Durian Chondong, sebuah pekan kecil di negeri Johor juga satu kawasan yang sesuai untuk pertanian. Di sekitar kawasan ini selain ditanami pelbagai tanaman industri, ia juga diusahakan dengan pelbagai tanaman buah-buahan seperti durian dan betik.
Kami bertolak dari Jementah, Johor dan perjalanan mengambil masa setengah jam untuk sampai ke Durian Chondong. Kali ini kami bertujuan mengunjung sebuah kebun ditanami betik satu kaki. Kebun ini seluas 7 ekar kepunyaan Encik Tan Meng Hui. Kunjungan kami adalah diatur oleh Encik Yew Boon Wee, iaitu pemilik syarikat Chop Seng Joo Sdn Bhd yang menjual baja dan racun pertanian di Jementah, Johor.
Ketibaan kami di kebun tersebut kebetulan pada waktu petang. Matahari sedang berterik di atas langit dan suasana menjadi panas. Kebaikan cuaca ini ialah kami boleh berjalan sesuka hati di bawah pokok betik yang telah matang tanpa berkhuatir hari akan hujan. Pembuahan pokok betik di sini sangat baik, hampir setiap pokok dipenuhi dengan buah betik yang tumbuh agak seragam dari segi saiz. Tanaman di sini sudah berumur 13 bulan. 13 bulan. Walaupun ketika ini merupakan musim kutipan hasil tetapi harga kebun kononnya agak rendah mencatatkan 60 – 70 sen/kg. Keadaan ini sedikit sebanyak mendinginkan semangat bertanam petani. Menurut Encik Tan, suatu ketika lalu harga kebun betik pernah mencecah RM2.00/kg, penurunan harga kali ini dipercayai disebabkan oleh bekalan yang banyak di pasaran. Katanya.
Sama ada harga kebun baik atau tidak, selagi pengusahaan ini tidak merugikan maka ia harus diteruskan juga supaya boleh balik modal. Buah betik di sini dikutip dua kali seminggu, setiap minggu boleh mendapat hasil buah 120 bakul dengan berat 50kg/bakul. Hasil ini kelihatan lumayan. Saiz buah didapati agak seragam dan keadaan ini boleh dikaitkan dengan struktur tanah yang agak baik di sini. Tanahnya mengandungi pasir dan kelihatan subur. Sistem pengairan renjisan juga dipasang di kebun ini. Semasa cuaca kering, sistem pengairan akan dihidupkan selama setengah jam/kali sekerap dua kali sehari. Pokok betik tidak boleh putus bekalan air. Bekalan air yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesinambungan pengeluaran buah terputus dan mengurangkan hasil. Buah juga akan menjadi kecil jika air tidak cukup dalam jangka masa panjang.
Di kebun terbuka ini, ketidaktentuan cuaca sering menyebabkan pokok betik mengalami stres. Bekalan air dapat mengurangkan pokok daripada kesan buruk stres tetapi stres fisiologi pokok perlu ditangani dengan input pertanian lain. Perkara ini difahami oleh Encik Tan kerana beliau sering ternampak tanaman betik yang walaupun air dan baja diberikan pada kadar mencukupi tetapi masih menghadapi masalah tumbesaran. Mengikut pengalamannya, stres fisiologi pokok betik boleh ditangani dengan menggunakan produk keluaran Hextar Fert Sdn Bhd iaitu siri produk LEILI.
Inilah saranan yang diberikan oleh Encik Yew selaku pemilik perniagaan input pertanian di jementah yang juga kawan baik kepada Encik Tan. Produk LEILI yang digunakan ialah LEILI 2000 keluaran syarikat LEILI GROUP di negara China dan diedarkan oleh Hextar Fert Sdn Bhd. Produk ini adalah rumusan rumpai laut semula jadi untuk tujuan menyelaras ketidakseimbangan fisiologi dan stres dalam tanaman. Selepas tanamna disemburi dengan LEILI 2000, gejala ketidakseimbangan dalaman pokok akan mula hilang dan pelbagai mekanisme dalaman pokok akan kembali elok selanjutnya meningkatkan tumbesaran dan pengeluaran hasil. LEILI 2000 mengandungi pelbagai unsur semula jadi yang aktif, kesemuanya diekstrak daripada rumpai laut justeru tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap tanaman betik. Penggunaan LEILI 2000 juga meningkatkan kesan penyerapan nutrien oleh akar pokok melalui penyeimbangan fisiologi pokok yang telah telah disempurnakan selepas semburan.
Kakitangam Hextar Fert Sdn Bhd iaitu Jonathan Lee (Pengurus Pembangunan Produk dan Bisnes dari Hextar Fert Sdn Bhd) dan Encik Seah Yee Chiow (Eksekutif Pemasaran dari Hextar Fert Sdn Bhd) juga turut memperkenalkan kelebihan siri produk LEILI lain seperti ALGA 600, AmiCA dan SoftGuard yang sama-sama dari rumusan rumpai laut untuk digunakan pada masa akan datang oleh Encik Tan dalam usaha meningkatkan lagi prestasi tanamannya. Untuk maklumat lanjut mengenai produk LEILI, sila hubungi Hextar Fert Sdn Bhd di talian 03-3003 3333 atau emel : fertilizers@hextar.com