Penyakit Panama atau penyakit layu Fusarium merupakan antara ancaman paling serius dalam industri tanaman pisang. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporum f. sp. cubense (Foc) yang menyerang sistem akar dan saluran pengangkutan air dalam pokok pisang. Oleh kerana kulat ini boleh hidup lama di dalam tanah, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan penyakit merebak ke seluruh kebun.
Petanda awal biasanya bermula dengan perubahan pada daun. Daun tua di bahagian bawah pokok akan menunjukkan tanda kekuningan, hilang kesegaran dan kelihatan kurang bermaya. Walaupun bekalan air mencukupi, daun tetap kelihatan layu kerana sistem pengangkutan air dalam pokok mula terganggu.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Selain itu, pertumbuhan pokok juga menjadi perlahan. Pokok yang dijangkiti biasanya kelihatan lebih kecil berbanding pokok sihat di sekelilingnya. Daun baharu keluar dengan saiz lebih kecil, manakala pelepah daun menjadi lemah dan mudah terkulai.
Salah satu tanda penting penyakit Panama ialah perubahan pada bahagian dalam batang palsu. Jika batang dipotong secara melintang, petani mungkin melihat jalur berwarna perang kekuningan hingga perang gelap pada bahagian saluran vaskular. Keadaan ini berlaku kerana kulat telah memasuki sistem pengangkutan pokok dan menghalang pergerakan air serta nutrien.
Bahagian akar juga perlu diperiksa. Pokok yang dijangkiti biasanya mempunyai akar yang kurang sihat, berwarna gelap, mudah reput dan gagal menyerap air dengan baik. Apabila penyakit menjadi lebih teruk, daun akan kering secara berperingkat dan akhirnya keseluruhan pokok boleh mati atau tumbang.
Cabaran utama ialah simptom awal penyakit Panama sering disalah anggap sebagai masalah kekurangan baja, kekurangan air atau serangan perosak. Oleh itu, pemerhatian berkala di kebun amat penting terutama selepas musim hujan, di kawasan saliran kurang baik serta kawasan yang pernah ditanam pisang sebelum ini.
FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com
Sekiranya terdapat pokok disyaki terkena penyakit Panama, tindakan segera perlu diambil. Pokok berpenyakit perlu diasingkan dan dielakkan daripada dipindahkan tanah, peralatan atau bahan tanaman ke kawasan lain. Pengurusan tanah yang baik, peningkatan bahan organik, sistem saliran yang sempurna serta mengelakkan penanaman pisang secara berterusan di kawasan sama dapat membantu mengurangkan risiko penyakit.
Dalam menghadapi penyakit Panama, kepekaan petani terhadap tanda awal adalah kunci utama. Lebih cepat penyakit dikesan, lebih besar peluang untuk melindungi keseluruhan kebun pisang daripada mengalami kerugian besar.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja









