You are currently viewing Kepadatan Optimum Untuk Jagung lalah 88,000 Pokok Per Hektar ?

Kepadatan Optimum Untuk Jagung lalah 88,000 Pokok Per Hektar ?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pada tahun 2019, pengeluaran hasil jagung tertinggi (16.8 tan/ha) didapati berlaku pada kepadatan 101,700 pokok/ha. Daripada perangkaan hasil, jumlah hasil ini lebih kurang sama dengan kepadatan 88,000 pokok/ha. Pada tahun 2020, jumlah hasil jagung tertinggi (17 tan/ha) pula wujud pada kepadatan 88,000 pokok/ha. Justeru itu, kepadatan 88,000 pokok/ha disyorkan sebagai aras optimum untuk penanaman jagung.

Di Amerika Syarikat, jagung (Zea mays L.) merupakan salah satu tanaman utama. Jumlah hasilnya ialah 346 juta tan pada tahun 2019. Pengeluaran hasil jagung dipengaruhi oleh faktor kepadatan, cara penanaman, sistem pengairan, jenis tanah dan sebagainya. Mengoptimumkan kepadatan untuk merupakan strategi paling berkesan meningkatkan hasil jagung. Namun perlu diingatkan bahawa pada kepadatan tinggi, daun akan bertindih dan mengurangkan proses fotosintesis. la mungkin membawa kesan negatif terhadap pengeluaran hasilnya.

Sungguhpun demikian, tanaman jagung pada hakikat mempunyai daya saingan yang tinggi dalam keadaan kepadatan tinggi, saingan untuk air dan nutrien. Justeru itu kepadatan tinggi juga berpotensi meningkatkan hasil jika ia dikendalikan dengan sempurna. Di Brazil, jagung hibrid (DKB390) berprestasi unggul pada kepadatan 78,500 pokok/ha manakala hibrid BG7049YH berfungsi baik pada kepadatan 71,000 pokok/ha. Kebiasaannya, kepadatan jagung berada di antara 60,000 pokok/ha – 90,000 pokok/ha.

Satu kajian pada tahun 2017 menunjukkan panjang dan lebar daun jagung akan menurun berikutan peningkatan kepadatan. Kesan pengeluaran hasil jagung berhubung rapat dengan musim penanamannya; di musim kering, kesan negatif menjadi lebih ketara berbanding musim hujan yang mana kepadatan kurang mewujudkan kesan.

Hubungan Antara Baka, Kepadatan Dan Hasil Jagung

Shi dan rakan-rakan (2008) pernah melaporkan tindak balas jagung terhadap kepadatan adalah bergantung kepada baka yang digunakan. Misalnya hasil untuk baka YEDAN 19 dan JIDAN 159 telah menurun 7.1% apabila kepadatan meningkat dari 55,000 pokok/ha kepada 85,000 pokok/ha. Pada masa sama, hasil juga menurun 20.7% sekiranya kepadatan ditingkatkan dari 45,000 pokok/ha kepada 75,000 pokok/ha. Justeru itu, kepadatan jagung hendaklah dipertimbangkan bersama dengan cuaca penanaman serta pembekalan air untuk mencapai hasil yang optimum.

Antara tahun 2019 2020, satu kajian pernah dijalankan di Pusat Penyelidikan Pertanian di Universiti Mexico untuk menilai kesan kepadatan terhadap pengeluaran hasil jagung. Berikut adalah hasil kajiannya.

1. Keluasan Daun Meningkat Apabila Kepadatan Meningkat

Indeks keluasan daun berada di tahap tertinggi pada kepadatan 120,100 pokok/ha pada tahun 2019 dan kepadatan 88,000 pokok/ha pada tahun 2020. Indeks ini didapati meningkat bersama kepadatan. Namun, penemuan ini adalah bercanggah dengan laporan lain (2018). Walau bagaimanapun, proses penuaan tanaman jagung berlaku lebih cepat pada kepadatan 120,100 pokok/ha berbanding tanaman jagung pada kepadatan rendah. Pada kepadatan tinggi ini, daun di bahagian bawah pokok kurang mendapat pancaran cahaya matahari dan menyebabkan daun menua dengan lebih cepat. Keadaan ini akan membatasi pertumbuhan sistem akar dan pengambilan serta pengagihan nutrien N dan selanjutnya mengurangkan keluasan daun hijau. Akibatnya, hasil akan menurun.

2. Jumlah Bijian Pada Tongkol Jagung Berkurangan Berikutan Peningkatan Kepadatan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Panjang dan bijian pada tongkol jagung akan berkurangan apabila kepadatan meningkat. Pada kepadatan 54,700 pokok/ha, jumlah bijian pada tongkol berada di tahap tertinggi manakala pada kepadatan 120,100 pokok/ha, jumlahnya jatuh ke paras terendah. Secara keseluruhan, banyak kajian telah menunjukkan jika kepadatan meningkat, jumlah bijian pada tongkol akan berkurangan. Pada tahun 2000, satu laporan telah mengesahkan 4 baka hibrid menghadapi jumlah bijian menurun berikutan kepadatan yang meningkat.

Pada hakikat, hasil jagung kebanyakan dipengaruhi oleh jumlah bijian pada tongkol. Dengan kata lain, aspek ini adalajh komponen terbesar dalam perihal hasil jagung. Perkara ini disebabkan oleh penerimaan pancaran cahaya matahari yang menurun pada daun di bahagian bawah pokok. Proses fotosintesis akan menurun oleh sebab ini dan selanjutnya menurunkan hasil jagung.

Pendek kata, kepadatan adalah faktor utama dalam mempengaruhi hasil dan kadar penggunaan air di ladang jagung. Satu kesimpulan telah diperolehi dalam kepadatan 88,000 pokok/ha dan 101,700 pokok/ha, iaitu jumlah hasil jagung bagi kedua-dua kepadatan ini hampir sama. sama. Memandangkan kos bahan tanaman akan meningkat pada kepadatan 101,700 pokok/ha, maka dicadangkan kepadatan 88,000 pokok/ha adalah tahap optimum untuk menanam jagung.

Pada asasnya, kepadatan tinggi mampu meningkatkan hasil kerana penambahan jumlah pokok per hektar serta pertumbuhan kanopi pokok berlaku lebih cepat pada kepadatan tinggi menyebabkan pengurangan kadar sejatan air di bawah pokok yang selanjutnya memberi kesan positif terhadap pemeliharaan kelembapan tanah dan selanjutnya meningkatkan hasil, tetapi oleh sebab saingan berlaku lebih hebat di antara pokok untuk mendapatkan air dan nutrien serta ditambah dengan penerimaan cahaya matahari yang berkurangan di bahagian bawah pokok, keadaan ini akhirnya menyebabkan hasil menurun.

Rumusan

Kajian di Mexico ini telah menggunakan 6 baka jagung untuk pengujian di ladang. 6 kepadatan telah digunakan iaitu di antara 54,700 pokok/ha sehingga 120,100 pokok/ha. Hasil kajian ini telah berlangsung selama 2 tahun dan menunjukkan indeks keluasan daun telah meningkat apabila kepadatan semakin tinggi. Pada kepadatan 88,000 pokok/ha, pengeluaran hasil jagung serta kadar penggunaan air berada di aras paling optimum. Justeru itu, kepadatan ini dianggap paling sesuai untuk diamalkan oleh petani.

Catatan pengarang : Bukan semua baka jagung sesuai untuk penanaman pada kepadatan tinggi. Pemilihan baka yang sesuai untuk tujuan ini adalah penting.

 

Sumber maklumat :

Koffi Djaman et al., “Planting date and planting density effects on maize growth, yield and water use efficiency, Elsevier, Environmental Challenges. Vol. 6, 2022.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :