You are currently viewing Penggemukan Lembu Kacukan Brahman Dalam Negara – Satu Pendekatan Berbaloi

Penggemukan Lembu Kacukan Brahman Dalam Negara – Satu Pendekatan Berbaloi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pada tahun 2016, jumlah penggunaan daging lembu dalam negara mencapai 224 387 tan. Bagaimanapun, hanya 22% daripada jumlah tersebut adalah daripada sumber dalam negara yang mana lembu tersebut dipelihara oleh sebahagian besar penternak kecil. Baki 78% penggunaan daging lembu dalam negara didapati berpunca daripada sumber luar seperti Australia dan India.

Dengan kata lain, kebanyakan daging lembu adalah diimport dari luar negara untuk menampung keperluan domestik. Penternakan lembu dalam negara menghadapi banyak cabaran terutama makanan hijau yang tidak mencukupi untuk penternakan secara skala besar. Pembangunan ladang ragut dengan pastura terpilih untuk penternakan lembu didapati tidak ekonomik untuk dilaksanakan di negara ini. Jadi apakah alternatifnya?

Satu pendekatan telah diuji dan dikenal pasti sebagai penyelesaian terhadap masalah tersebut di atas, iaitu penanaman makanan hijau di antara baris sawit. Ladang sawit dijadikan sebagai pedok ragutan lembu yang diternak secara integrasi dengan sawit. Model integrasi lembu dengan sawit telah dijalankan dengan jayanya oleh syarikat Sawit Kinabalu yang mengusahakan lembu di kawasan seluas 22 224 ha dan memiliki sebanyak 8288 ekor lembu. Namun bagi pekebun kecil, usaha seumpama ini sukar dilaksanakan kerana kawasan yang luas diperlukan untuk penternakan lembu. Dengan kata lain, kawasan berkeluasan minimum 400 ha diperlukan bagi penternakan 100 ekor lembu Brahman.

Bagaimanapun, alternatif lain boleh diusahakan bagi membolehkan pekebun kecil menjalankan penternakan lembu Brahman walaupun mereka tidak mempunyai ladang sawit yang luas. Caranya ialah menggunakan sistem potong dan angkut foder yang ditanam di kawasan sawit dua baris kembar. Teknologi tanaman sawit sistem dua baris kembar telah dibangunkan bagi membolehkan integrasi tanaman dilaksanakan dalam fasa sawit matang. Projek integrasi ini memperlihatkan prestasi sawit tidak terjejas di samping mampu mendapat pendapatan tambahan daripada penternakan lembu.

Namun apakah jenis rumput yang sesuai ditanami di ladang sawit yang mengamalkan sistem dua baris kembar? Sekoi foraj dan napier didapati berpotensi menggemukkan lembu kacukan Brahman kerana kandungan masing-masing yang amat berkhasiat untuk dijadikan makanan lembu pedaging kacukan Brahman.

Kajian bagi mengenal pasti potensi rumput tersebut dalam menggemukkan lembu kacukan Brahamn telah dilaksanakan di Stesen Penyelidikan MPOB Lahad Datu, Sabah. Kandang lembu bersaiz 24 m x 10 m telah dibina dalam plot kajian. Kawasan sawit tersebut ialah seluas 10 ha. 12 ekor lembu jantan kacukan Brahman yang berusia satu hingga satu setengah tahun telah digunakan dalam kajian ini. Sebagaimana dinyatakan tadi, ladang sawit kajian ini adalah mengamalkan sistem dua baris kembar. Rumput sekoi foraj dan rumput napier ditanami di ruang kosong di antara baris sawit tersebut. Kedua-dua rumput ini dituai pada setiap 42 hari kemudian dirincih dan diberi terus kepada ternakan. Sebanyak 13 kali persampelan makanan diambil bagi menentukan kandungan nutrisinya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

12 ekor lembu tersebut telah diuji dengan tiga rangsum makanan iaitu 100% rumput napier, 100% sekoi foraj dan 50% sekoi foraj + 50% rumput napier. la juga diberikan makanan tambahan berupa satu kg pelet isirung sawit pada setiap hari. Ketiga-tiga rangsum di atas mempunyai julat jumlah makanan tercerna sekitar 54.70% hingga 56.66% dan nisbah pertukaran makanan daripada 7.20 hingga 7.93.

Rangsam 100% sekoi foraj memberikan purata kenaikan berat badan harian lembu yang tertinggi (0.618 kg/hari) dan diikuti gabungan 50% sekoi foraj + 50% rumput napier (0.597 kg/hari). Ini menunjukkan peningkatan berat badan lembu kacukan Brahman yang diberikan makanan hijau seperti napier, sekoi foraj dan gabungan kedua-duanya adalah lebih baik berbanding lembu yang dilepaskan meragut di bawah sawit.

 

Sumber maklumat :

Md Zainal Rasyidi Mat Rodiet al., “Potensi Penggemukan lembu Kacukan Brahman Menggu- nakan Sumber Hijauan Dari Ladang Sawit”, Prosiding Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :