You are currently viewing Kawalan Serangga Perosak Dan Penyakit Tanaman Jagung

Kawalan Serangga Perosak Dan Penyakit Tanaman Jagung

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Beberapa jenis serangga perosak serta penyakit didapati menyerang pokok jagung. Perosak utama ialah ulat pengorek batang (Ostrinia salentialis) berwarna kuning pucah/kelabu dan bertelur di bahagian bawah daun. Larvanya akan mengorek masuk ke dalam pucuk anak pokok. Akhirnya pucuk akan mati dan reput. Bagi pokok besar, larva mengorek masuk ke dalam batang pokok dan memakan tisu di bahagaian ruas. Lubang masuk biasanya dijumpai atas dari buku, dan najis yang dikeluarkan oleh ulat kelihatan di luar lubang masuk. Ulat pengorek batang juga boleh menyerang jambak bunga jantan dan tongkol jagung. Ulat pengorek batang ini boleh dikawal dengan menyembur racun cypermethrin, carbaryl, dipterex, phenthoate atau deltamethrin.

Keduanya, ulat tongkol (Helicoverpa armigera) pula memakan jejanggut tongkol kemudian masuk ke dalam dan memakan bijian jagung di hujung tongkol. Ia bermula dengan kupu-kupu ulat ini menelur pada jejanggut tongkol kemudian menetas antara 3 – 4 hari. Selepas itu larva akan mula makan jejanggut tongkol. Apabila jejanggut mula kering, ulat akan masuk ke dalam tongkol dan memakan bijian jagung di hujung tongkol. Biasanya hanya hujung tongkol di serang tetapi kadangkala tengah tongkol juga diserang.

Ada kala bunga jantan juga menjadi sasaran serangan ulat ini. Amnya hanya tongkol muda yang digemari oleh ulat. Apabila tongkol sudah matang dan keras, larva akan beralih ke tongkol lain yang lebih sesuai untuk dimakannya. Bekas serangan ulat ini bakal menjadi lokasi serangan oleh musuh-mush lain seperti kulat dan serangga lain. Larva ulat tongkol membesar di dalam tongkol, warna badannya berbeza-beza dari warna hijau muda gingga perang tua. Ulat tongkol boleh dikawal dengan menyembur racun phenthoate, deltamethrin dan permethrin serta menggunakan agen kawalan biologi seperti Bacillus thuringiensis.

Penyakit pula, yang utama ialah hawar daun (leaf blight) yang disebabkan oleh kulat Helminthosporium maydis yang menyebabkan bintik-bintik berwarna perang muda kelihatan di permukaan daun. Serangan berlakun pada bila-bila musim dan spora disebarkan oelh angin dan air hujan. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun chlorothalonil (Brightconil 75WP) dan mancozeb. Menanam varieti jagung yang merintang penyakit ini juga adalah langkah kawalan.

Penyakit smut ekoran serangan kulat Ustilago maydis akan menyebabkan bisul berwarna hijau muda keputihan wujud di atas tongkol. Spora kulat ini disebarkan oleh angin dan air hujan. Cuaca panas serta kering menggalak kejadian penyakit ini. Punca jangkitan ialah kewujudan spora-spora di dalam tanah, di dalam biji benih yang ditanam serta di atas pokok berpenyakit. Penyakit ini hanya boleh dikawal melalui pemusnahan pokok berpenyakit serta rawat biji benih dengan racun kulat sebelum ditanam.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Penyakit kulapuk downi juga menyerang pokok jagung. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan kulat dalam genus Sclerospora dan Sclerophthora. Tanda-tandan serangan dapat dikesan apabila wujudnya klorosis di bahagian pangkal daun serta jalur-jalur kuning di bahagian atasnya. Dalam keadaan lembap, terutamanya pada awal pagi, spora-spora putih kelihatan di atas permukaan daun. Pokok-pokok muda boleh dijangkiti oleh spoa-spora di dalam tanah atau dari pokok-pokok berpenyakit. Pokok-pokok yang dijangkiti akan bantut dan tidak akan mengeluarkan buah yang sempurna.

Kawalan penyakit kulapuk downi termasuk merawat biji benih dengan racun kulat Ridomil MZ pada kadar 2g b. a. per 1 kg biji benih. Semburan racun kulat Ridomil MZ pada kadar 30g/10 liter air pada 12 dan 20 hari selepas menanam juga dapat mengawal penyakit ini.

 

Sumber maklumat :

1. Leong Chee Onn, Manual Teknologi Penanaman Jagung Manis, MARDI, 2005.
2. H. Zaharah (Penyunting), Laporan Khas Penanaman Jagung, MARDI, 1992.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :