You are currently viewing Penjagaan Kesihatan Badan Potensi Teh Jagung dan Teh Rerambutnya

Penjagaan Kesihatan Badan Potensi Teh Jagung dan Teh Rerambutnya


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kalau uncang kopi dan teh susu digemari oleh begitu ramai peminat, kenapa tidak pula dengan teh jagung? Agak aneh mendengar nama produk ini kerana di Malaysia, ia kurang popular kecuali di Korea teh jagung disambut baik oleh rakyatnya. Jagung segar memang kaya dengan khasiat, apabila ia dijadikan teh, khasiat tersebut juga boleh dinikmati. Antara kelebihan teh jagung ialah keupayaan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi dan masalah ginjal akibat masalah kencing manis dan kemurungan.

Cara membuat teh jagung sangat mudah, iaitu memanggang bijinya dalam ketuhar atau digoreng tanpa menggunakan minyak. Aroma akan terhambur apabila masa panggang adalah bersesuaian. Sebaliknya jika pemanggangan berlebihan, teh yang dihasilkan akan rasa sedikit pahit. Teh jagung pada hakikat mengandungi kemanisan tersendiri. Oleh yang demikian, penikmatan teh ini tidak perlu menambah gula.

Bagi golongan yang ingin mengurangkan berat badan, teh jagung memang sangat sesuai kerana ia mengandungi serat yang tinggi tetapi rendah kalori. Selepas minum, seseorang akan rasa kenyang. Metabolisme badan dan sistem pencernaan menjadi lancar. Tambahan, kandungan zat besi dan kalium dalam teh jagung adalah merit kepada produk ini. Dalam teh jagung, tiada kandungan Camellia sinensis iaitu sejenis unsur yang wujud dalam teh biasa.

Rerambut pada tongkol jagung juga berkhasiat. Ramai orang tidak tahu hal ini kecuali rakyat China, Turki dan Perancis gemar menggunakannya dalam perubatan tradisional untuk merawat masalah darah tinggi dan kencing manis kerana mengandungi unsur flavonoid dan 3-methoxymaysin. Rerambut ini berwarna kuning keemasan dan halus seperti sutera adalah sumber asli berkhasiat. la mengandungi bahan aktif yang cekap untuk mencegah penyakit jantung serta kolestrol tinggi. Malahan, kandungan yang ada di dalamnya dikatakan boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit Alsheimer.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Sama ada teh jagung atau teh rerambut jagung, ia mudah diambil oleh setiap orang, iaitu masukkan uncang teh ke dalam air panas dan dicelup 1 – 2 minit sudah siap sedia untuk dinikmati.

 

Sumber maklumat :

Nur Intan Farina Sawal et al., “Teh Jaggung dan Teh Sutera Jaggung-Manfaat Kesihatan Yang Tidak Diketahui”, AGROMEDIA, MARDI, Bil. 65 2022.


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com