Encik Pua Chon Teck seorang pembekal sayur-sayuran di daerah Johor Bahru. Beliau merupakan Pengarah Urusan Ngee Teck Huat Farming Sdn Bhd. Hari ini beliau melangkah masuk tahun ke-25 dalam pembekalan sayur-sayuran khususnya ke pasaran Singapura. Memandangkan saiz ladang sayuran beliau agak besar sehingga 250 ekar, beliau kini wujud sebagai pembekal tempatan terbesar. Jumlah pekerja yang ada di syarikatnya lebih kurang 260 orang dan memiliki 10 buah lori 6 roda. Setiap hari kesemua lorinya berulang-alik di antara Johor Bahru dan Singapura. Menurut katanya, urus niaga ini berterusan sepanjang tahun dan dalam setahun hanya berehat 2 hari sahaja. Setiap malam jam 9.00 lorinya akan mengangkut sayuran ke Singapura dan balik pada awal pagi jam 3.00 – 4.00. Dengan modal permulaan RM30,000 pada 25 tahun lalu, beliau berjejak ke atas sektor ini. Kini, beliau kelihatan sedang menghayati segala hasil usahanya dalam keadaan yang selesa.
Untuk mengurus ladang sayuran sebesar ini bukanlah perkara mudah. Selain perlu menjaga kualiti sayuran, beliau juga perlu memastikan sisa racun pada sayuran tidak melebihi had standard yang ditetapkan oleh Singapura. Baginya, ini satu pengalaman yang diperolehi melalui pembelajaran bertahun-tahun.
Untuk meningkatkan kualiti sayuran ditanam, beliau memilih produk yang diedarkan oleh Hextar Fert Sdn Bhd iaitu LEILI2000, Algreen dan juga Alga600. Seperti dapat dipandang dari ladang sayuran beliau, tanaman sayuran tumbuh dengan segar dan subur serta memiliki daun yang besar dan canggih. Inilah kesan positif yang diperolehi melalui aplikasi racun, baja tanah dan juga baja foliar yang sama-sama untuk semburan pada daun dan juga sistem akar tanaman. Baja foliar dan semburan akar adalah produk Hextar Fert Sdn Bhd.
Mengenai LEILI2000 dan Algreen, beliau menyuarakan pandangan positif terhadap kedua-dua produk ini kerana didapati LEILI2000 dan Algreen dapat menyelaras mekanisme tanaman untuk memulihkan gejala ketidakseimbangan nutrien khususnya nutrien surih dan seterusnya membolehkana tanaman tumbuh dengan subur. Selain itu, produk ini juga berdaya meningkatkan kandungan klorofil selanjutnya memperkasakan proses fotosintesis. Apabila proses ini meningkat, tumbesaran tanaman sayuran juga meningkat dengan kadar seragam dan memudahkan kutipan hasil oleh pekerja ladang. Alga 600 pula berfungsi menguatkan sistem akar tanaman melalui semburan pada daun yang selanjutnya membanyakkan akar dan merangsang tumbesaran tanaman.
Lawatan kerja ini dibuat bersama Encik Jonthan Lee dan Terence Lam dari Hextar Fert Sdn Bhd. Encik Pua membawa kami ke sebuah ladangnya yang ditanami dengan sayur mayong hijau. Di kebun ini, sayur mayong hujau dikutip hasil oleh perkerja pada setiap 10-12 hari. Sayur mayong hijau ini sudah ditanami di situ selama 2-3 tahun. Hasil dikutip dengan cara mematahkan dahan bersama daun. Tanaman akan tumbuh semula dan boleh dikutip secara selang 10-12 hari serta secara berpanjangan. Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga tanaman sayuran ini berumur 4-5 tahun. Tidak hairanlah Encik Pua amat suka menanam tanaman ini kerana pengeluaran hasil yang berterusan dan bertahun-tahun.
Penggunaan Alga600 ke atas sayur mayong hijau amat penting kerana dapat menuetralkan kemasaman tanah serta meningkatkan mekanisme fisiologi tanaman agar tumbuh dengan subur. Umumnya semasa penyediaan tanah untuk mula bertanam, tanah perlu dibajak serta melakukan pengapuran bagi mengurangkan kemasaman tanah di samping penaburan baja ayam. Dalam aspek ini, penyemburan Alga 600 kelihatan lebih mudah dan cekap dalam menangani tanah yang semakin masam apabila tempoh penanaman dipanjangkan. Tanaman ini walaupun bernilai dari segi memiliki kesinambungan yang berpanjangan, namun bukan semua penanam mampu mengendalikan dengan jayanya. Agaknya penggunaan Alga 600 adalah rahsia Encik Pua dapat mengendalikan sayur mayong hijau dengan jayanya di ladang.
Di ladang sayuran Encik Pua, kelihatan pelindung hujan berjaring dipasang di setiap lokasi. Menurutnya, langkah ini untuk meminimumkan kerosakan yang disebabkan oleh hentakan air hujan ke atas daun sayuran. Air hujan juga akan meningkatkan kadar penyakit sayuran. Pelindung jaring ini tidak memanfaatkan dari segi kalis serangga kerana serangan perosak serangga tetap berlaku. Oleh itu pemasangan jaring hanya untuk mengawal kadar hujan yang jatuh pada tanaman. Jaring akan berlumut selepas digunakan 2-3 tahun. Untuk menangani masalah ini, beliau menyembur dengan ubat semasa penyediaan tanah untuk tanam semula.
Strategi pemasaran Encik Pua bertumpu pada pasaran Singapura. Sayuran beliau yang dibekal kepada pengedar tempatan tidak sampai 10% menyatakan 90% sayuran beliau dieksport ke Singapura. Harga sayuran yang diperolehinya dikira dalam mata wang Singapura. Dengan kata lain, harga sayuran beliau adalah 3 kali ganda lebih baik berbanding harga pasaran tempatan. Keadaan ini menjadikan urus niaga ini berbaloi baginya serta juga meningkatkan kemampuannya untuk terus berkembang dalam pernigaaan beliau. Sejak 5 tahun lalu, beliau mula membuat bungkusan terhadap sayurannya dan langkah ini telah meningkatkan nilai produk beliau. Ini kerana sayuran yang dibungkus dapat dijual dengan harga yang lebih premium.
Dalam pengagihan sayuran di Singapura, beliau berkata setiap hari berpuluh tan sayuran diangkut ke Singapura yang mana 30% diagihkan ke 130 buah pasaraya ekonomi negara tersebut, 40% sayuran yang dibungkus diagihkan ke lokasi lain di negara itu dan baki 30% ke pasar di Pasir Panjang Singapura. Inilah strategi beliau yang nampaknya cekap dan memiliki masa depan yang cerah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hextar Fert Sdn Bhd di talian : 03-3003 3333 atau emel : fertilizers@hextar.com.