You are currently viewing Kesempurnaan Pengairan Di Peringkat Pembungaan Dan Peringkat Pembentukan Bijian Meningkatkan Hasil Jagung

Kesempurnaan Pengairan Di Peringkat Pembungaan Dan Peringkat Pembentukan Bijian Meningkatkan Hasil Jagung

70 – 75 hari selepas ditanam, tongkol jagung manis akan matang dan boleh dikutip. Kesempurnaan hasil akan bergantung kepada amalan agronomi termasuk pengairan. Pada hakikat, tanaman ini sangat peka terhadap keadaan cuaca. Kemarau sekiranya berlaku di peringkat percambahan anak benih, ia akan melambatkan proses percambahan serta mengakibatkan percambahan yang tidak seragam. Malahan anak benih kadangkala akan mati akibat kekurangan air. Kemarau di peringkat tumbesaran tampang pula akan mengakibatkan kebantutan serta melambatkan pengeluaran bunga jantan dan jejanggut (bunga betina) serta kematangan bijian.

Peringkat pembungaan merupakan tempoh terpenting bagi pokok mendapatkan bekalan air secukupnya. Baik debunga mahupun jejanggut sama-sama memerlukan air yang cukup supaya boleh tumbuh dan berfungsi secara normal. Debunga dan jejanggut mungkin akan kering sekiranya air tidak mencukupi. Hasil akan merosot jika perkara ini berlaku.

Seterusnya, kekurangan air atau nutrien pada peringkat tumbesaran bijian pula akan mengurangkan pengisian kernel (bijian) dan juga menentukan sama ada kernel di bahagian hujung tongkol akan membesar atau tidak. Oleh itu, sekiranya berlaku kekurangan air, berat setiap bijian akan berkurangan serta mengakibatkan tongkol-tongkol yang hanya separuh berisi. Dalam keadaan air yang terhad, bekalan air di peringkat pembungaan dan pembentukan bijian hendaklah diberi keutamaan. Maksudnya sekiranya menghadapi masalah bekalan air, maka pengairan di peringkat tumbesaran boleh dikurangkan dan air boleh disimpan guna di peringkat pengeluaran bunga dan pembentukan bijian.

Dari sudut lain, banjir lebih daripada 24 jam di peringkat tumbesaran tampang akan mengakibatkan pokok kelihatan kekuningan dan terbantut serta boleh mengurangkan hasil. Banjir berpanjangan boleh mengakibatkan ketiadaan hasil langsung. Di peringkat kutipan hasil, banjir bukanlah masalah besar, tetapi kutipan hasil sekiranya dijalankan dalam musim hujan, hasil tetap akan terganggu oleh kerana kadar penyakit yang lebih tinggi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com


Jadual 1 menunjukkan keperluan air serta kepekaan terhadap kemarau dan air bertakung bagi tanaman jagung.

Dari peringkat semaian sehingga percambahan, pengairan yang ringan tetapi kerap diperlukan untuk membantu pengembangan akar. Graf keperluas air untuk tanaman jagung bagi setiap musim berbentuk loceng, menunjukkan keperluan air yang kurang pada mulanya dan mencapai kemuncak pada musim tumbesaran tampang dan menurun semula pada peringkat kematangan.

 

Sumber maklumat :

H. Zaharah (penyunting), Laporan Khas Penanaman Jagung, MARDI, 1992.

Sila kongsi kepada kawan :