Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Baja rumpai laut mengandungi banyak khasiat yang boleh digunakan terus oleh tanaman. Kandungannya termasuk unsur penyelaras tumbesaran tanaman untuk memastikan tanaman tumbuh ke peringkat matang dengan lancar. Sebagaimana diketahui, baja rumpai laut juga mengandungi unsur-unsur keperluan tanaman seperti NPK, Mg, S, Fe, Mangan, Zink, Kalsium, Mo, B dan lain-lain lagi. Unsur-unsur ini merupakan khasiat semuala jadi yang telah dihasilkan daripada rumpai laut tanpa sebarang bau bahan kimia serta tanpa sisa. Bagaimanapun, ia mengandungi sedikit bau rumpai laut.
Dalam proses penanaman jagung, penggunaan baja rumpai laut dapat menambah baik tumbesaran tanaman ini melalui pembekalan nutrien yang diperlukan. Jika menggunakan sebutan para penanam, baja rumpai laut mampu menghasilkan tanaman jagung yang tumbuh dengan rimbun dari pangkal batang ke kanopi pokok tanpa menunjukkan apa jua gejala gondol di kanopi pokok. Penggunaan baja rumpai laut juga menghasilkan sistem akar yang lebih banyak pada tanaman jagung berbanding plot yang tidak menggunakan. Sistem akar yang lebuh kuat ini sebenarnya telah menguatkan tumbesaran pokok jagung dan merendahkan gejala tanaman rebah.
Keadaan ini wujud ekoran bahan terkandung di dalam baja rumpai laut yang begitu seimbang sehingga fisiologi tumbesaran tanaman menjadi canggih. Tambahan, kesannya juga terdapat dalam peningkatan sistem akar pokok yang memberi kesan sekali gus dalam pembesaran buah jagung, pewarnaan buah yang lebih cantik, berhasil lebih cepat serta meningkatkan kualiti dan hasil tanaman.
Baja rumpai laut kaya dengan protein, asid humid, khasiat serta juga iodin dan pelbagai unsur bermanfaat yang lain. Kesemua unsur ini membantu tanaman jagung merintangi segala kesan yang boleh membantutkan tanaman khususnya apabila tanaman kehilangan keseimbangan dalam proses pertumbuhan. Baja rumpai laut memperbaiki keadaan sedemikian termasuk memperbaiki kesan racun dan luka yang ada pada tanaman bagi membentuk tanaman yang tumbuh segar dan selanjutnya menjurus ke arah tumbesaran dan pengeluaran hasil yang lebih lumayan.