Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Saiz pokok jagung tidaklah besar, justeru itu, ia sesuai dipertimbangkan dalam penanaman berkepadatan ultra-tinggi. Kepadatan ultra-tinggi dimaksudkan menanam tanaman ini dengan rapat sekali, umpamanya 100,000 pokok/ha atau 120,000 pokok/ha, iaitu jauh melebihi kepadatan biasa (lebih kurang 50,000 pokok/ha).
Di Pusat Penyelidikan Pertanian Turki, pernah dilakukan satu eksperimen dengan menggunakan 3 baka hibrid jagung (Maverik, PR-1550 dan DK-585) berpandukan 3 kepadatan tanaman iaitu 80,000 pokok/ha (cara menanam konvensional), 100,000 pokok/ha (cara menanam rapat) dan 120,000 pokok/ha (cara menanam dua baris kembar).
Menurut sumber, semakin tinggi kepadatan, tongkol jagung menjadi semakin kecil dan pendek. Bijian pada tongkol juga semakin kurang. Namun oleh kerana jumlah pokok telah bertambah berikutan kepadatan ultra-tinggi, jumlah hasil juga meningkat berbanding penanaman dengan kepadatan biasa. Inilah sebabnya kenapa ramai petani cenderung menerapkan cara penanaman ultra-tinggi.
Penanaman ultra-tinggi ini perlu mengutamakan pemilihan baka jagung kerana kepadatan mempengaruhi hasil setiap baka. Setiap baka jagung mempunyai bentuk pokok, ketinggian pokok serta sudut penjuru dahan yang berbeza. Lebih-lebih lagi lokasi pertumbuhan tongkol serta rintangan terhadap kepadatan tinggi juga berlainan.
Tindak Balas Terhadap Cara Penanaman
Kepadatan akan memberi kesan terhadap jumlah bijian, ketinggian pokok serta lokasi pertumbuhan tongkol pada pokok. Namun parameter lain pokok tidaklah dipengaruhi. Penanaman rapat (80,000 pokok/ha) dan penanaman dua baris kembar (120,000 pokok/ha) menghasilkan pokok yang lebih tinggi serta lokasi pertumbuhan tongkol juga lebih tinggi di bahagian pokok berbanding cara menanam konvensional (80,000 pokok/ha) yang pokoknya lebih katek. Pengeluaran hasil bijian yang paling tinggi berlaku di plot penanaman rapat (100,000 pokok/ha) mencatatkan 9.84 tan/ha, diikuti oleh plot penanaman dua baris kembar pada 9.70 tan/ha dan penanaman konvensional pada 8.82 tan/ha. Dari sini jelas kelihatan hasil tertinggi tidak semestinya datang dari plot yang mengamalkan kepadatan tertinggi walaupun berbezaan mereka tidaklah besar.
Tindak Balas Terhadap Kepadatan
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Jumlah hasil bijian serta komponen hasil yang berkaitan juga dipengaruhi oleh kepadatan. Di plot yang mengamalkan 120,000 pokok/ha, ketinggian pokok serta lokasi pertumbuhan tongkol sama-sama berada pada kedudukan pertama, masing-masing mencatatkan 208.1cm dan 93.5cm. Sehubungan itu, pokok yang ditanam pada 80,000 pokok/ha menghasilkan pokok paling katek mencatat 199.7cm, tongkol juga tumbuh di lokasi yang paling rendah (88.2cm).
Eksperimen ini juga menunjukkan kepadatan tertinggi telah menghasilkan batang pokok yang paling kurus, berat tongkol juga menurun berikutan peningkatan kepadatan. Penanaman 80,000 pokok/ha menghasilkan tongkol yang paling berat mencatatkan 167.6g. Gejala ini dianggap sebagai normal kerana berat buah amnya menurun apabila kepadatan pokok bertambah.
Plot yang menanam dua baris kembar iaitu kepadatan tertinggi (120,000 pokok/ha) didapati menghasilkan jumlah bijian yang paling rendah berbading dengan dua cara penanaman lain. Keadaan ini mungkin menggambarkan kesan negatif telah berlaku kerana kepadatan sudah terlalu tinggi dan melebihi had. Menurut sumber, kepadatan pada 90,000 pokok/ha adalah titik kritikal, bermakna jika kepadatan terus meningkat ke aras 100,000 pokok/ha, jumlah hasil sedikit sebanyak akan dipengaruhi walaupun perbezaannya tidak ketara. Kepadatan jika ditingkatkan lagi ke aras 120,000 pokok/ha, kesan negatif akan berlaku dengan ketara. Sungguhpun begitu, mendapat baka yang sesuai untuk kepadatan ini bukanlah mustahil.
Berat tongkol jagung juga berbeza mengikut baka. Baka akan menunjukkan tindak balas berlainan mengikut kepadatan yang berbeza. Misalnya baka DK-585 yang ditanami pada kepadatan ultra-tinggi sehingga 120,000 pokok/ha berjaya menghasilkan jumlah bijian tertinggi mencatatkan 9.8 tan/ha.
Namun, baka PR-1550 pula memperolehi jumlah bijian tertinggi dalam plot pada kepadatan 100,000 pokok/ha. Baka Maverik pula mendapat hasil bijian tertinggi di plot 100,000 pokok/ha dan 120,000 pokok/ha berbanding di plot 80,000 pokok/ha.
Hasil eksperimen ini menunjukkan baka Meverik dan DK-585 lebih sesuai ditanam mengikut kepadatan tertinggi (120,000 pokok/ha) manakala baka PR-1550 lebih sesuai untuk kepdatan 100,000 pokok/ha. Kesimpulannya, pemilihan baka hendaklah bersesuaian dengan kepadatan supaya mendapat hasil yang optimum.
Bahan rujukan :
Huseyin Gozubenli,”Influence of planting patterns and plant density on the performance of maize hybrids in the Eastern Mediterranean condition”, International Journal of Agriculture & Biology, 2010.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com