Paloh, sebuah pekan terpencil di negeri Johor juga, adalah satu kawasan penanaman kopi terkenal di zaman dulu kala. Namun, berikutan laluan masa dan perubahan sosial-ekonomi, kini Paloh tidak lagi ditanami kopi malahan tanaman ini dianggap sebagai industri senja. Keadaan ini bertambah serius apabila pembangunan stesen keretapi digiatkan menyebabkan kawasan tanaman kopi sedia ada dibersihkan untuk pembangunan jalan keretapi.
Melihat keadaan ini, bekas Ahli Majlis Daerah Paloh Henry Lim berhasrat untuk memulihkan nama baik Paloh sebagai satu tempat yang sesuai untuk penanaman kopi seperti dulu kala. Langkah pertama diambil ialah beliau sudah memulakan penanaman kopi Liberica di ladangnya. Kawasan seluas 7 – 8 ekar telah diluangkan daripada ladang kelapa sawit beliau untuk diusahakan dengan tanaman kopi yang kini pokok sudah pun matang. Hasrat Henry Lim ialah menanam 20 ekar, namun beliau bermula dengan skala kecil dulu. Beliau berharap penanaman ini akan menarik lebih ramai peminat yang tinggal di sekitar Paloh untuk bersama-sama membangunkan industri tanaman ini.
Pada hakikat, Henry Lim mempunyai minat semula jadi terhadap citar rasa unik yang ada pada kopi khususnya kopi Liberica. Inilah salah satu faktor terpenting yang mendorong beliau menceburi sektor tersebut. Tambahan beliau juga mempunyai tanah dan kemampuan kewangan untuk merealisasikan impiannya ini.
Katanya, atas sebab faktor mesra alam dan penanaman secara organik, beliau telah memilih produk LEILI (LEILI 2000, AmiCa dan Algreen) yang diedarkan oleh Hextar Fert Sdn Bhd sebagai sumber nutrien untuk melestarikan tanaman kopi Liberica di kebun. Sebelum ini, tanaman kopi beliau kurang menarik dari segi tumbesaran pokok. Selepas memakai produk LEILI selama 6 bulan, didapati pokok mengeluarkan pucuk yang banyak, daun yang besar serta berkilau. Baginya, keadaan ini menyatakan keberkesanan produk LEILI kerana berjaya menyeimbangkan tumbesaran pokok sehingga pokok tumbuh dengan subur. Produk LEILI ini adalah ekstrak rumpai laut serta mengandungi pelbagai bahan aktif dan nutrien yang sesuai untuk tumbesaran tanaman khususnya dalam menyeimbangkan fisiologi pertumbuhan pokok bagi melestarikan keadaan tumbesaran dan pengeluaran hasil tanaman.
Umpamanya LEILI 2000 adalah sejenis ekstrak rumpai laut multi fungsi yang dapat mengatasi kekurangan nutrien surih dengan pantas serta meningkatkan daya ketahanan pokok terhadap stres dan penyakit. AmiCa pula juga sejenis ekstrak rumpai laut yang membekal amino asid dan kalsium dapat menguatkan dinding sel selanjutnya mencegah buah rekah serta juga meningkatkan daya rintangan terhadap penyakit. Algreen pula juga sejenis ekstrak rumpai laut yang mengandungi nutrien surih yang dirumus bersama dengan perangsang klorofil dapat meningkatkan penyerapan dan penggunaan nutrien oleh tanaman. Apabila klorofil tanaman meningkat, ia selanjutnya memanfaatkan pengeluaran daun, pembesaran buah serta meningkatkan kualiti pokok selain juga meningkatkan tempoh simpanan buah. Kini Henry Lim sedang menggunakan Alga 600 melalui cara siraman pada akar pokok kopi dengan harapan memupuk beri kopi matang serentak.
Berkenaan kopi Liberica, ia sering memberi anggapan umum sebagai varieti kopi yang tidak memiliki harga pasaran baik serta berhasil rendah. Umpamanya satu tan beri kopi Liberica yang matang hanya berjaya mendapat 60 – 80 kg serbuk kopi iaitu bersamaan kadar guna 6 – 8% sahaja berbanding kopi Arabica pada kadar guna 20 – 24%. Sebab ini, kopi Arabica memiliki nilai dagangan global sebanyak 70%, Robusta 28% dan yang baki baru dimiliki oleh kopi Liberica dan kopi Excelsa.
Henry Lim memilih kopi Liberica memandangkan keadaan cuaca yang sesuai untuk tanaman ini. Kopi Arabica merupakan varieti kopi untuk penanaman di dataran tinggi seperti Cameron Highlands manakala Robusta pula sesuai untuk penanaman di Kedah, Sabah dan Sarawak. Kalau dilihat dalam situasi Malaysia, 90% tanaman kopi adalah menggunakan varieti Liberica dan hanya 10% kopi Robusta. Faktor utama pemilihan kopi Liberica oleh Henry Lim adalah disebabkan oleh kualiti kopi ini yang lebih tinggi ditambah pula sebagai hasrat memenuhi impian untuk memulihkan kecemerlangan tanaman kopi ini di Paloh agar tidak terpupus dalam arus pembangunan. Lagipun, varieti kopi Liberica juga tanaman kopi yang utama di negeri Johor.
Pada hakikat, tanaman kopi Liberica di masa kini sudah masuk ke zaman baru kerana tanaman ini ini sudah diperbaiki mutunya melalui penyelidikan oleh MARDI. Menurut sumber, pengeluaran beri kopi Liberica menggunakan baka baru mampu mencapai jumlah hasil 2.18 tan iaitu lebih tinggi daripada kopi baka lama yang hanya pada 1.29 tan. Dengan kata lain, kopi Liberica kini mempunyai kadar pertukaran beri segar kepada biji kopi sebanyak 9.1%.
“Melalui amalan pembajaan yang lebih baik serta kelengkapan mesin prosesan yang lebih moden dijangka dapat meningkatkan kadar pertukaran ini melebihi 10%”. Kata Henry Lim.
Henry Lim memproses beri kopi di bawah sebuah tempat yang dilengkapi dengan pelindung hujan. Beri kopi ditadahkan di atas pelantar demi menjaga kebersihan. Beliau telah menyediakan beberapa mesin prosesan bagi memisahkan beri dan biji kopi serta mesin mengisar biji kopi kepada sebuk kopi. Menurut pandangan beliau, penanam kopi hendaklah menyingkirkan minda kuno yang memberatkan kuantiti sehingga sampai memasukkan buah rosak ke dalam semua buah yang akhirnya merosotkan kualiti kopi. Kopi seumpama ini yang dijual kepada pemborong hanya mendapat harga antara RM0.80 – RM1.00 se kg. Kopi seumpama ini umumnya digunakan untuk prosesan menjadi kopi 3 dalam 1, aiskrim atau kek berperisa kopi. Baik disedari atau tidak, tindakan ini sudah merosakkan kualiti kopi kerana terdapat buah rosak di dalam.
Oleh yang demikian, beliau mengemukakan pandangan bahawa pengeluaran kopi di zaman moden ini hendaklah menumpu pada aspek kualiti. Justeru itu beliau menceburi penanaman dan menjalankan prosesan kopi demi menjamin kualiti. Hanya kopi berkualiti yang akan memperolehi harga pasaran yang baik, katanya.
Sehubungan itu, beliau juga cuba membangunkan jenama kopi Liberica Paloh yang bermakna “Biji Besar Kopi” kerana kopi Liberica adalah varieti kopi yang mempunyai biji paling besar berbanding varieti lain. Jenama ini akan dipopularkan melalui penyertaan beliau di ekspo produk kopi baik di dalam ataupun di luar negara.
Menurut pengalaman beliau, penanaman kopi memiliki satu kelebihan iaitu kutipan hasil buah boleh dijalankan oleh semua orang tidak kira umur kerana ia satu kerja yang tidak memerlukan tenaga yang banyak. Dengan kata lain, langkah ini sebenarnya akan meningkatkan kadar guna tenaga dalam negara. Baginya, seorang pekerja yang rajin mampu memetik beri kopi sehingga 100 – 200 kg sehari. Tambahan tunas daun dan bunga kopi juga boleh digunakan untuk merumus minuman teh dengan cara membersih kemudian direndamkan ke dalam air panas. Meminum teh yang dihasilkan itu adalah satu penikmatan yang luar biasa.
Akhir kata, Henry Lim telah memulakan langkah pertama dalam penanaman kopi Liberica dan berharap akan berjaya untuk memulihkan kecemerlangan Paloh sebagai sebuah pekan penanaman kopi seperti dulu kala. Beliau juga ingin merakamkan perasaan terima kasih kepada Pejabat Pertanian Daerah Kluang kerana telah memberi khidmat nasihat dan kerjasama sepenuhnya kepadanya. Untuk maklumat lanjut mengenai siri produk LEILI sila hubungi Hextar Fert Sdn Bhd di talian : 03-3003 3333 atau emel : fertilizers@hextar.com.