Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Tanaman peria wujud dalam 2 varieti iaitu peria katak yang permukaannya menggerutu manakala peria Taiwan pula mempunyai permukaan yang licin serta bersaiz I lebih besar daripada peria katak. Tanaman tanah rendah ini adalah pahit buahnya dan sifat ini mungkin menjadikannya sebagai tanaman ubatan selain daripada tanaman sayuran.
Tanaman peria sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan pembiakan menggunakan biji benih adalah cara yang disyorkan. Batas selebar 1.2m dan 20 – 30cm tinggi disediakan untuk penanaman peria. Pada tanah yang masam dengan nilai pH < 5, pengapuran harus dijalankan sekurang-kurang 14 hari sebelum ditanam. Kadar penggunaan kapur disyorkan sebanyak 3 – 7.5 tan/ha bagi tanah gambut, 2 – 3 tan/ha bagi tanah bris dan 3 – 5 tan/ha bagi tanah mineral.
Â
Biji benih sebelum disemai harus direndam dalam air semalaman bagi mempercepatkan percambahan serta dirawat dengan racun captan pada kadar 15g/10kg biji benih. Dengan jarak tanaman 150cm x 50cm, sebanyak 7,400 pokok dapat diusahakan di kawasan seluas 1 hektar. 2 – 3 biji benih disemai dalam setiap lubang tanaman dan selepas 10 hari, penjarangan dilakukan bagi memastikan hanya satu pohon berada di setiap lubang tersebut.
Penjagaan
Selain perlu diari dengan sistem seperti pemercik, kawalan rumpai adalah penting kerana ancaman rumpai seperti sambau dan rumput kerbau boleh menurunkan hasil sebanyak 40%. Penggunaan racun rumpai serta merumput secara manual adalah dicadangkan.
Struktur pemanjat perlu didirikan bagi membolehkan tanaman peria memanjat. Struktur ini meliputi pemacakan 4 tiang bergarispusat 6cm setinggi 2.5m dalam bentuk 4m persegi, iaitu memuatkan 3 batas. Dawai kemudian dipasang menyambungkan keempat-empat tiang serta berlintangan bagi menyokong buah peria nanti. Apabila pokok telah setinggi 20cm, maka tali rafia digunakan untuk mengikatnya pada para-para dawai.
Penuaian
Peria mula dituai pada 8 – 9 minggu selepas ditanam. la dikutip secara 2 hari sekali dalam tempoh 12 – 14 minggu dan jumlah hasil ialah di lingkungan 10 – 20 tan/ha bergantung pada pelbagai faktor setempat dan kesempurnaan amalan agronomi. Selepas pengutipan, ia dibawa ke tempat pengurusan tanpa perlu di basuh supaya tidak lebam, di situ ia digred, dibungkus dan dilabelkan sebelum diangkut ke pasaran.
Anggaran Kos dan Pulangan
Segala kos yang diperlukan termasuk pembelian biji benih 6kg/ha, penyediaan tanah, pengapuran, pembajaan, merumput, penyediaan para-para dawai, kawalan penyakit, pembelian peralatan dan lain-lain lagi yang berkaitan, adalah sebanyak lebih kurang RM10,620/ha/musim.
Pada harga kebun peria RM1.20/kg, jumlah hasil di lingkungan 10 – 20 tan/ha dianggarkan memberi pulang bersih di antara RM 1,380.00 – RM13,380.00/ha/musim. Pendapatan untuk tenaga buruh keluarga bagi penghasilan 10 – 20 tan/ha tersebut ialah di lingkungan RM5,000.00 – RM16,600.00/ha/musim.
Penyakit Utama Tanaman Peria
Terdapat 2 jenis penyakit utama yang menyerang tanaman peria, iaitu kulapuk berdebu (diakibatkan oleh kulat Erysiphe cichoracearum) dan kulapuk downi (diakibatkan oleh kulat Pseudoperonospora cubensis). Gejala penyakit kulapuk berdebu ditunjukkan pada permukaan daun yang bertompok miselium putih dan berdebu, daun kemudian akan menjadi kuning, perang kuning dan berkedut. Sebagai akibatnya, penghasilan buah berkurangan serta kecil saiznya. Kulat ini disebar oleh angin dan keadaan yang tinggi kelembapan akan meningkatkan serangan kulat.
Kulapuk berdebu boleh dikawal dengan semburan racun kulat mancozeb, propineb atau tebuconazole. Bahagian daun yang dijangkiti harus dipotong dan dimusnahkan. Jika jangkitan adalah serius, maka pokok yang terjangkit harus dicabut dan dimusnahkan. Selain itu, amalan mengilirkan tanaman juga salah satu solusi meminimumkan kejadian penyakit ini.
Bagi penyakit kulapuk downi, ia direbakkan oleh medium air dan angin. Kawalan kultur adalah serupa dengan kulapuk berdebu dan racun kulat disyorkan ialah propineb, mancozeb, chlorothalonil atau propamocarb. Gejala penyakit ini juga jelas kelihatan di permukaan daun yang menunjukkan kelainan warna, iaitu menjadi kekuningan berbentuk siku serta hijau pucat, manakala bahagian bawah daunnya pula diselubungi oleh selapisan spora. Akhirnya, daun terjangkit itu akan bertukar ke warna perang dan mati. Pertumbuhan buah peria akan terbantut.
Perosak
Kumbang daun (Aulacophora flavomarginate) akan menyerang bahagian tengah daun sehingga menjadi lubang dan melayukan daun. Larva kumbang ini yang berada dalam tanah akan pula menyerang akar pokok sehingga ia berlayu. Disyorkan menggunakan racun seperti Carbaryl untuk menghapuskannya.
Bagi lalat buah (Bactrocera sp.) yang menyerang buah peria sehingga buah reput dan busuk selain bertukar bentuk dan terbantut, boleh dikawal dengan menggunakan perangkap methyl eugenol + malathion. Serangan kulat juga boleh dielekkan melalui buah pembalutan muda serta memusnahkan buah yang telah diserang.
Sumber maklumat :
1. Samiyah Mohamed Nasir dan rakan-rakan, Editors, Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan untuk Sayuran dan Rempah, MARDI, 2007 (Cetakan Kedua).
2. M.N. Mohamad Roff, Wu Boau Chyuan dan S. Jamaludin, Penyakit Utama Sayur-Sayuran Di Malaysia, MARDI, 2011.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350