Sambungan dari : Peninjauan Buah-Buahan Nadir Di Malaysia (Bahagian 2/2)
4. Buah Melaka (Phyllantus emblica L.)
Pokok melaka dikenali sebagai “Indian Gooseberry” dalam bahasa Inggeris, ia adalah sejenis pokok daun luruh. Pokok melaka dijumpai di Malaysia dan India. Kononnya nama bandar Melaka adalah berasal dari nama pokok ini yang banyak tumbuh di tebing sungai di kawasan melaka pada ketika itu. Pokoknya tumbuh pada ketinggian antara 8 – 18 m. Batang pokok melaka berbengkok serta dengan dahan-dahan terbuka luas. Bunganya berwarna kuning hijau.
Buah melaka bersaiz kecil, berwarna hijau kuning muda serta hampir bulat. Buahnya masak pada musim daun luruh. Buahnya berasa pahit dan masam. Buahnya biasanya dimakan bersama garam, dan segelas air. Air akan menjadi ‘manis’ selepas makan sebiji buah melaka. Kononnya buah melaka kaya dengan kandungan vitamin C. Di India, buah melaka amnya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama dalam sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan sebagai dakwat, pewarna, shampu dan minyak rambut. Pokok melaka kononnya dianggap sebagai pokok suci di India.
5. Buah Cermai (Phyllantus acidus L. Skeels)
Pokok cermai agak kecil dengan ketinggian antara 3 – 9 m. Buah cermai biasanya dimakan bersama garam atau dijadikan jeruk kerana rasa yang masam. Pokok ini kononnya berasal dari Madagascar tetapi kini tumbuh di merata-rata tempat di negara Asia tenggara. Buah cermai digolongkan sebagai buah nadir kerana kini agak sukar untuk menemui pokok ini. Pokok cermai tumbuh di kawasan rendah atau beraras laut sehingga 1,000 m. Buahnya kaya dengan pelbagai khasiat serta berfungsi perubatan tradisional.
Pokok cermai boleh dibiak melalui bii benih tetapi mengambil masa 4 – 5 tahun untuk matang, padahal jika ditanam dengan keratan batang, tempoh matang hanya 2 – 3 tahun sahaja. Buah cermai tidak bermusim namun musim besar amnya berlaku di antara April – Jun setiap tahun. Satu pokok cermai akan mengeluarkan hasil buah antara 10 – 15kg setahun. Jeruk buah cermai kini agak berharga kerana sangat sedap untuk dimakan serta berkhasiat.
6. Ceri (Mutingia calabura L.)
Pokok ceri adalah tumbuhan tropika. Sazi pokok tidak besar, tumbuh pada ketinggian 3 – 12 m, mempunyai corak pencabangan seperti kipas serta melendut ke bawah menjadikan bentuk pokok bagaikan bertingkat. Bunga pokok ceri berkelopak putih dan kecil, bersaiz 1.25-2 cm sahaja. Sazi buah ceri juga kecil, bergaris pusat antara 1 – 1.25 cm serta mengandungi beribu-ribu biji benih halus di dalamnya. Pokok ceri tahan terhadap tanah masam atau tanah alkali serta rintang terhadap musim kemarau, tetapi tidak tahan dengan tanah masin. Buah ceri digemari oleh budak-budak kerana ia berasa manis. Ceri boleh dirumus menjadi jem. Kelawar juga tertarik oleh buah ini dan sering memakannya.
7. Buah Melinjau (Gnetum gnemon (L.)
Pokok melinjau, juga dikenali sebagai belinjau, adalah tumbuhan yang mampu menjangkau ketinggian sehingga 15 – 20 m. Daunnya ketika Kerepek melinjau muda berwarna kuning gangsa kemudian menukar ke warna hijau tua berkilau apabila matang. Daun muda, bunga dan bijinya boleh digunakan sebagai ulam dan sayuran. Biji melinjau boleh juga dikisar menjadi tepung kemudian digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan kerepek. kerepek. Pokok melinjau adalah jenis kayu justeru sesuai dijadikan bahan papan.
Buah melinjau bercorak bulat melonjong dan berwarna hijau semasa mentah, kemudian menukar ke warna kuning atau merah ungu apabila masak. Buah melinjau mempunyai berat purata 5.5 g tetapi 3.8 g terdiri daripada biji benih. Biji benihlah yang merupakan komponen terpenting bagi buah melinjau kerana boleh diproses menjadi makanan. Pokok melinjau tidak mempunyai bunga dan buah, tetapi mempunyai biji. Bijinya mempunyai 3 lapisan kulit, lapisan pertama berwarna hijau semasa mentah kemudian bertukar ke warna merah setelah masak. Lapisan kedua kulit agak keras serta berwarna kuning di peringkat mentah kemudian tukar ke warna coklat gelap setelah masak. Lapisan ketiga kulit berwarna putih, nipis, dalam bahagian ini terdapat biji melinjau yang boleh dimakan. Kerepek melinjau yang digemari ramai adalah produk yang terhasil daripada biji melinjau.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
8. Buah kerkup (Flacourtia jangomas (Lour.)
Pokok kerkup dikenali sebagai “Indian coffee plum” dalam bahasa Inggeris, hidup subur di tanah rendah dan juga tanah bukit. Ia dipercayai berasal dari India. Di kawasan kerala, tumbuhan ini lumrah dijumpai. Kini pokok kerkup menjadi buah-buahan nadir di beberapa negara Asia Tenggara. Buah kerkup boleh dimakan segar atau dimasak. Kulit pokok ini berfungsi perubatan tradisional. Namun, di Australia, pokok kerkup dianggap sebagai salah satu perumah kepada lalat buah di negara itu.
Pokok kerkup tumbuh pada ketinggian 6 – 10 m. Pokok yang sudah tua tidak mempunyai duri, namun pokok muda pula mempunyai duri yang tajam. Batang pokok berwarna seakan-akan coklat cerah atau merah tembaga dengan daun berwarna hijau muda. Bunganya berwarna putih serta beraroma.
Buah kerkup boleh dimakan segar, dan membawa rasa sedikit masam serta berbau pekat. Buahnya digunakan dalam masakan kari di India. Ia juga boleh dirumus menjadi jem. Malahan di India, produk jem berasaskan buah kerkup telah dieksport. Buah dan daun pokok kerkup masing-masing berfungsi sebagai ubatan tradisional. Umpamanya, masalah cirit-birit boleh disembuhkan dengan menggunakan buah dan daun kerkup.
9. Buah Kerian (Syzygium cumini (L.) Skeels
Pokok kerian mempunyai penampilan yang indah, justeru digemari sebagai tanaman hiasan di taman rekreasi. Pokoknya sangat besar dan mampu mencapai ketinggian 30 m serta boleh hidup sehingga 100 tahun. Buah kerian biasa dikenali sebagai “Malabar plum” atau “Java plum”. Buah ini sering disalahfahamkan sebagai beri hitam. Ini sememangnya satu kesalahan besar kerana kedua-dua spesies ini adalah berlainan sama sekali. Pokok kerian dipercayai berasal dari benua India kemudian tersebar ke negara-negara pasifik seperti negara-negara di Asia Tenggara. Tanaman ini dibawa masuk ke Florida, AS pada tahun 1911. Buah kerian selain dimakan oleh manausia, ia juga diminati oleh kelawar, burung dan binatang kecil. Kayu pokok kerian sangat keras, sesuai digunakan sebagai papan di jalan raya keretapi serta bahan perumahan.
Bunga pokok kerian adalah beraroma serta kecil, lebih kurang 0.2 inci (garis pusat). Buah kerian yang mentah berwarna hijau kemudian tukar ke warna merah jambu, merah cerah baru menjadi warna hitam setelah masak. Buahnya berperisa manis atau sedikit masam, boleh dimakan segar atau dirumus menjadi jem atau kicap. Buah yang berkualiti rendah pula dijadikan minuman sirap serta jus buah-buahan.
10. Buah Redan (Nephelium glabrum Noronha)
Buah redan sama famili dengan buah rambutan dan pulasan, oleh itu bentuk buah juga ada persamaan. Famili ini mempunyai 25 spesies tumbuhan berbunga yang mana buah redan adalah salah satu spesies. Buah redan lebih biasa dijumpai di Pulau Borneo dan Sumatera, justeru ia juga digelar dengan pelbagai nama.
Buah redan dikatakan seakan-akan sama dengan buah rambutan tetapi saiz buah agak kecil iaitu hanya sebesar siling 20 sen serta berbentuk lonjong sedikit. Buahnya setelah masak akan menjadi warna merah tetapi kulitnya tidak berbulu seperti rambutan. Buah ini kini juga jarang dijumpai dan telah digolongkan sebagai buah-buahan nadir. Pokok redan juga dikatakan berbuah 3 tahun sekali.
Bahan rujukan :
1. Rukayah Aman, Buah-Buahan Nadir Dan Buah-Buahan Liar Semenanjung Malaysia.
2. Blog rasmi MARDI.
3. Wikipedia.com
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350