You are currently viewing Penjarangan Bunga Dan Putik Buah Durian

Penjarangan Bunga Dan Putik Buah Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Satu jambak bunga durian merangkumi lebih kurang 30 kuntum bunga tetapi amnya dikekalkan 2 – 3 kuntum melalui penjarangan untuk pengeluaran hasil yang wajar. Bunga yang dikekalkan dalam satu jambak bunga amnya tidak membesar dengan kadar yang sama tetapi mungkin berbeza dari segi saiz. Penjarangan bunga atau putik buah justeru dijalankan untuk menghasilkan buah yang lebih besar serta lebih seragam.

Penjarangan bunga dijalankan apabila panjang bunga berada dalam lingkungan 3 – 5cm. Ada varieti durian tertentu yang bunganya mudah dijarangkan melalui sentuhan ringan sahaja. Menurut sumber, penjarangan bunga di atas pokok sehingga mengekalkan hanya 10% jumlah bunga memberi hasil buah yang paling tinggi berbanding pengekalan kesemua bunga. Penjarangan sama ada ke atas bunga atau putik buah tidak menunjukkan perbezaan dari segi pengeluaran hasil yang boleh dikutip nanti.

Dahan pokok yang melintang amnya memberi hasil buah lebih tinggi berbanding dahan menegak. Bagi dahan kecil, buah harus dikekalkan berdekatan dengan batang manakala pada dahan lebih besar, buah dikekalkan di bahagian tengah dahan. Langkah ini bertujuan mengelakkan dahan patah akibat keberatan buah. Di Thailand, pengekalan putik buah di tengah dahan juga bertujuan memudahkan kutipan hasil daripada batang pokok. Bagi pokok yang berbuah lebat, tali rafia boleh digunakan untuk mengikat dahan kecil ke dahan utama supaya tidak patah dan tidak mendatangkan kerugian hasil.

Penjarangan putik buah amnya dijalankan secara peringkat. Peringkat pertama pada 30 hari selepas pembentukan putik buah dan mengekalkan 1.2 – 1.5 kali ganda jumlah buah yang dijangka boleh dikutip. Penjarangan kali kedua jatuh pada 45 hari selepas anthesis bunga dengan membuang putik buah yang cacat atau saiz yang tidak dikehendaki atau buah yang tumbuh di bahagian hujung ranting. Penjarangan kali ketiga dijalankan pada 60 hari selepas anthesis bunga. Di peringkat ini, semua buah bersaiz kecil dibuang. Tujuan penjarangan ialah memastikan hasil buah adalah baik dari segi saiz serta lebih seragam.

Menurut sumber, sebiji buah yang beratnya 2kg memerlukan 150 – 200 helai daun untuk membesar dengan baik dan optimum. Tanpa sebarang proses penjarangan, saiz buah yang dihasilkan hanya 20% besar, 40% sederhana dan 40% kecil dengan purata 1.5kg sahaja berbanding saiz buah yang telah melalui proses penjarangan akan mencapai purata 2.7kg/biji.

Sumber maklumat :

1. Saichol Ketsa et al., “The Durian : Botany, Horticulture and Utilization”, Horticultural Reviews, Vol. 47, 1st Edition, Editor Ian Warrington, John Wiley & Sons, Inc. Publication, 2020, hal. 156-157.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :