You are currently viewing Varieti Jagung Manis Yang Diperkenalkan MARDI

Varieti Jagung Manis Yang Diperkenalkan MARDI

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman jagung digolongan dalam famili Poaceae yang merupakan sejenis rumpai iaitu sama famili dengan padi, gandum, barli, sorghum, bambu, tebu dan lain-lain lagi. Dianggarkan jagung mempunyai 12,000 spesies serta jumlah varieti yang banyak dari merata-rata tempat di dunia. Di antaranya ada varieti asli, kemudian wujud varieti hibrid. Jagung juga dibahagikan kepada jagung manis, jagung sayur, jagung bijian dan sebagainya, masing-masing membawa ciri-ciri berlainan.

Di Malaysia, jagung manis untuk tujuan dimakan segar umumnya ditanami secara komersial. MARDI merupakan institusi terbesar dalam kajian tanaman jagung dalam negara dan telah membiak baka beberapa varieti jagung manis untuk ditanami oleh petani.

1. Supersweet Kuning

Varieti komposit ini diperkenalkan pada tahun 1981 selepas beberapa pusingan pemilihan dari varieti Thai Supersweet. Warna isi tongkol varieti ini berbeza dari warna kuning hingga jingga. Panjang tongkol 15cm dan tinggi pokok 200cm. Hasil dianggarkan 30,000 tongkol per hektar dan hasil dikutip 76 hari selepas menanam.

2. Manis Madu

Varieti ini diistiharkan oleh MARDI pada tahun 1987. Warna bijiannya kuning pucat hingga kuning. Panjang tongkol 15cm dan tinggi pokok 200cm. Anggaran hasil ialah 30,000 tongkol per hektar dan hasil boleh dikutip 74 hari selepas
menanam.

3. Masmadu

Pada tahun 1990, MARDI mengistiharkan varieti ini. la merupakan kacukan antara Honey Jean dengan Across 7824. Kamanisan Masmadu sangat tinggi dengan bacaan brix 17% – 19%. Warna bijiannya kuning keemasan. Tongkolnya panjang sedikit pada 16cm dan pokok tumbuh antara ketinggian 180 – 200cm. Hasil sehektar bagi varieti ini di sekitar 30,000 tongkol dan hasil dikutip pada 72 hari selepas ditanam.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

4. Improved Masmadu

Varieti ini diperkenalkan oleh MARDI pada tahun 1994. Walaupun sifatnya ada persamaan dengan Masmadu, namun dari segi bijian, ia berwarna kuning muda dan pokok berbunga lebih awal di antara 48 – 53 hari. Pokok tumbuh pada ketinggian 165 – 215cm.

Penuaian

Jagung manis dituai 72 – 76 hari selepas menanam. Bijian pada tongkol yang matang akan mengeluarkan cecair putih seperti susu apabila dipicit. Jejanggut tongkol yang matang adalah kering dan berwarna coclat tua.

Penuaian dilakukan dengan memilih tongkol yang matang sahaja. Selepas tuaian, pokok dipatahkan bagi memudahkan tuaian kemudian. Selepas selesai tuaian, dicadangkan supaya semua pokok yang ditinggalkan di ladang dibajak ke dalam tanah untuk meningkatkan kesuburan tanah. Biojisim pokok juga boleh dijadikan bahan makanan ternakan selepas diracik menjadi serpihan kecil. Penternak boleh mengambilnya sesudah kutipan tongkol selepas mendapat persetujuan pengusaha tanaman tersebut.

 

Sumber maklumat :

Leong Chee Onn, Manual Teknologi Penanaman Jagung Manis, MARDI, 2005.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com