Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Jagung mempunyai banyak varieti, di antaranya ialah jagung susu yang berwarna putih serta membawa perisa sangat manis. Kami melawati sebuah kebun ditanami jagung susu di Kg. Raja, Cameron Highland. Kebun ini kepunyaan Encik Chong. Menurutnya, jagung susu adalah varieti yang lumrah ditanami di situ
menyatakan kesesuaiannya terhadap iklim sederhana sejuk. Kg. Raja amnya menerima pancaran cahaya matahari yang cukup sepanjang tahun. Pada masa sama ia juga satu kawasan yang menerima taburan hujan Kedua-dua dengan baik. faktor ini telah menjayakan penanaman tersebut di situ.
Di pasar tani Cameron Highland, jagung susu lumrah dijual di situ. Encik Chong berkata, mulai menanam sehingga kutipan hasil memerlukan masa di antara 70 – 75 hari, bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau di tanah rata, tempoh satu pusingan tanaman jagung ialah 65 hari, tetapi di tanah tinggi, hasilnya kelihatan lebih lewat sedikit. Hal ini mungkin berkaitan dengan cuaca serta varieti. Dalam senario penanaman di cameron Highland, petani amnya berkejar-kejar dalam proses penanaman mereka. Misalnya Encik Chong hanya mengambil 3 – 4 hari selepas habis kutipan hasil untuk menggemburkan tanah dan terus memulakan pusingan baru dengan tanaman yang sama. Menurutnya, dengan cara ini, beliau mampu menjalankan 4 pusingan penanaman jagung setahun.
Bekalan air dan nutrien sangat kritikal dalam tempoh pembungaan dan pengisian bijirin. Inilah masanya tanaman jagung mengalami proses pembuahan yang memerlukan bekalan air pada kadar relevan dan kerap untuk melancarkan proses pembuahan. Jika bekalan air tidak mencukupi dalam masa ini, dikhuatiri kadar pembungaan akan terjejas. Begitu juga dengan bekalan nutrien.
“Apabila pokok berumur 50 hari, tongkol muda sudah terbit. Inilah masa yang sesuai untuk penokokan nutrien sebatian yang mengandungi kalium lebih tinggi kerana nutrien inilah akan memberi kesan pembuahan pantas serta optimum supaya menghasilkan tongkol jagung berkualiti tinggi. Baja sebatian yang mengandungi bahan organik, asid humik dan nutrien surih sangat sesuai untuk tanaman ini di peringkat masa ini. Kalau tidak, petani boleh menambah bahan-bahan ini secara berasingan dalam penanaman mereka. Dengan cara ini, tanaman jagung akan memperolehi nutrien yang seimbang dan seterusnya memperkasakan pembuahan. Setakat bergantung kepada baja organik berasaskan tinja ayam yang sudah diproses belum cukup untuk menghasilkan jagung berkualiti tinggi, sebaliknya gejala tumbesaran tidak saksama serta gejala daun kuning akan wujud menandakan bekalan nutrien tidak cukup untuk melestarikan tumbesaran pokok.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Selepas pembentukan buah, bunga jantan di atas pokok hendaklah dibuang kerana ia tidak berfungsi lagi. Jika bunga itu disimpan, ia akan membazirkan sumber makanan pokok serta menjadi tapak pengumpulan dan pembiakan serangga perosak. Namun langkah ini tidak semestinya dilakukan jika tenaga buruh tidak mencukupi di kebun tetapi semburan racun serangga perosak hendaklah dilakukan dari peringkat awal bagi mengelak serangan ulat pengorek buah. ‘ Kata Encik Chong.
Penyakit karat adalah gejala serangan yang lebih lumrah berlaku di situ. Penyakit ini akan menyebabkan bintik wujud di bahagian daun kemudian mengembang. Tumbesaran akan terjejas dan tongkol menjadi lebih kecil adalah akibatnya. Penyakit layu yang menyerang dahan dan daun akan mempercepatkan bunga menjadi layu. Kesemua ini boleh dikawal dengan racun kulat.
Kayu ukur untuk menentukan kematangan tongkol jagung ialah apabila rerambut di hujung tongkol sudah berwarna coklat. Kaedah yang lebih menjamin dalam penentuan kematangan jagung ialah apabila hujung tongkol jagung didapati sudah cukup padat. Keadaan ini menyatakan pembentukan bijian di situ sudah cukup sempurna. Hal ini boleh dikenal pasti melalui merasa hujung tongkol dengan tangan.
Jagung susu di Cameron Highland dijual kepada pemborong dengan harga RM2.30 – RM2.50 setongkol. Harga ini kelihatan berbaloi justeru menjadi galakan kepada petani di situ untuk meneruskan penanaman ini.