Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kepadatan tanaman sawit amat penting kerana jika ditanam terlalu rapat, masalah akan wujud apabila pokok sawit semakin besar kerana perolehan cahaya matahari yang tidak mencukupi apatah lagi tanaman ini tidak dapat menyelaras hala pengembangan pelepah ke arah untuk mendapatkan cahaya matahari.
Walaupun penggunan kepadatan yang sederhana adalah pendekatan paling selamat, tetapi di kawasan tertentu malah penggunaan bahan tanaman yang lebih kompak maka kepadatan tanaman sebenarnya boleh ditingkatkan. Umpamanya antara 148 pokok/ha dan 136 pokok/ha sudah nampak perbezaan 12 pokok/ha dan perbezaan hasil sawit anggaran 1.8 tan/ha/tahun. Jika harga buah tandan segar sawit diandaikan pada RM400/tan akan terdapat perbezaan pendapatan sebanyak RM720/ha/tahun.
Mengenai perkara ini, pihak Lembaga Minyak Sawit Indonesia (IOPRI) pernah menjalankan kajian terhadap 6 baka sawit DxP pada Ogos 2006 untuk menilai kepadatan tinggi 181 pokok/ha dan kepadatan biasa 128 pokok/ha dari segi pengeluaran hasil dan juga prestasi pertumbuhan vegetatif. Pokok – pokok sawit tersebut ditanam pada September 2001 iaitu berumur 5 tahun selepas tanam. Bahan tanaman sawit kini dari pelbagai pengeluar mungkin tidak jauh berbeza dari segi pengeluaran hasil, tetapi saiz dan morfologi pokok memperlihatkan perbezaan yang lebih ketara. Oleh itu, penyelarasan kepadatan tanaman mungkin boleh dilakukan untuk menanam dengan lebih padat demi memperolehi hasil sawit berkumpul yang lebih tinggi.
Hasil kajian itu menunjukkan antara 6 baka DxP yang ditanam dengan kepadatan tinggi (181 pokok/ha), 3 baka menunjukkan ketinggian batang pokok sehingga 260.33cm berbanding ketinggian batang pokok pada kepadatan biasa (128 pokok/ha) pada 228.00cm. Kepadatan tinggi juga menjurus pokok menghasilkan rakis pelepah yang lebih panjang. Bagaimanapun, 3 baka lain yang sama – sama ditanam pada kepadatan tinggi tidak menunjukkan corak ketinggian pokok yang serupa. Perbezaan hasil kajian ini barangkali menyatakan tumbesaran pokok tidak semestinya akan berubah terhadap perubahan sekitaran penanaman yang baru yang mana hal ini terbukti melalui ketinggian pokok yang telah berbeza.
Namun begitu, keenam – enam baka sawit yang ditanam pada kepadatan tinggi ini menunjukkan indeks keluasan daun (leaf area index) yang lebih tinggi yakni 5.7 – 7.1 iaitu lebih tinggi daripada pokok pada kepadatan biasa di antara 4.0 – 5.7. Menurut pemahaman, bacaan indeks ini hanya wujud pada pokok berumur 9 tahun selepas tanam. Daripada sumber, bacaan indeks pada 6 adalah paras untuk memperolehi kesan fotosintesis yang paling optimum. Apabila indeks ini tinggi, ia menyatakan kesan fotosintesis akan meningkat dan selanjutnya akan menambah penjanaan jirim kering (dry matter) termasuklah pengeluaran hasil sawit.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Pendek kata, pokok – pokok yang ditanam dengan kepadatan tinggi dalam kajian ini menunjukkan prestasi tumbesaran yang aktif di peringkat umur 5 tahun yang selanjutnya meningkatkan hasil sawit. Di peringkat umur ini, pembentukan kanopi pokok sebenarnya belum sempurna, maka biarpun wujudnya keadaan dau – daun bertindih ataupun persaingan nutrien dan air, ia masih belum ke tahap yang boleh mempengaruhi hasil sawit, malah sebaliknya hasil sawit diperolehi itu adalah lebih tinggi untuk kesemua baka dalam kajian yang mencatatkan antara 22.5 30.6 tan/ha/tahun berbanding hasil sawit di kepadatan biasa (128 pokok/ha) antara 17.7 – 22.9 tan/ha/tahun, menunjukkan peningkatan hasil sawit sebanyak 34%. Inilah kesimpulan bagi senario hasil antara tanaman sawit ditanam pada kepadatan tinggi dan kepadatan biasa.
Jika ditinjau dari perspektif pokok individu, maka hasil sawit di antara pokok di plot berkepadatan tinggi dan berkepadatan biasa mempunyai perbezaan yang lebih ketara. Dalam aspek ini, baka LaMe menampilkan perbezaan hasil 33.23%, baka Yangambi 7.80%, baka Dolok Sinumbah 72.85% dan baka Dolok Sinumbah x Bah Jambi 56.41%.
Selain itu, hasil kajian juga memberi kesimpulan mengenai hasil sawit yang ditanam dengan kepadatan tinggi dan kepadatan biasa juga dipengaruhi oleh tahap persaingan di antara pokok. Umpamanya baka LaMe yang rakisnya lebijh pendek mendapat kelebihan di sisi ini kerana kesan tindihan pelepah dan daun yang lebih minimum selanjutnya mengurangkan kesan negatif terhadap pengeluaran hasil.
Akhir kata, kajian ini hanya meninjau prestasi pokok dan hasil sawit sehingga ke peringkat umur 5 tahun dan terbukti hasil tambahan sebanyak 34% boleh diperolehi melalui penanaman sepadat sehingga 181 pokok/ha/tahun berbanding yang ditanam
dengan kepadatan biasa (128 pokok/ha). Penanaman pada kepadatan tinggi tinggi ini memerlukan kos input yang lebih tinggi sebanyak 17.01% tetapi masih berbaloi memandangkan hasil sawit telah meningkat 34%. Prestasi pokok dan hasil sawit selepas itu bukanlah tujuan kajian ini tetapi dipercayai kepadatan setinggi 181 pokok/ha berkemungkinan besar perlu menghadapi penebangan pokok lebihan mengurangkan kesan saingan cahaya matahari, nutrien, air dan ruang di antara pokok. Ini kerana sesetengah bahan tanaman kini yang biarpun lebih kompak termasuk saiz pokok lebih kecil dan pelepah lebih pendek, kepadatan umum yang dicadangkan hanyalah 148 pokok/ha. Peningkatan ke 160 pokok/ha masih perlu bergantung pada kesesuaian keadaan sekitaran penanaman termasuk sifat tanah, topografi tanah, kesuburan tanah dan sebagainya. Ia juga bergantung pada rekomendasi ahli agronomi.
Bahan rujukan:
Iman Yani Harapan et al., “Effciency of Agricultural Practice toIncrease Benefit in Oil Palm Plantation Through High Density Planting”, PIPOC 2007 Vol. 2, MPOB, hal. 571 – 580.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my