Sempena MAHA 2026, FGV terus memperkukuh peranannya dalam inovasi pertanian apabila tiga inovasi hasil kepakaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman, BacN-Fix, Adjuvax 248 dan FGV Geotagger Pro, dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu.
Turut mengiringi YB Menteri sewaktu pelancaran ialah Pengarah Besar FELDA, YBhg. Dato’ Dr.Suzana Idayu Wati Osman dan Pengarah Urusan Kumpulan FGV, YBrs. Puan Nurul Muhaniza Hanafi.
Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan FGV, Encik Romzi Ishak, turut memberikan penerangan mengenai ketiga-tiga produk kepada para tetamu yang hadir.

FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com
Ketiga-tiga inovasi ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk sektor pertanian. BacN-Fix membantu tanaman menyerap nutrien dengan lebih cekap melalui bakteria baik, Adjuvax 248 mengoptimumkan keberkesanan racun perosak dan racun rumpai, manakala FGV Geotagger Pro menyokong pemetaan dan pengurusan ladang dengan teknologi penentuan lokasi berketepatan tinggi.
YB Menteri turut meluangkan masa mengadakan kunjungan ringkas ke Pavilion FGV untuk melihat sendiri pameran dan inisiatif yang diketengahkan FGV di MAHA 2026.
Pelancaran ini mencerminkan perjalanan lebih lima dekad kepakaran R&D FGV yang terus berkembang daripada sektor perladangan kepada penyelesaian inovatif untuk keperlu an pertanian yang lebih luas. Satu lagi langkah ke hadapan buat FGV dalam memacu pertanian yang lebih moden, cekap dan mampan demi keterjaminan makanan negara.
Sumber : Instagram FGV Holdings







