Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Nutrien memainkan peranan utama dalam tumbesaran tanaman. Dalam kebanyakan keadaan, apabila nutrien dibekal secara berkesan kepadanya, potensi pengeluaran hasil tanaman itu dapat dicungkil. Hal ini disebabkan oleh kesesuaian tanaman terhadap faktor persekitaran, daya saingan serta daya rintangan terhadap pelbagai risiko biotik dan abiotik telah meningkat berikutan bekalan nutrien dengan cekap. Justeru itu, nutrien bukan sahaja berperanan dalam pembekalan zat makanan, malahan juga berperanan dalam peningkatan daya rintangan terhadap ancaman perosak serangga dan penyakit.
Sesetengah tanah telah kehilangan nutrien akibat hakisan tanah, ataupun menghadapi keadaan nutrien dalam tanah tidak dapat diambil secara berkesan oleh tanaman ekoran nilai pH terlalu rendah atau tinggi, menyebabkan kekurangan nutrien menjadi satu masalah yang besar di arena global. Pada masa akan datang, sumber bahan galian mungkin akan meleset dan keadaan ini akan membangkitkan masalah lagi besar. Pengamalan pertanian intensif sering menghadapi masalah kemelesetan nutrien dalam tanah khususnya nutrien surih yang sebenarnya dapat dibekal kepada tanaman melalui aplikasi baja foliar.
Dalam aspek tanaman jagung, semburan baja foliar mampu membekal nutrien khususnya nutrien surih kepada tanaman dengan cepat. Dalam kebanyakan keadaan, baja foliar ini malah boleh dibancuh bersama dengan racun serangga dan racun kulat untuk digunakan sekali. Kelebihannya telah diperolehi melalui amalan ini dan tanaman menghasilkan lebih banyak hasil ekoran masalah seperti ancaman musim kering, kemasinan dalam tanah dan sebagainya telah diatasi.
Menurut Ivanov dan rakan-rakan (2019), semburan baja foliar yang mengandungi nutrien zink bertindak secara positif terhadap hasil dan kualiti jagung. Baik dalam tanah mahupun bahagian atas tanah, kesan pembaikan telah diperolehi. Jakab dan rakan-rakan (2016) juga pernah melaporkan semburan foliar telah meningkatkan hasil tanaman jagung.
Untuk meninjau keberkesanan semburan foliar terhadap hasil dan kualiti jagung, satu eksperimen telah dilakukan di Pusat Penyelidikan Jagung di Serbia (sebuah negara di Eropah Timur) antara tahun 2010 – 2012. Beberapa komponen tumbesaran pokok (jirim segar, ketinggian pokok, keluasan daun) dan hasil dalam eksperimen telah dikumpul dan dianalisis. Secara kasar, baja foliar yang mengandungi asid amino didapati memberi kesan lebih baik lagi berbanding yang mengandungi unsur utama fosforus.
Hasil eksperimen selama 3 tahun ini menunjukkan semburan asid amino meningkatkan jirim segar serta keluasan daun tanaman jagung. Kedua-dua aspek ini menyatakan tumbesaran pokok telah meningkat berikutan aplikasi baja ini. Walaupun cuaca kurang baik pada tahun 2012, tetapi 21 hari selepas rawatan asid amino, morfologi pokok masih menunjukkan kesan positif. Pada tahun 2010 dan 2011, baka jagung L1 yang digunakan dalam eksperimen itu menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 30% selepas aplikasi asid amino. Pada masa sama, jirim segar dan keluasan daun Berdasarkan masing-masing meningkat 40%. keputusan sedemikian, maka baja foliar berasaskan asid amino tidak kira ia wujud di dalam baja N atau wujud secara tunggal, adalah pilihan yang baik untuk mencapai peningkatan tumbesaran dan hasil tanaman jagung.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Perbincangan
Baja foliar dapat membekal nutrien dengan cepat kepada tanaman. Pengambilannya akan digunakan secara terus dalam proses metabolisme pokok. Dalam eksperimen ini, baja foliar asid amino menunjukkan kesan yang baik. Asid amino mengandungi unsur N yang tinggi. Memandangkan N adalah unsur utama dalam tumbesaran tanaman jagung sedangkan asid amino pula memainkan peranan penting dalam metabolisme pokok, maka bekalan N yang mengandungi asid amino turut mendatangkan kesan positif bersama. Satu keunikan telah diperolehi dalam eksperimen ini iaitu rawatan asid amino memberi kesan pantas dalam peningkatan jirim kering dan keluasan daun pokok.
Satu peringatan perlu disampaikan di sini iaitu semburan baja foliar mungkin akan melecurkan daun pokok jika ia digunakan pada kepekatan tidak betul atau pada masa dan cuaca yang tidak bersesuaian. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak dijumpai dalam eksperimen tersebut.
Kesimpulan
Baja foliar berasaskan asid amino memberi kesan positif terhadap tumbesaran dan hasil tanaman jagung. Dala baka jagung L1 yan telah digunakan, didapati hasil meningkat 30%. Baka sama juga menunjukkan kesan positif dalam peningkatan jirim kering, keluasan daun dan ketinggian pokok.
Sumber maklumat :
Milan Brankovetal et al., “The response of maize lines to foliar fertilizing”, Agriculture, MDPI, 2020.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com