All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Betik merupakan tanaman berhasil tinggi. Taburan tanaman ini di Malaysia tertumpu pada negeri Perak, Pahang dan Johor. Memandangkan ia adalah tanaman yang dapat mengeluarkan hasil yang banyak, maka ramai penanam sudi menanamnya. Namun, tanaman betik amat peka terhadap perubahan cuaca yang amnya berkaitan dengan kadar serangan serangga dan penyakit di kebun. Oleh yng demikian, langkah kawalan perlu diambil untuk menangani masalah yang wujud daripada perubahan cuaca.
Kebelakanagan ini, tanaman betik banyak mengalami kematian akibat perubahan cuaca yang kritikal serta serangan serangga dan penyakit. Hari panas biasanya meningkatkan kadar serangan serangga manakala hari berhujan pula membawa membawa kepada kadar serangan penyakit yang banyak. Kedua-dua kejadian ini selanjutnya menganggu bekalan buah betik di pasaran serta harga jualan. Sara hidup penanam betik juga terganggu.
Terutama dalam bulan Oktober setiap tahun, hari berhujan meningkat dan menyebabkan kejadian penyakit berleluasan di kebun betik di seluruh negara. Antara penyakit utama di kebun betik ini ialah penyakit mati rosot betik. Penyakit ini ditemui buat kali pertama di negeri Johor pada tahun 2003 kemudian merebak ke seluruh negara. Di antara jumlah keluasan tanaman betik 1,200 hektar pada tahun 2008, sebanyak 800 hektar telah dijangkiti penyakit ini menyebabkan eksport betik menurun mendadak dari RM120 juta pada tahun 2004 kepada RM21 juta pada tahun 2012.
Penyakit mati rosot betik amnya berlaku semasa musim hujan terutama di kebun yang tidak diurus baik termasuk di tanah yang tidak subur. Patogen penyakit ini menyerang kesemua bahagian pokok betik termasuk pucuk, daun, batang, buah dan juga anak benih. Gejala penyakit ini ialah bahagian daun dan batang pokok yang dijangkiti menunjukkan tanda lecur air sehingga boleh melelehkan cecair. Urat daun akan mati kemudian menukar ke warna perang dan hitam. Pelepah yang dijangkiti akan melendut, layu dan mati. Buah betik yang diserangi juga menunjukkan gejala yang sama dan akhirnya buah menjadi reput dan hitam. Kadar jangkitan penyakit mati rosot betik amat cepat menyebabkan penanam yang walaupun berpengalaman juga kehilangan akar buah untuk menanganinya. 80% yang diserangi tidak dapat dipasarkan. Ini satu kerugian yang amat besar kepada penanam.
Keseluruhan penyakit betik berasal daripada 3 punca utama iaitu serangan kulat, bakteria dan virus. Hanya dengan mengetahui lebih dahulu punca serangan barulah dapat menjalankan rawatan yang tepat. Patogen penyakit mati rosot betik adalah sejenis bakteria yang dikenali sebagai Erwinia mallotivora manakala penyakit antraknos berpunca daripada kulat Colletotrichum gloeosporioides. Sejenis penyakit yang turut merebak adalah Phytophthora palmivora manakala penyakit debu putih adalah disebabkan oleh Oidium caricae. Ketiga-tiga penyakit ini kesemuanya berpunca daripada serangan kulat. Virus bintik cecincin betik (Papaya ringspot) juga membawakan penyakit betik. Masalah serangan kulat dan bakteria di peringkat awal terhadap tanaman betik dapat dikawal selagi bahan kawalan yang tepat digunakan. Justeru itu, bakteria Erwinia mallotivora yang menyebabkan penyakit mati rosot betik turut perlu dikawal dengan penggunaan bahan kawalan yant tepat.
Dalam konteks ini, ia melibatkan Kejuruteraan genetik tumbuhan yang kini berkembang pesat. Dalam satu teknologi baru yang dikenali sebagai Induced Systematic Resistance (ISR), daya rintangan untuk mengawal serangan patogen yang menyebabkan penyakit mati rosot telah dibangunkan. Namun, ISR pada hakikat tidak membunuh patogen itu secara terus, tetapi menggunakan pula mikrob bermanfaat yang terpilih untuk merangsang pengeluaran sejenis enzim dalam sistem akar tanaman betik. Enzim ini yang akan meningkatkan daya antibodi tanaman untuk menentang serangan patogen Erwinia mallotivora.
Pendekata, penyemburan bahan rangsangan ini dengan kepekatan tertentu akan meningkatkan daya rintangan tanaman terhadap jangkitan penyakit mati rosot betik. Penemuan ini telah dibuktikan oleh MARDI melalui kajian. Bahan ini selain digunakan pada tanaman matang betik, ia juga sesuai disemburi pada anak benih betik yang baru ditanam di kebun yang sama-sama menunjukkan kesan kawalan penyakit ini yang baik.
Bahan ini kini telah dirumus menjadi produk yang dikenali sebagai Dieback Buster 95 oleh MARDI. Produk ini telah dipasarkan dengan kerjasama All Cosmos Industries Sdn Bhd. Menurut pelopor produk ini, penggunaan produk ini menunjukkan 95% kadar kejayaan dalam mengawal penyakit mati rosot betik. Dieback Buster 95 berada dalam bentuk cecair dan nisbah pencairan dengan air bersih ialah 1: 80 atau bersamaan dengan kadar 125 ml Dieback Buster 95 dibancuh dengan 10 liter air kemudian disembur pada tanah di sekeliling akar tanaman betik. Setiap pokok disemburi dengan 350 ml iaitu jika satu ekar ditanami 800 pokok betik, maka perlu menggunakan 3.5 liter Dieback Buster 95. Untuk maklumat lanjut sila hubungi All Cosmos Industries Sdn Bhd di talian 07-252 3788 atau emel : sales_marketing@allcosmos.com.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com