You are currently viewing PS4: Bahan Tanaman Sawit Untuk Penghasilan Karotena

PS4: Bahan Tanaman Sawit Untuk Penghasilan Karotena


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sawit Amerika (Elaeis oleifera) adalah sejenis palma yang menyerupai sawit Afrika (Elaeis guinensis Jacq) dalam penghasilan minyak sayuran untuk kehidupan manusia. Bagaimanapun, penghasilan minyak dari sawit Amerika ini amat rendah justeru tidak ekonomi untuk ditanam. Namun kandungan iodin di dalamnya melebihi nilai 80 berbanding sawit Afrika yang setakat bernilai 50 – 53. Tambahan kandungan karotena juga tinggi melebihi 3,000ppm berbanding sawit Afrika pada 500 – 700ppm. Keadaan ini selanjutnya merangsang Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan sejenis bahan tanaman sawit bernama PS4 yang tinggi kandungan karotena. Unsur karotena terkandung di dalam buah tandan segar sawit Amerika, dengan kata lain, PS4 boleh ditanam untuk pengeluaran karotena.

Seperti sedia maklum, karotena merupakan sejenis unsur yang memanfaatkan kesihatan manusia. Unsur ini biasanya diambil dalam bentuk kapsul. PS4 akan menghasilkan buah tandan segar yang mengandungi karotena kemudian diproses oleh kilang khas bagi mendapatkan abstrak karotena.

Hasil buah PS4 sangat rendah mencatatkan 0.5 tan/ha/tahun berbanding sawit Afrika yang berupaya menghasilkan 25 tan/ha/tahun atau lebih. Jika hasil buah PS4 dijual mengikut hasil sawit Afrika, pengusahaan ini akan mengalami kerugian secara total. Dalam keadaan ini, PS4 hendaklah dibicara secara berasingan daripada sawit Afrika kerana matlamat utama menanam PS4 ialah mendapatkan unsur karotena yang boleh dipasarkan pada harga RM0.10/g. Penghasilan buah sawit PS4/ha ialah 0.5 tan, bermakna jumlah boleh pendapatan ialah dijana yang RM50,000/ha/tahun. Pendapatan ini adalah lebih baik daripada hasil sawit Afrika 25 tan/ha/tahun yang dijual pada harga RM1,400/tan.

Perkara yang musykil tentang penanaman PS4 ialah keperluan menyediakan kilang khas untuk mengabstrak karotena daripada buah tandan segar. Oleh itu projek seperti ini dijangka hanya boleh dijalankan oleh syarikat perladangan besar bagi abstraksi karotena untuk pasaran khusus.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

 

Sumber maklumat :

Mohd Din et al., PS4 – High Carotene E. Oleifera Planting Material, MPOB TT. NO. 137, May 2002.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my