Di daerah Pagoh, Johor, Encik Tee Xin Zhe mengusahakan 4 ekar pelbagai tanaman dengan bendi sebagai tanaman utama. Di kebun yang sama terdapat juga pokok durian khususnya Musang King dan Duri Hitam diusahakan di perantaraan baris bendi. Agaknya beliau menanam bendi sebagai tanaman jangka pendek dan apabila pokok durian sudah matang nanti maka akan membersihkan semua tanaman kontan ini dan mengekalkan sahaja pokok durian. Inilah senario di situ. Pokok-pokok durian ini kini sudah berumur 2-3 tahun. Dijangka satu tahun lagi tanaman ini akan mula mengeluarkan buah.
Encik Tee seorang penggemar produk LEILI yang diedarkan oleh Hextar Fert Sdn Bhd. Menurutnya, setelah LEILI 2000, AmiCa dan Algreen digunakan pada pokok durian, didapati tumbesaran pokok amat ketara. Dalam masa sebulan sahaja selepas penggunaan, didapati pucuk-pucuk baru keluar dengan banyak. Keadaan ini tentu akan meningkatkan hasil nanti memandangkan pokok durian membesar dengan cepat. Baginya ini adalah asas yang penting dalam penanaman tanaman ini. Justeru itu beliau rajin menjalankan pangkasan ke atas pokok dengan membuang pucuk air dan pucuk-pucuk berlebihan yang tidak berguna untuk membentuk kanopi pokok yang optimum.
Beliau juga menggunakan produk LEILI berjenama Alga 600, SoftGuard dan RootMost untuk meningkatkan pencabangan akar pokok durian demi meningkatkan kadar serapan nutrien. Kesan ini amat jelas pada pokok durian yang ditanam kerana siri produk LEILI berupaya menyelaras masalah fisiologi pokok dan memperkasakan akar selanjutnya melancarkan penyerapan nutrien.
Pada hakikat, Encik Tee tidak asing lagi dengan produk LEILI kerana dalam setornya tersimpan siri produk LEILI yang lengkap yang mampu memainkan peranan masing-masing. Menurutnya, penggunaan kali pertama produk LEILI yang bersusulan dengan kesan positif pada tanamannya, tercetus satu buah fikiran dalam mindanya iaitu prestasi satu-satu tanaman tidak harus bergantung sekadar pada baja NPK sahaja kerana faktor seperti perubahan cuaca mungkin akan menyebabkan tanaman menjadi kurang seimbang dari segi fisiologi pertumbuhan yang akan menurunkan prestasi masing-masing termasuk kurang rintang lagi terhadap serangan penyakit. Tanaman yang lemah memang lebih rentan terhadap serangan tersebut. Melalui penggunaan produk LEILI yang berasaskan abstrak rumpai laut semula jadi ini, kesan penyeimbangan ini seterusnya membawakan kesan yang menyakinkan.
Encik Tee menanam dua jenis bendi iaitu bendi hijau yang boleh dikutip hasil selepas 45 hari ditanam dan kutipan hasil ini terus berlanjutan sehingga hari ke-75. Katanya hasil bendi untuk keluasan seekar lebih ini adalah dalam lingkungan 4-6 bakul sehari dan berat satu bakul ialah 30kg. Bendi satu jenis lagi adalah varieti baru yang diberikan nama sementara sebagai bendi apel hanya cuba ditanamnya dan belum mengeluarkan hasil. Namun bendi epel ini dijangka mengeluarkan hasil lebih lambat iaitu 65 hari selepas ditanam. Beliau menggunakan Alga 600 dan LEILI 2000 pada kadar 25ml dibancuh ke dalam 25 liter air kemudian sembur pada daun pokok dengan kekerapan 7-10 hari/kali sehingga semua hasil habis dikutip. Di perantaraan bendi beliau juga menanam cili varieti Kulai yang masih kecil dan belum berhasil. Daripada sini kelihatan Encik Tee mengguna penuh ruang yang ada di kebun untuk mendapatkan hasil daripada tanaman lain.
Sebelum ini, beliau pernah cuba menanam rockmelon di atas tanah tetapi prestasi tumbesaran pokok kurang memuaskan. Hal ini berlaku sebelum beliau menggunakan produk LEILI. Baginya tanaman rockmelon dipercayai perlu diusahakan dengan media bungkusan yang dipasang sistem pengairan titisan baharu boleh memberi prestasi yang baik. Di belakang kebunnya beliau menanam berpuluh-puluh pokok betik yang juga memberi hasil lumayan kerana penyemburan Alga 600 dan LEILI 2000.
Akhir kata, penggunaan produk LEILI kelihatan mendatangkan kesan amat menggalakkan sepanjang proses penanaman di kebun beliau. Kelebihan utama produk LEILI ialah keupayaan yang tinggi untuk menyelaras segala masalah fisiologi pertumbuhan yang kurang seimbang pada pokok. Peningkatan tahap kesimbangan ini amat penting dalam menyerlah prestasi tanaman di kebun beliau serta kebun-kebun penanam lain secara umum. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hextar Fert Sdn Bhd di talian : 03-3003 3333 atau emel : fertilizers@hextar.com.