Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Varieti avocado yang paling popular dalam pengeluaran pada tahun-tahun awal abad ke -19 ialah varieti Fuerte dan Hass.
Fuerte
Avocado Fuerte ialah kultivar kumpulan B yang terhasil daripada kacukan antara avocado Mexico dan Guatemalan. Dikenali dengan daya tahan yang tinggi terhadap salji, kultivar ini telah diberi nama Fuerte, yang bermaksud kuat. Avocado Fuerte ialah varieti bersaiz sederhana dan berbentuk pir, kulitnya hijau berkilau dan mudah dikupas. Isi buah berkrim dan mempunyai kira-kira 18% kandungan minyak.
Hass
Pada masa kini, varieti Hass adalah jenis avokado yang paling biasa di pasaran. Ia adalah avocado kumpulan A yang bermusim sepanjang tahun dan menyumbang 80 % daripada keseluruhan pengeluaran avocado sedunia.
Semua pokok avocado Hass adalah berasal dari pokok induk asal yang ditanam oleh Rudolph Hass di California. Itulah sebabnya ia juga dikenali sebagai avocado California. Varieti hass bersaiz sederhana tetapi berbentuk bujur telur dan mempunyai kulit bagaikan berkerikil hitam. Avocado Hass mempunyai isi buah berperisa kacang.
GWEN
Avocado Gwen tergolong dalam kumpulan A. Buahnya gemuk, berbentuk bujur dengan kulit hijau yang tebal dan berkerikil, agak menyerupai avocado Hass yang besar. Isinya hijau berkrim, berbau kacang serta berlemak. Kulitnya kekal hijau kusam walaupun buahnya telah masak sepenuhnya.
BACON
Kultivar kumpulan B ini walaupun sama sedap tetapi kurang berlemak jika dibandingkan dengan avocado Hass. Bacon berbentuk bujur dan berkulit hijau gelap serta licin dan memunyai bintik-bintik kecil pada keseluruhan buah.
CARMEN HASS
Carmen Hass ialah varieti avocado yang telah dipatenkan di New Zealand. Kultivar ini terkenal dengan menghasilkan buah untuk permintaan pasaran di luar musim sementara buah lain seperti Hass masih belum ada di pasaran. Avocado Carmen Hass berbentuk bulat dan berkilat, dan rasanya seperti Hass biasa.
SIR PRICE
Avokado ini digolongkan sebagai kumpulan B. la menyerupai kultivar Hass B, berbentuk telur dan mempunyai kulit hitam nipis apabila masak. Kultivar ini terkenal dengan rasa yang sangat unggul, isinya berlemak manis dan berbau kacang.
PINKERTON
Kultivar kumpulan A ini berbentuk pir yang biasanya berwarna hijau walaupun sudah masak. Ia adalah buah berbiji kecil dengan kandungan minyak yang tinggi serta rasa yang luar biasa.
PINKERTON
Kultivar kumpulan A ini berbentuk pir yang biasanya berwarna hijau walaupun sudah masak. Ia adalah buah berbiji kecil dengan kandungan minyak yang tinggi serta rasa yang luar biasa.
LAMB HASS
Avocado Lam Hass berada dalam kumpulan A, ia adalah hasil kacukan antara avocado Hass dan avocado Gwen. Ia mempunyai kulit hitam serta bertekstur berkerikil. Pokoknya berhasil sangat tinggi serta buahnya berkualiti tinggi. Avocado Lamb Hass akan menggantikan avocado Hass apabila pengeluaran dan kualitinya rendah.
ZUTANO
Avocado Zutano adalah kultivar kumpulan B, ia menyerupai varieti Fuerte, tetapi memiliki cita rasa yang sederhana. Isi buah kurang berlemak serta mengandungi air yang tinggi menyebabkan teksturnya lebih berserat berbanding varieti lain.
REED
Avokado Reed ialah kultivar kumpulan A. Buahnya berperisa sangat baik serta mengekalkan warna hijaunya walaupun sudah masak. Avocado Reed mempunyai bentuk yang besar dan bulat, kulitnya tebal dan tekstur isinya berkrim dan licin serta berlemak. Kadang-kadang kulitnya yang tebal menyebabkan buah sukar dikupas.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd