Pokok jagung adalah tanaman monoesius, bermakna bunga jantan (tasel) dan bunga betina (tongkol) tumbuh secara berasingan di atas pokok yang sama. Tanaman ini memerlukan pendebungaan silang untuk pembentukan buah. Dengan kata lain, hanya debunga dari pokok lain berupaya menyenyawakan bunga betina. Jika debunga dari pokok sama bersenyawa dengan bunga betinanya, kejayaan persenyawaan itu kebiasaan tidak melebihi 5%.
Namun, oleh kerana setiap tasel mengandungi 2 juta 5 juta debunga serta tanaman ini amnya diusahakan dengan jarak rapat sehingga 50,000 pokok sehektar, maka pendebungaan silang amnya tidak membangkitkan masalah besar. Sungguhpun begitu, keadaan ini tidak bermaksud pendebungaan semestinya akan berjaya kerana beberapa faktor penting akan mempengaruhi proses tersebut khasnya faktor persekitaran seperti musim kemarau, musim hujan dan sebagainya yang memberi impak negatif terhadap kadar kejayaan.
Di Malaysia, pokok jagung berbunga 6 minggu selepas menanam. Apabila jambak bunga jantan (tasel) berkembang sepenuhnya, bunga-bunga ini akan berkembang dan berlanjutan sehingga 5 – 7 hari. Jambak bunga jantan kembang 2 – 4 hari sebelum pengembangan bunga betina (tongkol). Debunga hanya hidup tidak lebih daripada 24 jam.
Tongkol jagung dibaluti rapi oleh kulit berlapis. Jejanggut yang merupakan stigma bunga akan keluar daripada pembalut daun pada hujung tongkol. Jejanggut ini akan memanjang selama lebih daripada seminggu sekiranya tiada pendebungaan. Jika pendebungaan berlaku, jejanggut akan mula mengering dan pengisian biji bermula sehingga 5 – 6 minggu lagi sebelum tanaman itu matang. Jika jejanggut masih menghijau, ia menandakan pendebungaan masih belum berlaku.
Seperti sedia maklum, proses pelepasan debunga boleh berlarutan sehingga seminggu. Proses ini akan terhenti sekiranya keadaan terlalu basah atau kering dan diteruskan semula apabila keadaan cuaca pulih. Oleh itu, debunga tidak mungkin dibawa arus semasa hujan kerana tiada debunga yang dikeluarkan. Kekurangan debunga jarang berlaku melainkan keadaan terlampau kering atau panas atau terjadinya kemandulan jantan yang menghalang pengeluaran debunga.
Tongkol jagung akan kelihatan selepas beberapa hari bunga jantan terbit. Setiap tongkol mengeluarkan 750 – 1,000 ovul yang berpotensi menjadi bijian. Setiap ovul mengeluarkan jejanggut yang berfungsi sebagai stigma (penerima debunga) dan seterusnya membantu dalam perjalanan debunga menuju ovul. Walaupun terdapat sedikit persamaan masa antara penerbitan jejanggut dengan pelepasan debunga, pendebungaan didapati jarang berlaku antara jejanggut dan debunga dari pokok yang sama. Oleh itu, bilangan pokok yang sedikit dalam keluasan seunit kawasan akan akan menjejaskan pendebungaan.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Pendebungaan akan berlaku selepas beberapa minit debunga jatuh ke atas jejanggut. Justeru itu, kadar pembentukan tongkol adalah bergantung kepada kadar serta keberkesanan debunga jatuh ke atas jejanggut. Jika pendebungaan berlaku secara tidak sempurna, bijian yang terjadi pada tongkol akan menjadi kurang padat. Antara faktor-faktor yang menghalang pendebungaan ialah seperti berikut :
• Jika berlaku kekurangan air, maka masa pengeluaran jejanggut dan debunga mungkin menjadi tidak seragam. Maksudnya apabila jejanggut terbit, debunga sudah melepasi masa kebernasan menjadikan pendebungaan gagal berlaku.
• Cuaca jika terlalu panas atau kering, jejanggut mungkin menjadi kering dan tidak berupaya membantu pertumbuhan tiub debunga, dan seterusnya menghalangnya daripada mencapai ovul.
Selain itu, beberapa hari selepas pendebungaan, ini juga peringkat yang penting. Sekiranya bekalan protein dan gula tidak mencukupi, mungkin akibat kemarau, kekurangan nutrien, hari redup atau naungan berlaku berlebihan akibat jarak tanaman terlalu rapat, ovul di bahagian hujung tongkol tidak akan membesar dan mungkin terus gugur. Keadaan ini akan mengakibatkan tongkol jagung yang hanya berisi pada bahagian pangkalnya. Selepas pendebungaan, jejanggut akan layu dan kelihatan keperangan.
Sumber maklumat :
H.Zaharah (Penyunting), Laporan Khas Penanaman Jagung, MARDI, 1992.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com