran buah yang lebih besar dan selanjutnya mengandungi kopra yang lebih banyak. Ini satu ciri diwarisi dari baka pokok tinggi. Kacukan kedua-dua baka ini akan melahirkan satu baka baru di masa hadapan.

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
UPB merupakan pembekal bahan tanaman kelapa utama di Malaysia. Ia memiliki kebun bahan tanaman kelapa seluas 25 ha dan membekal 110,000 anak benih kelapa berkualiti ke pasaran tempatan. Pada masa itu, satu pokok anak benih hanya dijual RM30. Kini anak benih seumpama ini tidak boleh diperolehi dengan harga ini kerana harga sudah berganda. Pada tahun 2015, UPB adalah ladang kelapa terbesar di Malaysia dengan keluasan 3,000 ha dan menghasilkan 80 juta biji kelapa setahun, merangkumi 20% daripada jumlah pengeluaran Malaysia.
Mawa pula adalah baka kacukan di antara Malayan Dwarf dengan West African dari baka pokok tinggi. Baka ini sudah dikomersialkan sejak tahun 70-an. Hanya sehingga tahun 90-an, Matag pula dikomersialkan. Dari segi penghasilan kopra, Matag melebihi Mawa sebanyak 18%. Tambahan, isi Matag lebih mudah dipisahkan daripada tempurung, bentuk buah lebih besar, tempurung lebih nipis serta kandungan air kelapanya lebih banyak. Kesemua ciri ini menjadikan Matag sangat sesuai digunakan oleh industri dalam pengeluaran kopra serta untuk pasaran kelapa segar.
Rajah 3 menunjukkan prestasi hasil beberapa baka pokok katek tulen seperti kelapa pandan, Cameroon Red Dwarf dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) yang kelihatan lebih tinggi daripada baka katek lain. Hasil purata bagi baka-baka ini ialah di antara 144 – 151 biji/pokok/tahun.
Malayan Dwarf keseluruhannya ada tiga jenis, iaitu MYD, MRD dan MGD, ketiga-tiganya hanya berbeza dari segi warna kulit. Dalam satu kajian 10 tahun, MRD, MYD dan MGD masing-masing menghasilkan kopra purata 2148 tan/ha, 2451 tan/ha dan 2236 tan/ha.
Hasil penyelidikan ke atas kacukan sesama baka pokok katek mendapati prestasi hasil mereka tiada perbezaan dengan prestasi hasil dari baka pokok katek tulen. Dengan erti kata lain, kacukan sesama baka pokok katek tidak perlu dilanjutkan (rajah 4).
Hasil penyelidikan bagi kacukan baka pokok tinggi dan baka pokok katek, seperti dikatakan tadi, mendatangkan kesan optimum. Dalam kajian 10 tahun, didapati 5 baka yang terhasil dari kacukan pokok tinggi dan pokok katek itu mendatangkan hasil melebihi 25,000 biji/ha/tahun. Matlamat selanjutnya bagi UPB ialah membiak baka bahan tanaman baru yang hasilnya lebih tinggi daripada Matag dan Mawa.
Di masa kini, UPB memilih Matag sebagai bahan tanaman dalam rancangan tanam semula mereka. Dari segi pengeluaran buah dan kopra, baka ini menepati matlamat masing-masing. Kandungan air kelapa purata bagi Matag ialah 0.28 liter/buah serta kandungan sukros 5.76% justeru sangat sesuai untuk pasaran air kelapa. Baka kelapa yang bakal dikomerisalkan sudah mempunyai data penyelidikan. Baka ini mempunyai isi yang lebih tebal, kandungan minyak juga lebih tinggi serta tempurungnya lebih nipis dariada Matag. Ketibaan baka baru ini di masa hadapan adalah dialu-alukan oleh pasaran serta pekebun.
Sumber maklumat :
Xaviar Arulandoo et al., Performance of coconut hybrids in United Plantations Berhad and commercial production of seed nuts, 2014.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336