Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Nangka J33 (Tekam Yellow) ditanam secara meluas di Malaysia. Baka ini adalah paling popular di Malaysia kerana beberapa cirinya yang unik termasuk saiz buah yang sederhana, isi buah yang manis, rangup dan sebagainya. la juga baka yang berpotensi untuk dieksport. Namun begitu, nangka J33 tetap mempunyai kelemahan iaitu rentan terhadap penyakit karat. Malah ada sumber menunjukkan 60% nangka J33 menghadapi masalah penyakit karat.
Pada hakikat, terdapat baka nangka lain untuk ditanam seperti J32 dan CJ3. Umpamanya CJ3 lebih rintang terhadap penyakit karat. Dalam anggaran, hanya 5% sahaja nangka CJ3 yang berdepan dengan masalah ini. Selain itu, baka CJ3 juga lebih merintang terhadap perosak serangga terutama semasa buah masak kerana buah yang masak biasanya mempunyai selapisan lilin di kulit luaran justeru dapat menyekat serangan perosak serangga.
Â
Secara perbandingan, CJ3 lebih tahan terhadap masalah kemarau memandangkan dalam musim kering ia tetap dapat berhasil dengan stabil. Pucuk air bagi CJ3 juga kurang berbanding cultivar lain dan keadaan ini dapat menjimat masa menjalankan pangkasan pucuk air.

Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Walaupun begitu, CJ3 didapati tumbuh dengan cergas sehingga ketinggian pokok meningkat dengan cepat. Oleh itu, bagi penanam CJ3, pangkasan hendaklah dijalankan bagi menghadkan ketinggian pokok agar tuaian hasil tidak menjadi masalah nanti. Baka CJ3 adalah sejenis nangka yang membawa kemanisan yang tinggi terutama semasa masak.
Masalah buah reput juga berlaku pada buah nangka termasuk juga CJ3. Gejala ini umumnya berlaku pada kanopi pokok yang rimbun. Dari segi fisiologi pokok, buah reput mungkin disebabkan oleh mekansime pokok yang menghadapi kekurangan makanan justeru terpaksa menyingkirkan buah yang ada melalui reputan. Oleh yang demikian, keadaan ini boleh diurus dengan pembajaan secukupnya tetapi jika baja berlebihan, buah akan merekah pula.
Antara baja yang boleh digunakan termasuk baja kimia, baja organik dan baja foliar yang boleh diaplikasikan secara berselang-seli. Baja foliar semakin penting penting pada masa kini kerana pengusaha tanaman semakin menyedari manfaat besar yang boleh didapatkan daripada baja ini, iaitu kemampuannya membekal nutrien dengan cepat kepada tanaman nangka selanjutnya melancarkan pengambilan nutrien dan mengelakkan perlakuan masalah fisiologi pokok. Bagi mendapat buah berkualiti tinggi, pendebungaan yang sempurna amat penting. Pendebungaan yang kurang sempurna akan menghasilkan bentuk buah yang tidak normal sehingga menurunkan nilai komersialnya di pasaran.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com