Di lautan, rumpai laut menunujukkan daya hidup yang paling aktif. Kumpulan LEILI di Beijing, China menggunakan bioteknologi terkini dan berjaya mencungkil segala bahan aktif yang terkandung di dalamnya untuk digunakan dalam sektor penanaman khususnya untuk tujuan pemuliharaan tanah dan juga penyelarasan keseimbangan fisiologi tanaman.
Kumpulan LEILI menyifatkan bahan aktif ini sebagai ‘faktor keseimbangan’ dan mentakrifkan keseluruhan rumusan ini sebagai ‘Teknologi Penyelarasan Keseimbangan Bio LEILI serta Teori Keseimbangan Pertanian’. Okjektif utama yang ingin dicapai ialah kesuburan tanah, kelestarian tanaman, keselamatan hasil pertanian, tanaman kaya dengan khasiat serta menjamin kesihatan manusia. Kumpulan LEILI beryakin pengemukaan teori ini akan menjadi batu asas kepada satu model pertanian yang baru di arena global.
Kumpulan LEILI adalah peneraju produk bioteknologi berasaskan rumpai laut di dunia. Siri produk LEILI telah memasuki 80 lebih buah negara di dunia serta memberi perkhidmatan berkaitan terutama dalam penyelesaian masalah yang bangkit daripada ketidakseimbangan fisiologi tanaman yang mengakibatkan masalah tumbesaran serta pengeluaran hasil.
Kini Kumpulan LEILI telah mengasaskan Teknologi Keseimbangan Fisiologi tanaman yang boleh juga dianggap sebagai sistem ‘teknologi lautan biru’ dengan menumpukan fokus kepada pencarian dan penyelesaian masalah yang membabitkan kerencatan tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman akibat daripada faktor keseimbangan yang kurang optimum ekoran pengaruh pelbagai faktor termasuk faktor dalaman tanaman dan juga faktor luaran seperti perubahan cuaca.
• Pengasas Ilmu Keseimbangan Bio
Ilmu ini berasaskan teori biologi dan ekologi serta menggunakan lautan, rumpai laut, tanah, tanaman dan manusia sebagai fokus kajian. Dengan kata lain, ilmu ini menerapkan bioteknologi terkini ke atas bahan aktif terkandung dalam rumpai laut kemudian merumuskan produk baru untuk menyelesaikan masalah ketidakseimbangan fisiologi tanaman. Untuk mencapai matlamat ini, Kumpulan LEILI telah mengasaskan 3 teknologi berpaten yang dikenali sebagai ALGENE, KELMOST dan MINECAL yang akan dihuraikan nanti.
• Sistem Teknologi Lautan Biru
Lautan biru mengandungi rumpai laut yang boleh digunakan sebagai media antara lautan dan benua iaitu bahan aktifnya boleh diproses dan dijadikan bahan untuk mengimbangkan fisiologi tanaman. Melalui pengimbangan ini, pengambilan baja oleh tanaman boleh ditingkatkan manakala penggunaan racun kimia dapat dikurangkan di samping juga meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil tanaman. Dengan kata lain, penggunaan bahan aktif rumpai laut mampu membangunkan ekologi tanaman ke arah yang lebih seimbang dan sihat. Disebabkan oleh teknologi tersebut berpunca daripada teknologi bio dan bio-kimia lautan, ia justeru dikenali sebagai sistem teknologi lautan biru. Sistem ini berdaya melegakan masalah tanaman yang wujud seperti berikut :
1. Kehilangan Keseimbangan Ekologi Tanah
Aspek ini boleh dilihat daripada 4 perspektif :
(a) Ketidakseimbangan pH
Nilai pH tanah jika tidak seimbang akan mengurangkan keberkesanan nutrien dalam tanah, umpamanya nutrien sukar diambil oleh tanaman malahan akan mempengaruhi struktur tanah dan menyekat aktiviti mikrob dalam tanah. Segala ini menerangkan kepentingan pH tanah terhadap prestasi tanaman.
(b) Ketidakseimbangan Nutrien
Sudah diakui secara umum bahawa nutrien seimbang akam memupuk kelestarian tanaman dan begitu sebaliknya. Taburan baja kimia dan penggunaan racun kimia berlebihan, penggunaan baja organik yang kurang serta kegiatan pertanian yang berterusan di atas satu-satu kawasan tanah menyebabkan kehilangan keseimbangan nutrien dalam tanah dan memberi kesan negatif terhadap tanaman khususnya pengeluaran hasil semakin mengurang.
(c) Ketidakseimbangan Mikrob Tanah
Akibat penggunaan baja kimia berlebihan serta kegiatan pertanian berterusan, populasi mikrob bermanfaat dalam tanah semakin berkurang dan digantikan dengan populasi mikrob tidak berfaedah yang semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan kualiti tanah merosot. Sebagai kesannya, kualiti dan jumlah hasil pertanian juga menurun.
(d) Ketidakseimbangan Alam sekitar
Aspek ini berpunca daripada penggunaan racun kimia, racun perindustrian dan pencemaran logam berat dalam tanah. Sudah tentu tanah seumpama ini memberi kesan negatif terhadap tumbesaran tumbesaran dan hasil tanaman.
Ketidakseimbangan Fisiologi Tanaman
(a) Ketidakseimbangan Khasiat
Nutrien berlebihan atau kekurangan dalam tanaman akan mengakibatkan ketidakseimbangan khasiat berlaku dalam tanaman seperti gejala kekurangan boron dalam tanah alkali atau kekurangan zink dalam tanah sawah padi. Ketidakseimbangan ini akan menjejaskan pengambilan nutrien oleh tanaman selanjutnya mempengaruhi prestasi tanaman.
(b) Ketidakseimbangan Air
Air berlebihan akan menyebabkan gejala reput akar, guguran bunga dan buah secara ketara atau membentuk bijirin kosong. Sebaliknya kekurangan air akan menyebabkan daun menjadi kering, bunga dan buah gugur pra-matang, kualiti dan hasil menurun.
(c) Ketidakseimbangan Suhu Udara
Pada setiap peringkat tumbesaran tanaman, keperluan suhu adalah berbeza. Suhu yang tinggi menyebabkan daun tanaman melecur, manakala suhu rendah juga merencatkan tumbesaran pokok.
(d) Ketidakseimbangan Antibodi
Antibodi memberi pelindungan kepada tanaman terhadap penyakit. Apabila aras antibodi menurun, ia akan menjejaskan tanaman kerana daya rintangan yang rendah.
Kumpulan LEILI telah menggunakan rumpai laut di peringkat pertengahan pertumbuhan dari perairan lautan di Flores yang terletak di utara lautan India. Di peringkat ini, rumpai laut mengandungi bahan aktif paling optimum dan justeru itu menjadi bahan paling berbaloi untuk dirumus menjadi produk yang sangat sesuai dalam menangani segala ketidakseimbangan fisiologi yang dialami oleh tanaman.
Teknologi Berpaten ALGENE
ALGENE adalah elemen paling bernilai dalam rumpai laut dan sering digelar sebagai ‘platinum rumpai laut’ di dunia. Elemen ini mudah cair dalam air dan mudah diambil oleh akar, daun dan batang pokok serta mempercepatkan kadar pengangkutan dalam tanaman. ALGENE juga dikenali sebagai ‘faktor keseimbangan’ dan menjana kesimbangan dalam tanaman serta meningkatkan kecergasan mikrob dalam tanah. Faktor Keseimbangan ini akan memberi isyarat kepada tanaman dan membetuk hasil pertanian yang lebih sihat untuk kegunaan manusia.
Teknologi Berpaten KELMOST
Teknologi ini membolehkan bahan polysaccharide rumpai laut membentuk struktur ketulan halus dan meningkatkan kadar serapan air. Melalui teknologi ini, nutrien dalam tanah dapat dipelihara untuk kegunaan tanaman. Atas sebab ini, penggunaan produk LEILI akan menjadikan tanah semakin subur.
Selain itu, polysaccharide rumpai laut melalui proses mikrob tanah akan ditukar kepada oligosaccharides serta menjana nisbah karbon dan nitrogen yang sesuai untuk memanfaatkan kehidupan mikrob berfaedah. Apabila mikrob berfaedah ini meningkat, ia akan mengurangkan mikrob berbahaya dalam tanah serta membentuk ekologi tanah yang seimbang.
Teknologi Berpaten MINECAL
Teknologi ini adalah salah satu teknologi pertama di di dunia yang diasaskan oleh Kumpulan LEILI. Teknologi ini menggunakan teknik kelaan bagi merumus bahan galian lautan kepada bahan kelaan. MINECAL mengandungi bahan aktif biologi yang tinggi serta mudah cair di samping juga stabil, kadar pengambilan yang tinggi serta tahan lama, boleh diserap oleh tanaman dalam bentuk ion organik dan terus digunakan oleh tanaman.
Sebagai kesimpulan, produk LEILI yang berasaskan rumpai laut mendapat manfaat besar daripada penerapan bioteknologi terkini bagi mengguna penuh segala aspek rumpai laut khususnya enzimnya untuk kegunaan tanaman. Kelebihan utama produk LEILI ialah kewibawaannya menyelesaikan masalah tumbesaran, pengeluaran hasil dan kualiti hasil tanaman. Kesemua aspek ini didapati berhubung rapat dengan ketidakseimbangan fisiologi tanaman dan tanah. Melalui rumusan dalam produk LEILI yang menerapkan bahan aktif diperolehi secara bioteknologi daripada rumpai laut, gejala ini dapat diatasi serta melestarikan tanaman ke tahap tumbesaran yang paling optimum.
Sumber maklumat :
Manual LEILI Balance of Farming Guide, hal. 4-16.