Baja MPOB F6 (10/7/18/2.5/0.5B + TE) adalah rumusan baja yang dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kemudian dikeluarkan secara komersial oleh Syarikat Consolidated Fertiliser Corp. Sdn Bhd yang terletak di Klang, Selangor. Kilang pengeluar baja ini mempunyai pengalaman pembuatan baja melebihi 40 tahun dan kini menjadi salah sebuah kilang baja yang ulung di Malaysia.
Baja ini adalah siri baja terkini dari MPOB. la dirumus khas untuk tanaman sawit muda dan matang serta dilabelkan sebagai baja sawit premium yang unggul kerana mengandungi beberapa ciri yang unik. Pertama sekali baja ini dilengkapi dengan nutrien NPK yang lengkap termasuk magnesium, boron dan kandungan nutrien surih seperti tercacat pada bungkusan. Kedua, baja ini dirumus untuk semua jenis tanah mineral di Malaysia dengan memberi kesan pembajaan yang optimum.
MPOB F6 juga baja yang dirumus dengan teknologi kompak iaitu penghasilan butiran baja yang padat dan tidak mudah lerai. Ciri ini amat penting kerana butiran baja yang padat lebih mudah diselenggarakan baik dalam aspek pengangkutan, aplikasi di ladang atau simpanan dalam setor. MPOB F6 boleh diaplikasikan di ladang sawit dengan cara berserak oleh pekerja membaja ataupun menggunakan traktor penabur baja. Begitu juga ia boleh disimpan dengan lebih lama kerana terdiri daripada butiran yang padat.
Dalam pada itu, MPOB F6 merembeskan nutrien ke dalam tanah pada kadar yang sederhana untuk pengambilan pokok sawit. Dalam rumusan baja ini, fosforus yang digunakan adalah bahan 100% larut air yang tentu lebih cekap untuk penyerapan pokok sawit. Menurut analisis, lebih 60% fosforus dan asid sitrik dalam baja MPOB F6 dapat diserapkan oleh tanaman sawit. Ini salah satu kelebihan baja ini berbanding baja komersial yang lain yang amnya menggunakan batuan fosforus sebagai unsur yang hanya dapat diambil oleh pokok sawit pada kadar 20 – 30% sahaja.
Oleh yang demikian, baja MPOB F6 adalah baja kimia yang boleh dipilih untuk aplikasi di ladang sawit masing-masing untuk pokok sawit yang mula matang serta yang sudah matang. Seperti yang diketahui, baja kimia MPOB F6 memberi kesan positif terhadap tanaman sawit melalui pengeluaran hasil buah yang lebih tinggi di samping memupuk tumbesaran pokok yang canggih. Ini kerana kandungan nutrien yang seimbang di dalam serta ia dirumus khas mengikut keperluan nutrien sawit. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Consolidated Fertiliser Corp. Sdn Bhd di talian 03-3165 8833.