You are currently viewing Jagung Ungu Digemari Kerana Kaya Antosianin

Jagung Ungu Digemari Kerana Kaya Antosianin


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Jagung ungu merupakan salah satu varieti jagung manis, ia juga dikenali sebagai Peruvian purple corn adalah berasal dari Peru dan telah ditanam di dunia sejak lebih 100 tahun. Varieti jagung ini oleh sebab warna ungunya justeru ia lebih menarik kepada pengguna khasnya mereka yang mirip akan kandungan nutrisinya. Banyak kajian telah dilakukan di seluruh dunia dan salah satu ciri penting bagi jagung ungu ialah kandungan antosianin yang didakwa lebih tinggi daripada buah beri biru. Kini pelbagai produk makanan telah dihasilkan menggunakan jagung ungu seperti jus, tepung dan pewarna makanan. Pewarna makanan daripada jagung ungu telah menembusi pasaran produk pewarna makanan di seluruh dunia dan diiktiraf oleh negara Jepun dan Kesatuan Eropah.

Banyak faedah terdapat dalam antosainin seperti dijumpai oleh para penyelidikan perubatan, di antaranya ialah menurunkan tekanan darah dan merawat penyakit jantung, ia juga mampu mencegah penyakit saraf serta merawat atau mencegah penyakit kanser. Unsur antosainin amnya dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah gelap, biru dan ungu.

Di Malaysia, varieti jagung ungu dianggap masih baru di pasaran tempatan jagung manis segar. Antara varieti yang merujuk kepada jagung ungu ialah King Corn, King Purple, Morado dan Jagung Pulut Ungu. Daripada data Jabatan Pertanian Malaysia, hanya 8 orang petani yang menanam jagung ungu di seluruh Malaysia dengan jumlah keluasan 17.7 hektar. Dalam jumlah ini, hanya dua orang petani mengusahakan secara skala komersial iaitu di Jasin dan Kuala Pilah masing-masing dengan keluasan 9 dan 6 hektar, selainnya menanamnya secara sara diri.

Dalam satu kajian MARDI yang dijalankan beberapa tahun lalu mendapati majoriti pengguna (98.8%) di Malaysia menggemari jagung manis seperti jagung kuning, mutiara dan susu. Hanya 5% sahaja yang pernah membeli jagung ungu. Warna jagung masih dominan dalam pemilihan pengguna, sebaliknya kandungan antosainin dan rasa manis hanya berkedudukan kedua dan ketiga masing-masing mewakili 28% dan 26% pengguna.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Walaupun jagung ungu telah dikenali di seluruh dunia, namun bagi pengguna di Malaysia ia masih dianggap baru dan merupakan makanan unik atau eksotik berbanding dengan jagung manis sedia ada di pasaran pada masa kini. Sebanyak 43% responden dalam bancian berkenaan tidak mengetahui kewujudan jagung ungu, hanya 31% sahaja yang pernah makan jagung ungu dan 13% 13% pengguna tahu kewujudan jagung ungu di pasaran.

Hal sedemikian menunjukkan jagung ungu mempunyai potensi pasaran yang rendah berbanding jagung manis yang sedia ada di pasaran. Antara sebabnya ialah jagung ungu sukar didapati serta harga pasaran yang tinggi. Kajian dari aspek kesudian membayar oleh pengguna terhadap jagung ungu, didapati kandungan antosainin dalam jagung ungu adalah tarikan terbesar kepada pengguna berbanding rasa manisnya. Ini bermakna pembelian jagung ungu oleh pengguna juga dipengaruhi oleh minda mereka terhadap kandungan berkhasiat yang ada dalam jagung ungu.

 

Sumber maklumat :

Norzalila Kasron et al., “Penerimaan Pengguna Dan Potensi Pasaran Jagung Ungu Bernilai Tambah Di Malaysia”, MARDI dan UPM.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com