LEILI RootMost merupakan salah satu lagi produk dari Kumpulan LEILI Beijing, negara China. Produk ini mengandungi bahan perangsang dan bahan pemecahan sel tanaman yang seimbang, apabila diaplikasi, akan memupuk penyerapan nutrien oleh akar tanaman daripada tanah serta merangsang pertumbuhan akar. Apabila tumbesaran akar menjadi rimbun, anak benih tanaman dapat tumbuh dengan sihat serta memendekkan tempoh kematangan.
RootMost juga dilengkapi dengan khasiat B1, B6 dan B12 serta antibiotik semula jadi bagi meningkatkan daya rintangan anak benih terhadap keadaan sekitaran penanaman yang buruk. Tambahan, mikrob bermanfaat juga dirumus ke dalam produk ini supaya tanaman dapat mengelak daripada risiko jangkitan penyakit tanah di samping menguatkan daya ketahanan terhadap faktor sekitaran yang kurang memadai. Dalam keadaan ini, kemerosotan tanaman selepas ditanam tidak mungkin berlaku selepas aplikasi RootMost.
Menurut huraian di atas, maka kelebihan RootMost secara amnya dapat diklasifikasikan dalam keupayaannya menyelesaikan 3 masalah utama tanaman seperti berikut :
1. Menyelesai masalah kadar hidup dan tumbesaran anak benih yang rendah dan lambat. Masalah pengakaran yang lemah juga dapat diatasi.
2. Memupuk pertumbuhan akar sisi dan akar tunjang.
3. Memperkuat serta merimbunkan sistem akar anak benih.
Kelebihan RootMost seperti dinyatakan di atas diperolehi melalui perumusan produk ini melalui teknologi enzimolisis (enzymolysis) dengan mengunakan rumpai laut Sargassum sebagai bahan mentah. Penggunaan teknologi ini berjaya mengeluarkan bahan-bahan aktif semula jadi daripada rumpai laut itu bagi tujuan perangsangan pertumbuhan akar anak benih tanaman. Pelbagai bahan perangsang pertumbuhan tanaman juga dirumus sekali ke dalam produk ini dan akhirnya melahirkan RootMost yang mampu memperkasa sistem akar tanaman dalam aspek pengakaran, penyerapan nutrien dan juga daya ketahanan pada sistem akar.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
RootMost seperti juga siri produk LEILI yang lain, tetap mengaplikasi teknologi enzimolisis rumpai laut bagi meningkatkan kualiti tumbesaran anak benih. Teknologi ini berpandukan 3 teknologi berpaten daripada Kumpulan LEILI seperti berikut:
1. Teknologi Berpaten Pertama : Algene
Algene sebenarnya suatu bahan aktif semula jadi yang diekstrak daripada rumpai laut. Bahan ini sangat mudah cair di dalm air justeru cepat diambil oleh akar, batang dan daun tanaman. Kelebihan ini menjadikan ia digelar juga sebagai “platinum rumpai laut”. Algene juga digelar “agen penyeimbangan❞ kerana berupaya menyeimbangkan mekanisme anak benih baik secara luaran ataupun dalaman. Berdasarkan bahan aktif Algene ini, mikrob tanah sama-sama mendapat manfaat daripada aplikasi produk ini. Agen penyeimbangan juga menyampaikan isyarat supaya khasiat disalurkan ke bahagaian berfungsi anak benih selanjutnya meningkatkan kualiti anak benih dalam proses pertumbuhan.
2. Teknologi Berpatent Kedua: Kelmost
Teknologi ini menghasilkan bahan yang dikenali sebagai polysaccharides rumpai laut. Bahan ini akan membentuk struktur butiran dan mengekal daya melekat yang kuat. Dengan cara ini, Kelmost membolehkan nutrien ditetapkan di dalam tanah untuk pengambilan oleh akar tanaman. Dengan Dengan erti kata lain, aplikasi RootMost menjadikan tanah semakin subur dan tidak perlu khuatir pelepasan nutrien melalui saluran yang membazirkan.
Polysaccharides rumpai laut akan akan ditukar kepada oligosaccharides oleh mikrob tanah demi melaraskan nisbah karbon dan nitrogen di dalam tanah supaya meningkatkan kesesuaian penetapan mikrob. Apabila mikrob bermanfaat dalam tanah meningkat, mikrob tidak bermanfaat akan semakin lupus dan ekologi tanah kembali ke aras yang sihat.
3. Teknologi Berpaten Ketiga: Minecal
Melalui teknologi ini, nutrien daripada lautan dan nutrien surih dapat digabungkan bersama dalam bentuk kelaan. Minecal mempunyai daya biologi yang tinggi, mudah larut, stabil serta daya dan kadar penggunaan yang tinggi. Ia boleh diserap oleh molekul tanaman kemudian disalurkan kepada bahagian berkenaan dengan pantas.
Sebagai rumusan, RootMost adalah produk yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan khususnya bahan aktif dan bahan penyelaras semula jadi untuk memperkasa daya rintangan anak benih terhadap penyakit tanah. Hal ini berpunca daripada penguatan sistem akar anak benih tanaman selepas aplikasi. Pertumbuhan akar baru yang banyak juga akan memendekkan tempoh kematangan tanaman. Inilah salah dua ciri penting bagi aplikasi produk ini. Tambahan, RootMost mempunyai nilai pH di antara 7.5 8.5 yang mampu meningkatkan kesan peneutralan tanah yang masam selain ciri-ciri lain yang sama-sama meningkatkan penampilannya sebagai produk berperanan besar dalam kegiatan penanaman masing-masing.