Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Penanam durian amnya akan memangkas pokok dan menjalankan pembajaan selepas musim kutipan hasil. Ini bertujuan membuang dahan berpenyakit dan tidak produktif supaya meningkatkan kadar kemasukan pancaran cahaya matahari dan pengudaraan bagi mengurangkan risiko penyakit. Yang penting ialah langkah ini akan memupuk pertumbuhan tunas baru sebagai persediaan menyambut pembuahan yang lebih baik nanti. Pembajaan pula dapat menokok tambah nutrien yang diangkut keluar melalui buah masak. Apakah caranya untuk memupuk pertumbuhan tunas
baru serta mempercepatkan proses tunas baru ke peringkat matang?
Melalui pembajaan, perkara di atas dapat diselesaikan. Baja sebatian dan organik serta kadar penggunaan menjadi perkara terpenting tersebut. Berdasarkan satu kajian di Thailand antara bulan Jan – Jun 2014, pokok durian berumur 10 tahun telah digunakan dalam eksperimen berkenaan. Pada umur pokok ini, pembajaan amat penting untuk memacu tanaman ke arah pengeluaran hasil menggalakkan. Eksperimen itu menggunakan baja sebatian dan juga gabungan dengan baja organik untuk meninjau keberkesanan pemupukan pengeluaran tunas baru serta menjadi matang. Di bawah ini adalah beberapa rawatan yang telah digunakan :
1. Plot kawalan (tidak diberikan baja langsung)
2. Baja sebatian 15/15/15, 4kg/pokok
3. Baja sebatian 15/0/0, 4kg/pokok
4. Tinja lembu, 50kg/pokok
5. Tinja ayam, 30kg/pokok
6. Baja sebatian 15/15/15, 2kg/pokok serta tinja lembu 25kg/pokok
7. Baja sebatian 15/15/15, 2kg/pokok serta tinja ayam 15kg/pokok
8. Baja sebatian 15/0/0, 2kg/pokok serta tinja lembu 25kg/pokok
9. Baja sebatian 15/0/0, 2kg/pokok serta tinja ayam 15kg/pokok
Hasil kajian itu menunjukkan selepas pembajaan, semua plot tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam masa yang diambil untuk pengeluaran tunas baru. Namun begitu, jumlah tunas baru yang dikeluarkan pula ada perbezaan yang jelas, iaitu plot ke-7 menghasilkan paling banyak tunas baru mencatatkan 85.80% diikuti oleh plot ke-6 pada 83.00%. Plot pertama yang tidak diberikan sebarang baja mencatatkan kadar pengeluaran tunas baru paling rendah pada 33.40%. Masa yang diambil oleh tunas baru ke peringkat matang juga menunjukkan perbezaan yang ketara. Plot ke-7 dan ke-9 masing-masing mencatatkan 40 hari dan 41 hari manakala plot tidak dibaja (plot 1)mengambil masa 45.40 hari. Berdasarkan penemuan di atas, maka boleh disimpulkan bahawa pembajaan di plot ke-7 memberi kesan pengeluaran tunas baru serta tempoh kematangan yang paling baik.
Sumber maklumat :
Somporn Na Nakornet al., “Effect of manure and chemical fertilizer on vegetative growth of off-season durian production”, Journal of Agricultural Technology, 2015 vol. 11(8): 2523-2529.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com