You are currently viewing Serangan Koya dan Kulapuk Hitam Terhadap Buah Durian Belanda

Serangan Koya dan Kulapuk Hitam Terhadap Buah Durian Belanda


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Koya sejenis serangga perosak yang menyerang putik dan buah jambu batu, nanas, mangga, limau, pisang dan durian belanda yang sedang membesar. Serangga dewasa dan nim perosak ini akan menghisap cecair sel dan menghasilkan manisan di pemukaan buah serta menarik kedatangan beberapa jenis semut. Akibatnya kulapauk hitam akan tumbuh di permukaan buah dan merosakkan nilai kosmetik buah. Buah yang telah diserangi itu juga mudah diserangi penyakit lepas tuai. Kejadian serangan koya di kebun durian belanda biasanya di tahap sederhana hingga tinggi.

Koya adalah serangga bersifat ovoviviparus bermakna telur akan menetas di dalam badan induk kemudian induk akan melahirkan anak yang dikenali sebagai nim. Nim akan melakukan penyebaran kerana kemampuannya untuk bergerak serta mudah ditiup angin daripada satu pokok ke pokok yang lain.

Koya boleh dikawal dengan semburan racun iaitu minyak putih (contoh: Albarol, 13 m/4.5 liter air, Shell Miscible White Oil, 57 ml/4.5 liter air), dimethoate (contoh: Aerogor, 15 ml/10 liter air), chlorpyrifos (contoh: Donshot 155, 37-70 ml/18 liter air) dan malation (contoh: Hextar Malathion 840, 8 ml/4.5 liter air). Benomyl (contoh: Benlete, 4 g/4.5 liter air) boleh juga disembur secara bergilir-gilir dengan selangan 7-10 hari untuk mengawal kulat kulapuk hitam. Didapati kekabuh kura-kura adalah pemangsa koya yang dapat mengawal populasi koya.


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sumber :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal.76-77.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com