Kumbang badak (Oryctes rhinoceros) adalah salah satu jenis serangga perosak yang utama di kawasan tanaman kelapa sawit dan kelapa di seluruh dunia. Kumbang badak dewasa akan mengorek lubang di bahagian pangkal pelepah muda kemudian masuk ke bahagian pengeluaran pucuk daun dalam pokok. Di situ, pucuk-pucuk daun muda akan dimakan olehnya. Ulat kumbang badak pula akan menyempurnakan kitaran hidupnya di dalam biojisim reput di ladang sehingga menjadi dewasa, kemudian akan menyerang pokok sawit dengan cara yang sama.
Menururt bancian pada tahaun 1995 dan 2005, didapati 33,768 ha 46,444 ha kawasan tanaman sawit dalam negara telah diserangi oleh kumbang badak. Serangan yang berterusan akan menyebabkan pokok mati. Bekas lubang yang dikoreknya di bahagian pokok pula menjadi tempat kemasukan mikroorganisma lain dan mungkin akan menyebabkan jangkitan penyakit lain. Keluasan daun permukaan akan berkurangan sehingga 15% bagi pokok yang diserangi dan pengeluaran hasil buah tandan segar mungkin merosot sebanyak 25%.
Â
Pada kebiasaan, serangan kumbang badak dikawal dengan menggunakan bahan-bahan kimia seperti Carbofuran dan Cypermethrin, malah bebola Naphthalene juga digunakan. Walaupun penggunaan bahan-bahan kimia ini mendatangkan kesan sehingga 95%, namun di kawasan yang menghadapi serangan yang serius, kaedah-kaedah ini menjadi kurang berkesan serta bukan solusi ke akar umbi. e aka Di samping itu, feromon juga salah sejenis bahan kimia yang luas digunakan untuk mengawal serangga perosak ini.
ORY-X: Biopestisid Untuk Mengawal Kumbang Badak
Memandangkan ancaman serangan kumbang badak masih ketara di sektor penanaman sawit dalam negara, Felda Agricultural Services Sdn Bhd dan MPOB telah bekerjasama untuk menghasilkan produk ORY-X, iaitu sejenis biopestid bagi menangani kumbang badak. Produk ini telah dikomersialkan sejak 4 tahun yang lalu. ORY-X adalah produk kawalan biologi yang mana mana kulat Metarhizium anisopliae yang terkandung di dalmnya akan bertindak sebagai pemangsa terhadap larva, pupa atau kumbang dewasa.
Â
ORY-X Mengandungi Kulat Metarhizium nisopliae
M. anisopliae adalah pemangsa utama kepada kumbang badak peringkat larva, pupa dan dewasa. Kulat ini menghasilkan spora yang akan melekat pada kulit larva, pupa atau kumbang dewasa. Miselium (Mycelium) spora akan menusuk masuk ke dalam badan larva/pupa/kumbang dewasa sama ada secara terus atau melalui rembesan enzim bagi melembutkan bahagian kulit. Miselium spora kemudian akan membiak di dalam badannya sehingga merosakkan organ dalaman dan seterusnya mematikannya. Serangga yang mati dipenuhi dengan Miselium spora M. anisopliae berwarna hijau.
Spora-spora ini akan disebar oleh angin atau air hujan dan terus menjangkiti kumbang badak yang berada di sekitaran. Melalui cara ini, populasinya di ladang dapat dikawal. Lagipun, M. anisopliae membiak dan mengeluarkan spora secara berterusan, justeru itu mencipta suasana kawalan biologi yang berpanjangan. Tempoh berkesan bagi setiap semburan ORY-X adalah selama setahun.
Menyembur ORY-X Pada Lokasi Pembiakan Kumbang Badak
ORY-X adalah berbentuk serbuk dan akan larut sepenuhnya apabila dibancuh dengan air mengikut dos dan nisbah yang disyorkan. Bagi mendapat kesan terbaik daripada penyemburan ORY-X, muncung penyembur seelok-eloknya dihalakan ke bahagian bawah timbunan biojisim reput. Ini kerana kumbang badak akan bertelur di kawasan yang lembab dan terlindung dari panas matahari. Tempat yang menjadi lokasi pembiakan kumbang badak ini sesudah disemburi dengan ORY-X akan merencatkan kitaran pembiakannya dan seterusnya mengurangkan populasinya di ladang.
Tempat pembiakan kumbang badak juga temasuk longgokan buah tandan kosong yang terbiar di ladang serta timbunan biojisim yang disusun di antara barisan pokok muda di ladang. Selain itu pokok sawit yang telah diracun bagi sistem penanaman ‘under planting’ juga menjadi tempat pembiakan kepada kumbang badak.
Bagi mengawal populasi kumbang badak di ladang, beberapa kaedah biasa diambil, termasuk meracik biojisim sehingga menjadi serpihan yang kecil. Tumbuhan kekacang litup bumi kemudian ditanam segera. Biojisim di kawasan tanam semula yang telah dilitupi dengan tumbuhan kekacang lebih cepat mereput. Di samping itu, kadar kemasukan tikus dan kumbang badak ke dalam timbunan biojisim dapat dikurangkan.
Bagi kawasan tanam semula yang tidak sempat ditanami dengan tumbuhan kekacang litup bumi, biojisim yang terdedah harus disemburi dengan ORY-X bagi mengawal kadar pembiakan dan populasi kumbang badak.
â– Kajian Keberkesanan Semburan ORY-X
Menurut kajian yang pernah dijalankan di Sg. Kepong (Pkt. 2(8)) (sila lihat rajah 1), jumlah kumbang badak terperangkap bertambah mulai bulan ke-8 selepas pokok tua ditebang. Jumlah kumbang badak terperangkap adalah tertinggi pada bulan ke-17 selepas pokok ditebang. Kadar kerosakan pokok muda adalah di 12%, dan mencapai paras Alingkungan 2 tertinggi pada bulan ke-26 selepas pokok tua ditebang.
Kajian ini menunjukkan ancaman kumbang badak wujud sepanjang masa di peringkat tanam semula. Oleh sebab itu, sekiranya perkara ini berlaku, biopestisid ORY-X merupakan satu alternatif untuk digunakan sebagai langkah kawalan supaya pertumbuhan pokok muda dan penghasilan awalan pokok tidak terjejas nanti. Serangan yang serius boleh menyebabkan pokok muda mati.
Dalam satu ujian mengenai kesan ORY-X (sila lihat rajah 2), penyemburan ORY-X secara blanket telah berjaya menjangkitkan kulat M. anisopliae pada kumbang badak pada kadar berkumpul 32.2% manakala plot kawalan yang tidak menggunakannya hanya pada kadar jangkitan sebanyak 3.3%. Dengan menyembur secara dissemination (iaitu menyembur di lokasi biojisim tertentu yang ditetapkan), kadar jangkitan berkumpul adalah lebih tinggi lagi sehingga 43.1% manakala plot kawalan hanya 7.5% sahaja. Kumbang yang telah dijangkiti ini tidak mati serta merta, sebaliknya akan menyebarkan kulat tersebut kepada populasinya dan selanjutnya meningkatkan kadar jangkitan.
Produk mengandungi kulat M. anisopliae ini juga telah diuji di Ladang Paloh, Johor. Tanaman sawit di situ adalah berumur 24 bulan semasa ujian dijalankan dan ladang tersebut sudah dilitupi dengan tumbuhan kekacang penutup bumi. Hasil ujian tersebut menunjukkan 8 bulan selepas penyemburan spora kulat M. anisopliae berbentuk serbuk, plot 1 mengalami pengurangan populasi kumbang badak sebanyak 33.3% manakala plot 2 berkurangan sebanyak 30.4% berbanding dengan plot kawalan yang hanya menurun sebanyak 12.9%.
Selepas 12 bulan penyemburan, kadar jangkitan meningkat kepada 67.8% dan 72.9% masing-masing sedangkan plot kawlan ialah 52.0%. Ujian pada kedua-dua plot ini juga menyatakan bahawa penyembuaran kulat M. anisopliae tidak membahayakan serangga atau mamalia lain, umpamanya, polupasi kumbang pendebunga didapati tidak terjejas. Dengan itu, ORY-X adalah produk yang selamat untuk digunakan serta mesra alam.
â– Perbandingan Kos Penggunaan
Kos penyemburan ORY-X secara blanket pada barisan biojisim yang telah diracik adalah sebanyak RM187.50/ha/tahun manakala semburan pada bahagian bawah barisan biojisim sahaja yang berjarak 250m di antara setiap barisan adalah lebih murah, iaitu RM106.80/ha/tahun.
Dengan menyembur bahan kimia Cypermethrin (5% Al) di bahagian pangkal pelepah pula memerlukan kos RM209.28/ha/tahun. Sekiranya menggunakan Carbofuran (3% AI) atau Carbosulfan (5% Al) sama-sama diletakkan di bahagian pucuk daun di jemala pokok, kos masing-masing adalah RM246.00/ha/tahun dan RM387.00/ha/tahun. Dari sini, ternyata bahawa kos menggunakan ORY-X dalam kawalan kumbang badak adalah lebih murah dan ekonomi. Bagi maklumat lanjut mengenai ORY-X, sila hubungi Felda Agricultural Services Sdn Bhd di talian 03-2698 7772.
Sumber Maklumat :
1. Bahan Cetakan Felda Agricultural Services Sdn Bhd.
2. Siti Ramlah Ahmad Ali dan rakan-rakan, “Microbial Approach In Pest Control”, Further Advances in Oil Palm Research (2000-2010), Vol. 1, MPOB, 2011.