You are currently viewing Rawatan Gejala kekurangan Nutrien Sawit Berpotensi Menyembuhkan Penyakit Tompokan Daun

Rawatan Gejala kekurangan Nutrien Sawit Berpotensi Menyembuhkan Penyakit Tompokan Daun

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pestalotiopsis merupakan sejenis kulat yang sering menyebabkan penyakit tompokan daun tanaman termasuk sawit. Penyakit ini boleh dijumpai di tapak semaian yang terlampau kering serta juga boleh kelihatan di ladang sawit termasuk Semenanjung Malaysia dan Sabah khususnya ke atas daun lama di atas pokok sawit.

Satu keadaan umum telah menunjukkan tanaman sawit yang menghadapi kekurangan nutrien mudah dihidapi penyakit ini. Pokok hampir mati amnya juga mudah dijangkiti penyakit ini. Justeru itu, penyakit tompokan daun ada kala digunakan sebagai petunjuk masalah kekurangan nutrien yang berlaku terhadap tanaman. Walau bagaimanapun, penyakit ini amnya tidak berlaku secara kritikal, namun di Amerika Tengah dan Selatan, beberapa negara di situ termasuk negara Colombia yang mana pokok sawit yang lebih tua telah diserangi penyakit ini dan menyebabkan penurunan hasil dari 18 – 20 tan kepada 12 – 15 tan/ha. Pokok sawit muda jika diserang juga menunjukkan penurunan hasil dari 11 tan kepada 7 – 8 tan/ha. Sama ada sawit Afrika atau Amerika sama-sama berpotensi menghidapi penyakit ini.

Gejala penyakit tompokan daun yang disebabkan oleh kulat Pestalotiopsis berupa tompokan bulat yang mana di tengah-tengah tompokan itu wujud warna coklat atau kelabu yang dikelilingi oleh bulatan berwarna coklat. Bahagian terjangkit ini mempunyai kulat termasuk kulat Pestalotiopsis di dalam. Tompokan daun di atas pokok lebih tua mudah bercantum membentuk tompokan besar manakala pokok muda jarang-jarang bercantum membentuk tompokan besar.

Pada hakikat, kulat Pestalotiopsis merupakan kulat saprophytes yang biasa dijumpai. Spesies kulat ini adalah banyak. Namun, yang menjangkiti tanaman sawit adalah spesies kulat P. mayumbensis yang tersebar melalui tiupan angin. Kadangkala kulat ini hanya wujud sebagai kulat sekunder yang menyerang daun yang sudah dijangkiti penyakit lain. Cara semburan racun yang salah menyebabkan daun tercedera juga akan menarik kedatangan kulat ini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Apabila daun menguning akibat kekurangan nutrien, inilah masa paling optimum untuk kemasukan kulat ini ke situ. Daun sawit biasanya akan menguning apabila kekurangan magnesium, kalium malahan nitrogen. Jangkitan penyakit tompokan daun akan wujud pada masa berikutnya. Sebelum mengenal pasti punca serangan yang betul, rawatan racun ke atas pokok tidaklah digalakkan. Namun, selepas dikenal pasti adalah serangan kulat Pestalotiopsis, maka racun maneb-zineb atau benomyl (0.2% benlate) didapati berkesan untuk menangani masalah serangan ini.

Biasanya penyakit ini dirawati dengan menabur baja berkenaan untuk memulihkan pokok daripada kekurangan nutrien. Apabila langkah ini sudah diambil, kadar jangkitan penyakit ini akan berkurangan kerana kulat ini lebih gemar menyerang sel-sel pokok yang lemah. Bagi daun sihat, penyakit ini jarang-jarang timbul. Sehubungan itu, mengawal serangan serangga supaya menjaga kelestarian tanaman jugalah langkah pencegahan yang baik.

 

Sumber maklumat :

P.D.Turner, Oil Palm Diseases And Disorders, Oxford University Press, 1981, pp. 44,45,175,176,177.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com