You are currently viewing Menanam Jagung Sayur Untuk Pasaran Sayuran

Menanam Jagung Sayur Untuk Pasaran Sayuran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Tanaman jagung mempunyai dua fungsi, sama ada diusahakan ke peringkat matang dan mendapat tongkol matang sebagai hasil. Tanaman ini juga boleh diusahakan untuk mendapatkan jagung sayur atau jagung muda (baby corn) di peringkat umur 50 hari selepas menanam, iaitu 3 – 5 hari selepas pembungaan berlaku ataupun semasa rerambut terbit 2 – 3cm panjang dari tongkol muda. Dengan kata lain, untuk mendapatkan jagung sayur, pokok tidak dibenarkan untuk didebunga, disenyawa serta juga tidak dibenar untuk membentuk bijian.

Oleh yang demikian, jambak bunga jantan yang wujud di bahagian atas pokok hendaklah dibuang di peringkat umur pokok di antara 40 – 45 hari selepas tanam ataupun apabila jambak bunga mulai keluar. Amalan ini penting. Pembuangan jambak bunga jantan dilakukan mengikut baris serta dijalankan dengan berhati-hati supaya tidak
mencederakan pokok. Jambak bunga jantan ini kaya dengan nutrien, justeru amat baik untuk dijadikan sumber makanan kepada ternakan.

Penanaman jagung untuk makanan sayur amnya menyemai dengan biji benih yang berkualiti baik. Sebelum menyemai, biji benih dirawati dengan racun kulat bagi mengelak bawaan penyakit. Cara penanaman jagung sayur adalah sama dengan jagung manis untuk dimakan manusia. Perbezaan utama wujud dari segi kepadatan tanaman. Jagung sayur ditanam pada kepadatan tinggi, iaitu jarak dalam baris 15 – 20cm manakala jarak antara baris ialah 60cm. Jumlah biji benih yang diperlukan untuk keluasan satu hektar ialah 20 – 25 kg. Pada kepadatan ini, jumlah pokok optimum dianggar di antara 75,000 pokok/ha – 85,000 pokok/ha. Malahan ada petani mempertingkatkan lagi kepadatan ini sehingga ke aras 125,000 pokok – 143,000 pokok/ha. Peningkatan ini memerlukan pemilihan varieti yang betul-betul sesuai untuk tujuan ini.

Apabila pokok berumur lebih kurang 50 hari, tuaian pertama dijalankan selama 7 – 10 hari. Tuaian jagung sayur kedua dan ketiga akan sedia untuk tuaian selepas itu. Tempoh tuaian hasil akan melanjut selama 2 – 4 minggu. Satu pusingan tanaman membolehkan kutipan hasil sebanyak 9 – 12 kali yang berlangsung selama 3 – 4 minggu. Jumlah hasil boleh dikutip untuk keluasan satu hektar adalah bergantung pada varieti. Varieti baik akan mendatangkan hasil segar (belum dikupas kulit) di antara 5.5 11.4 tan/ha atau 1.1 – 1.9 tan/ha selepas dikupas kulit. Selepas kutipan hasil, pokoknya boleh ditebang dan dijadikan bahan makanan ternakan. Inilah satu pendapatan tambahan kepada penanaman jagung.

Jagung sayur sesuai untuk dituai apabila saiznya berukuran panjang 5 – 10cm dan lebar 0.8 – 1.7cm. Warnanya pada ketika ini adalah kuning emas bergantung kepada varieti.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Bagi mendapat jagung sayur berkualiti, pembajaan tetap diperlukan. Secara kasar, baja sebatian diberikan pada kadar NPK 75: 60: 20kg/ha sebagai baja asas, kemudian ditokok baja N 20kg + K 20kg/ha apabila pokok berumur 3 minggu. Selain itu, merumput juga dijalankan secara manual supaya mengurangkan saingan dengan pokok. Bekalan air semasa mula menanam dan peringkat tumbesaran pokok
akan menjamin pengeluaran hasil dan kualiti yang lebih tinggi.

Jagung sayur sangat diminati oleh pengguna kerana ia bebas kolestrol dan lemak, rendah kalori serta berserat tinggi. Justeru itu ia merupakan makanan kegemaran kepada mereka yang mengamalkan kesihatan badan. Jagung sayur umumnya dimasak sebagai hidangan kari dan sup, ia juga diproses menjadi makanan tin dan merupakan satu perusahaan berpotensi untuk dijalankan oleh petani.

 

Bahan rujukan :

Shivani Ranjan et al., “Baby corn: A crop with immense importance, Agriculture & Food: E-Newsletter.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :