Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Jagung bijian sebagai asas makanan untuk ternakan ayam, lembu dan ikan di Malaysia diimport hampir keseluruhannya dari luar negara khususnya Argentina dan Brazil dengan belanja RM3.1 bilion setahun. Soya juga diimport dengan nilai tahunan RM2.2 bilion. Malaysia mengimport 4 juta tan jagung bijian setahun. Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara sudah menceburi ke bidang pengeluaran jagung bijian dengan jayanya. Misalnya Indonesia menghasilkan 18 juta tan setahun, Filipina 8 juta tan setahun, Vietnam 6 juta tan setahun dan Thailand 5 juta tan setahun.
Keperluan Malaysia terhadap jagung bijian dianggarkan 4 juta tan setahun. Maka sekiranya satu hektar mampu menghasilkan 10 tan setahun, maka 400,000 hektar tanah diperlukan untuk membangunkan industri ini. Untuk mencapai matlamat ini, kerjasama antara semua kerajaan negeri dan pejabat daerah amat diperlukan kerana hanya mereka dapat memperuntukkan tanah untuk melaksanakan projek tersebut.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Hal sedemikian mendedahkan bahawa satu kekosongan besar telah wujud di bidang pertanian dalam negara. Jagung sangat sesuai ditanami di Malaysia malahan berpotensi besar untuk dikembangkan. Apa yang menyebabkan kekosongan ini berlaku adalah kekurangan satu ekosistem industri baru yang akan memberi peluang besar kepada pengusaha di sepanjang rantaian nilainya termasuk benih, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan. Ini satu projek yang sangat besar. Justeru itu, MARDI telah menganjurkan Persidangan Jagung Serantau 2019 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian. Dalam persidangan ini, isu-isu pengeluaran jagung bijian berkualiti serta isu-isu berkaitan akan dibentangkan. 20 pakar di bidang ini telah menyediakan kertas kerja mereka untuk pembentangan.
Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menyasarkan kira-kira 80,000 hektar tanah di seluruh negara untuk menanam jagung biijian menjelang tahun 2033. Langkah ini bertujuan mengurangkan import serta kebergantungan terhadap luar negara dalam menangani isu makanan ternakan yang semakin meningkat setiap tahun. Dahulunya, harga satu tan jagung bijian sangat murah, hanya RM500 setan, kemudian meningkat kepada RM900 setan dan seterusnya meningkat lagi sebanyak 110% ke aras RM1,900 setan. Harga yang melambung tinggi ini telah menyebabkan MAFI mengambil inisiatif dalam aspek pengeluaran. Sehingga kini, beberapa pihak telah mula menanam jagung bijian di Melaka, Perlis dan sebagainya. Kementerian mengalu-alukan lebih ramai pengusaha swasta dapat menceburi bidang ini pada skala lebih besar.