You are currently viewing Ulat Pemakan Daun Manggis Kaedah Kawalan

Ulat Pemakan Daun Manggis Kaedah Kawalan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Ulat pemakan daun manggis adalah berasal dari peringkat larva bagi kupu-kupu Stictoptera cucullioides. Kupu-kupu ini akan bertelur di pucuk dan daun muda, apabila menetas, serangan akan bermula. Kupu-kupu ini aktif di waktu malam. Larva kupu-kupu akan menyerang pucuk, daun muda,putik buah dan bunga dengan ganas, dalam masa 5 – 7 hari sahaja, daun akan meninggalkan urat dan ranting kosong sahaja. Apabila larva diganggu, ia akan lompat ke tanah. Putik buah yang diserangi akan meninggalkan bekas berupa parut dan menurunkan nilai kosmetik. Daun muda dan bunga jika diserang pula akan merencatkan tumbesaran serta pengeluaran hasil manggis.

Apabila serangan dikesan, maka tindakan segera perlu diambil melalui penyemburan racun serangga. Racun-racun ini mengandungi bahan aktif seperti lambda-cyhalothrin (contoh : Karate, 5-10 ml/10 liter air), fenvalerate (contoh : Sumicidin, 15 ml/10 liter air), cartap hydrochloride (contoh: Padan, 10 g/10 liter air), trichlorfon (contoh: Dipterex 95 EC, 20 g/10 liter air), cypermethrin (contoh : Citrin Extra EC, 2 ml/4.5 liter air) dan deltamethrin (contoh: Decis, 10-22 ml/10 liter air) hendaklah disembur secara bergilir-gilir dengan selangan 7-10 hari sehingga serangan berhenti. Racun biologi juga boleh digunakan sebagai kaedah kawalan seperti Bacillus thuringiensis (contoh : Dipel WP, 3-17 g/liter air).

Bagi memerangkap kupu-kupu dewasa, perangkap lampu boleh dipasang pada waktu malam bagi mengurangkan populasi perosak di ladang.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

 

Sumber Maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal. 162-163.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my