You are currently viewing Meningkatkan Kadar Hidup Anak benih Cantuman Durian Di Ladang

Meningkatkan Kadar Hidup Anak benih Cantuman Durian Di Ladang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Anak benih durian dari biji benih umumnya digunakan sebagai sumber pokok penanti untuk mencantumkan sion dari baka berkualiti. Pokok penanti seumpama ini dipercayai mempunyai kadar tumbesaran dan kadar hidup yang lebih tinggi di ladang kerana sistem akar yang lebih kuat dan mendalam. Sebagaimana sedia dimaklumkan, pembiakan dari biji benih tidak dapat menghasilkan pokok yang setanding dengan pokok induk dari segi kualiti tumbesaran dan isi buah kerana ciri heterogeneous atau ciri kelainan yang wujud di dalam. Ciri ini akan menyebabkan anak benih dari biji benih tumbuh sedikit sebanyak tidak serupa dengan pokok induk khususnya aspek kualiti.

Justeru itu pembiakan secara cantuman umumnya digunakan dalam pembiakan anak benih durian. Dengan cara ini kualiti serupa atau hampir serupa dengan pokok induk boleh diperolehi. Anak benih cantuman juga berbuah lebih awal (4 – 5 tahun) serta saiz pokok yang lebih rendah dan kompak berbanding pokok yang biak melalui biji benih yang memerlukan mungkin 7 – 8 tahun baru mula berbuah. Selain itu anak benih cantuman juga boleh ditanam dengan jarak lebih dekat, umpamanya durian Musang King dikatakan ditanam berjarak 25 kaki sudah memadai berbanding pokok dari biji benih yang memerlukan jarak 35 – 40 kaki. Dari segi ekonomi, anak benih cantuman kelihatan memberi pulangan yang lebih baik.

Kadar hidup anak benih durian cantuman yang ditanam di ladang juga menghadapi cabaran jika ia ditanam pada umur lebih kecil atau di suasana sekitaran yang kurang optimum, umpamanya keabaian penjagaan, pengairan dan kawalan perosak dan penyakit sama-sama boleh menyebabkan anak benih tersebut mati atau terencat dalam tumbesaran. Menurut sumber, anak benih cantuman kurang daripada 2 kaki tinggi boleh menghadapi kadar kematian sehingga 50%. Menurut laporan Kamariah dan Mohammad Isa (1992), ukur lilit batang bagi anak benih cantuman yang kurang daripada 2 cm menghadapi kadar kematian yang lebih tinggi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Oleh itu anak benih cantuman seumpama ini lebih baik dikekalkan di tapak semaian sehingga 4 – 5 kaki tinggi baru dipindah tanam di ladang untuk meningkatkan kadar hidupnya. Ada penanam yang menerapkan penanaman anak benih dari biji benih sehingga cukup besar dan kuat baru melakukan cantuman ke atasnya di ladang. Cara ini juga bertujuan meningkatkan kadar hidupnya. Penanaman anak benih cantuman yang sudah kuat dari segi sistem akar dan batang selain dapat memberi kadar hidup lebih yang tinggi, ia juga berpotensi memberi hasil lebih awal iaitu sekitar 3.5 – 4 tahun.

 

Sumber maklumat :

Michael J. Brown, Durio-A Bibliographic Review, International Plant Genetic Resources Institute, 1997, Page 111,112 & 117.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :