You are currently viewing All Cosmos “Mempelopori Pengeluaran Mampan, 25 Tahun Kecemerlangan Dalam Bidang Bioteknologi”

All Cosmos “Mempelopori Pengeluaran Mampan, 25 Tahun Kecemerlangan Dalam Bidang Bioteknologi”

- - iklan - -

Kumpulan All Cosmos, peneraju dalam bioteknologi dan pengeluaran lestari, telah meraikan ulang tahun ke-25 dengan tema ‘Mempelopori Pengeluaran Mampan, 25 Tahun Kecemerlangan Dalam Bidang Bioteknologi’. Majlis ini menyoroti perjalanan mengagumkan dan pencapaian syarikat sejak penubuhannya.

Pengerusi Kumpulan, Dato’ Dr. Tony Peng Shih Hao, menekankan inisiatif strategik syarikat dalam memanfaatkan potensi mikrob untuk pengeluaran mampan, termasuk pengeluaran baja-bio, baja sebatian bio-kimia, baja sebatian bio-organik, dan bio-vaksin untuk tanaman kelapa sawit serta tanaman lain.

Ini termasuk penukaran sisa industri kelapa sawit kepada sumber yang lebih bernilai, terutamanya kepada Gula Generasi Kedua (Second Generation Sugar).

Dalam tempoh 25 tahun ini, Kumpulan All Cosmos telah mencatatkan pencapaian dan sumbangan yang signifikan dalam tiga bidang utama: Makanan Tambahan untuk Penjagaan Kesihatan (Healthcare Supplement), Teknologi Pertanian (Agriculture Technology), dan Pengurusan Pengeluaran Mampan (Sustainable Management).

Antara subsidiari utama yang memberi sumbangan besar termasuk GK Bio International Sdn Bhd dan Eastern Eckare Malaysia Sdn Bhd dalam bidang Makanan Tambahan untuk Penjagaan Kesihatan, Arif Efektif Sdn. Bhd dalam pengeluaran mikrob tempatan bermanfaat, All Cosmos Industries Sdn Bhd, Sabah Softwoods Hybrid Fertiliser Sdn Bhd, dan PT All Cosmos Indonesia dalam bidang Teknologi Pertanian, serta beberapa lagi syarikat di bawah naungan All Cosmos Bio-Tech Holdings Sdn Bhd.

Dengan beberapa kilang pengeluaran baja sebatian bio-kimia dan mikrob yang terletak di lokasi strategik di Malaysia dan Indonesia, Kumpulan All Cosmos terus memacu inovasi dalam bioteknologi. Portfolio syarikat telah berkembang dengan lebih daripada 600 strain mikrob, bekerjasama dengan institusi penyelidikan terkemuka serta badan kerajaan seperti MPOB, MARDI, dan UPM. Dalam bidang penjagaan kesihatan, GK Bio International Sdn Bhd menawarkan rangkaian produk probiotik, makanan tambahan untuk kanak-kanak, dan produk semula jadi melalui lebih daripada 2,000 peruncit, hospital, dan klinik di seluruh negara. Eastern Eckare Malaysia Sdn Bhd pula telah mencapai pertumbuhan mengagumkan dengan 80,000 ahli di Malaysia dan 8,000,000 ahli di Taiwan.

Melangkah ke hadapan, Kumpulan All Cosmos bertekad untuk terus berkembang dan mencari inovasi baru. Syarikat merancang membina kilang bio-vaksin, mengembangkan pasaran makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan di Vietnam, Indonesia, dan Asia Tenggara, serta menubuhkan kilang pengeluaran Xylose dan Xylitol. Selain itu, syarikat berhasrat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau sebanyak 30%-40% melalui pematuhan kepada amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).

Sebagai panduan masa depan, Kumpulan All Cosmos bercita-cita untuk mewujudkan sebuah galeri mikrob dan pusat latihan yang memfokuskan kepada pembangunan baja-bio yang mematuhi ESG serta menghasilkan produk bernilai tinggi daripada hasil sampingan kelapa sawit.

 

Hantar blog ini kepada :