You are currently viewing Limau Nipis Tumbuh Subur Di Bawah Penggunaan Alga600 Dan Leili2000

Limau Nipis Tumbuh Subur Di Bawah Penggunaan Alga600 Dan Leili2000

Di Sekincan, Selangor, ramai petani mengusahakan tanaman padi. Daripada luaran kawasan itu, memang tidak senang mengesan bahawa bahagian pedalamannya banyak juga yang mengusahakan tanaman lain. Ini mungkin kerana sawah padi sudah jadi kering dan tidak subur lagi untuk tanaman padi sehingga tanaman lain diusahakan.

Senario ini berlaku pada Encik Lau Tiem Keong. Beliau mengusahakan tanaman limau nipis di situ. Oleh kerana menghadapi masalah tanaman tidak dapat tumbuh dengan baik, beliau telah berjumpa dengan Pengarah Precision Agroscience Sdn Bhd Encik Ng Chok Ung untuk mendapat bantuan. Encik Ng maka memperkenalkan beliau menggunakan Alga600 dan Leili2000 yang diedarkan oleh Syarikat Hextar Fertilizers Sdn Bhd. Oleh kerana masalah yang dihadapi itu sangat kritikal, memang beliau tidak memikir lebih lanjut lalu mengikut rekomendasi Encik Ng.

Pada asalnya, tanaman limau nipis itu menunjukkan tumbesaran terbantut iaitu daun yang kuning serta saiz pokok juga kecil. Selepas menggunakan produk rekomendasi itu, tanaman semakin menghijau dan subur. Encik Jason Tan dari Hextar Fertilizers Sdn Bhd telah membawa kami untuk melihat dengan mata sendiri perubahan positif yang tercapai oleh Encik Lau.

Encik Lau semakin berpuas hati dengan produk Hextar itu kerana tanaman telah menunjukkan prestasi yang baik. Beliau terus menggunakan produk itu dan sehingga kini sudah selama 7-8 bulan. Di kawasan seluas 3 ekar ini, tanaman limau nipis memberi hasil 5-6 bakul yang dituai setiap 20 hari. Hasil ini walaupun bukan banyak sangat tetapi sudah memenuhi aspirasi Encik Lau. Memandangkan tanaman di situ terus mengeluarkan pucuk-pucuk baru, dijangka hasilnya akan meningkat lagi di masa depan.

Menurut Encik Lau, pada asalnya pokok limau nipis bagaikan menghadapi mekanisme dalaman yang tidak lancar sehingga tumbesaran terbantut. Penggunaan Alga600 dapat menyelaraskan mekanisme tersebut sehingga mewujudkan kelancaran. Alga600 dapat membantu serta melancarkan mekanisme yang rencat itu sehingga tanaman kembali subur selepas penyelarasan.


Berkenaan dengan penggunaan Leili2000 pula, Encik Lau memuji produk itu kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap nutrien dalam tanaman, malah memperbaiki gejala kebantutan tanaman sebagaimana yang dialami. Apabila masalah tanaman sudah selesai, maka jelas kelihatan satu kadar pertumbuhan yang lebh baik telah berlaku sehingga pengeluaran hasil yang lebih banyak. Dengan kata lain, Alga600 berfungsi menyelaraskan mekanisme tanaman yang tidak lancar dan memperbaikinya manakala Leili2000 pula menyelaras tahap nutrien yang tidak seimbang dalam tanaman. Penyelarasan ini adalah penting bagi menjamin pokok limau nipis berada pada status tumbesaran yang menggalakkan.

Memandangkan Alga600 dan Leili2000 telah berjaya merangsang tumbesaran dan hasil tanaman, maka Encik Lau kini berasa lebih bersemangat. Sesungguhnya memang ada penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh tanaman selagi usaha diikhtiarkan. Dalam keadaan Encik Lau, Alga600 dan Leili2000 jelas kelihatan adalah penyelesaian terbaik. Kedua-dua produk ini drumuskan oleh sebuah syarikat di negara China. Produk-produk ini telah dihasilkan selama 20 tahun dan dipasarkan dalam 80 negara di dunia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hextar Fertilizers Sdn Bhd di talian 03-3003 3333. atau Jason Tan di talian 012-296 5108.

Sila kongsi kepada kawan :