Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Anak benih sawit yang kini ditanam di ladang berasal dari kacukan Deli dura dan Pisifera (D x P). Hasil kacukan itu menghasilkan pokok Tenera. Pokok Tenera ini adalah anak benih F1 yang biasanya tulen dan berkualiti serta layak ditanam di ladang. Dengan amalan agronomi yang baik, pokok Tenera dapat memberi hasil yang diingini. Beginilah kenyataannya dan penanam disyorkan untuk menanam pokok Tenera.
Bagaimanapun, hasil buah sawit Tenera yang jatuh ke tanah kemudian tumbuh menjadi anak benih tidak boleh digunakan sebagai bahan tanaman kerana ia bukan anak benih yang tulen. la ini adalah anak benih sawit liar (volunteer oil palm seedlings) yang hanya 50% akan tumbuh menjadi pokok sawit normal, 25% tumbuh menjadi pokok Dura dan 25% lagi tumbuh menjadi pokok Pisifera.
Pokok Dura akan menghasilkan buah sawit yang mempunyai tempurung yang tebal justeru mesokarp yang lebih nipis mengakibatkan hasilan minyak jauh lebih rendah daripada hasil sawit pokok Tenera. Bagi pokok Pisifera pula, ia adalah pokok “jantan” yang biasanya tidak berbuah langsung atau buahnya akan reput sebelum matang menyebabkan tiada hasil untuk dikutip. Kedua-dua jenis pokok sawit ini hendaklah dielakkan sepenuhnya daripada ditanam di ladang sawit. Sekiranya anak benih sawit liar digunakan untuk ditanam, maka pasti akan menghampakan hasil penanam untuk jangka 25 tahun kerana hasil yang amat rendah sepanjang masa.
Sebenarnya kenyataan mengenai anak benih yang diperolehi daripada pokok Tenera (atau dikenali anak benih bawah pokok) akan menghasilkan 25% pokok Pisifera (pokok sawit tidak berbuah) sudah diketahui sejak tahun 1938 melalui penemuan di satu kejadian di Afrika yang menanam sawit sebanyak 29,454 pokok telah menghasilkan pokok Pisifera sebanyak 24.3%.
Oleh itu, penanaman pokok Tenera yang diperolehi daripada pengeluar anak benih sawit atau tapak semaian sawit yang berlesen dengan MPOB adalah cara paling selamat. Pokok Tenera bukan sahaja memiliki ciri pengeluaran hasil yang lumayan, malahan hasilan minyaknya juga lebih tinggi sebanyak 30% berbanding pokok Dura. Hasilan minyak yang lebih tinggi ini akan membolehkan penanam mendapat OER yang lebih tinggi selanjutnya memberi pulangan yang lebih berbaloi.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Anak benih diperolehi daripada pokok Tenera tidak boleh digunakan sebab anak benih ini tidak tulen kerana pendebungaan terbuka mungkin telah dicemari oleh debunga pokok Pisifera dan menghasilkan pokok T x P (Tenera x Pisifera) atau debunga pokok Dura dan menghasilkan pokok T x D (Tenera x Dura). Pokok T x P akan membentuk 50% pokok Tenera dan 50% pokok Pisifera manakala pokok T X D akan menghasilkan 50% pokok Tenera dan 50% pokok Dura. Kedua-dua kejadian ini juga tidak diingini berlaku di ladang sawit kerana hasil akan terjejas.
Hanya di negara-negara mundur seperti perkampungan di Costa Rica, Amerika Tengah, anak benih sawit liar digunakan kerana mereka kekurangan pengetahuan dan pilihan untuk menggunakan anak benih D x P yang tulen. Akibatnya, penanam di situ mengalami hasil sawit yang rendah. Keadaan ini tidak harus berlaku di Malaysia kerana kita mempunyai banyak pengeluar dan tapak semaian anak benih sawit tulen, lantaran itu tiada sebab untuk menggunakan anak benih sawit liar kerana akhirnya akan merugikan.
Sumber maklumat :
1.R.H.V. Corley and P. B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Science Ltd, 2003.
2.C.W.S. Hartley, The Oil Palm, Longman Group Ltd, 1988.