K-Neutralizer (6.5% K2O + S + TE), sejenis baja baru keluaran All Cosmos Industries Sdn Bhd kini mendapat perhatian tinggi daripada pengusaha tanaman dalam negara yang merangkumi penanam kelapa sawit serta sektor hortikultur kerana keupayaan baja ini meningkatkan keberkesanan tanah untuk penanaman secara mampan. Tanah sering disifatkan sebagai ‘ibu’ kepada semua tanaman dan ‘kesihatan ibu’ amat penting untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman. Daripada formula baja ini jelas kelihatan ia berasaskan baja kalium, sulfat dan juga nutrien sekunder dan surih serta mengandungi bahan organik termasuk mikrob bermanfaat kepada tanah.
Kesan Yang Unggul Dalam Menuetralkan Tanah
Di antara gejala tanah yang sering menghalang tanaman mendapat hasil lumayan adalah aspek kemasaman yang kurang daripada pH 5. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada apa jua tanaman melainkan beberapa jenis tanaman yang sesuai ditanam di tanah masam.
Secara umum, tanah masam menghalang penyerapan nutrien oleh akar pokok dan seterusnya menurunkan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Ini satu fenomena yang biasa berlaku dalam keadaan tanah masam. Selain itu tanah masam juga meningkatkan kadar penyakit kerana banyak mikrob tanah hidup secara kondusif dalam tanah masam menyebabkan kadar pembiakan cepat berlaku. Tanah masam juga menggalak pertumbuhan rumpai dan sekali gus merencatkan prestasi tanaman. Salah satu fungsi utama baja K-Neutralizer ialah meneutralkan tanah supaya kesan buruk tersebut dapat diminimumkan. Menurut sumber, kesan peneutralan tanah oleh K-Neutralizer adalah berpanjangan melebihi satu tahun bergantung kepada jenis tanah.
Tanah masam biasanya dirawat dengan batu kapur seperti ground magnesium limestone (GML) tetapi bahan ini perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak untuk meneutralkan tanah malahan mengambil masa pemulihan yang lebih lama. Bagi baja K-Neutralizer,kesan meneutralkan tanah adalah mudah iaitu hanya manabur di atas permukaan tanah berbanding GML yang perlu digaul ke dalam tanah. Bahan organik dan mikrob yang terkandung di dalam K-Neutralizer akan bersebati dengan tanah dan memperbaiki struktur tanah, meningkatkan nilai pH dan aktiviti mikroorganisme serta kadar kebolehtukaran ion kation supaya tanah lebih subur berbanding GML yang tiada bahan organik di dalam. Baja ini juga merembeskan nutrien dengan kadar konsisten dan berpanjangan bagi memberi kesan lebih lama berbanding GML.
Mengandungi Sulfat dan Nutrien Surih
Selain itu kandungan K-Neutralizer yang juga termasuk sulfat, nutrien sekunder dan surih seperti magnesium, kuprum, zink, boron, mangan dan sebagainya dapat melancarkan proses tumbesaran tanaman malahan pengeluaran hasil. Kandungan sulfat di dalamnya adalah sejenis bahan penting untuk memperkasakan kualiti tanaman khususnya aspek kemanisan buah yang amat penting untuk tanaman buah-buahan.
Kesan Diperakui Dalam Ujian Ladang
Kajian di ladang Sarawak menunjukkan K-Neutralizer mampu meningkatkan pH tanah gambut daripada 3.4 kepada 5.0 manakala nilai pH tanah liat di semennanjung Malaysia diperbaiki daripada 4.5 kepada 6.5 dan kekal selama 6 bulan. Keputusan ini satu pencapaian yang besar kerana bukan mudah untuk menuetralkan tanah pada kadar yang begitu banyak melainkan penggunaan batu kapur pada kuantiti yang tinggi serta mungkin kurang berkesan dalam aspek lain.
Selamat Digunakan
Untuk tanaman kelapa sawit, dos penggunaan yang disyorkan ialah 4-10kg/pokok/tahun manakala untuk tanaman kontan ialah 1kg/m2 bergantung kepada jenis tanaman. K-Neutralizer juga diuji kandungan logam berat. Secara umum, logam berat wujud dalam pelbagai habitat terutama dalam tanah. Logam berat digolongkan sebagai bahan toksik yang hendak dielakkan. Keputusan ujian K-Neutralizer mendapati baja int mengandungi kadar logam berat secara minimum, umpamanya chromium hanya 2.9mg (tahap dibenarkan ialah 200mg/kg), plumbum 0.4mg (tahap dibenarkan ialah 300mg/kg), nickel 1.1mg (tahap dibenarkan ialah 150mg/kg) manakala cadmium, mercury dan arsenic adalah sifar di dalam baja.
Bebas Klorin
Satu kelebihan unik mengenai K-Neutralizer ialah kandungan kaliumnya adalah bebas klorin. Klorin adalah sejenis bahan tersedia di dalam tanah. Klorin berlebihan akan menghasilkan toksik kepada tanaman. Justeru itu salah satu ciri K-Neutralizer ialah ia bebas klorin bagi mengelakkan kejadian toksik tanaman berlaku.
Sebagai kesimpulan, K-Neutralizer adalah baja yang selamat untuk digunakan serta menjanjikan kesan dalam meningkatkan tumbesaran dan pengeluaran hasil. Kandungannya termasuk enzim, asid amino, biojisim kopi serta bahan organik berasaskan biji benih tanaman sekali gus meningkatkan potensinya untuk penggunaan oleh para pengusaha tanaman daripada pelbagai sektor penanaman. Untuk maklumat lanjut sila hubungi All Cosmos Industries Sdn Bhd di talian : 07-252 3788 atau emel : sales_marketing@allcosmos.com