Pontian, 17 Disember 2023 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini telah melancarkan hibrid baru nanas manis L6 atau dijenamakan sebagai Nanas MS16 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya.
Â
Hibrid baharu nanas manis MARDI berhasil tinggi dan berkualiti telah berjaya dibangunkan lebih dikenali dengan nama MNS 2020 berasal daripada kacukan induk Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia. Hibrid nanas baharu ini berpotensi untuk pasaran segar berhasil tinggi dan toleran kepada penyakit reput teras bakteria.
Â
Pengenalan hibrid nanas ini sebagai satu lagi pilihan alternatif varieti baharu nanas manis dan berkualiti kepada pengusaha dan penggemar nanas di samping meningkatkan kepelbagaian sumber genetik tanaman nanas di Malaysia.
Â
Menurut Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Negeri Johor merupakan negeri pengeluar terbesar nanas di Malaysia dengan nilai pengeluaran sebanyak 212,000 tan metrik dan menyumbang sebanyak 66% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran nanas di Malaysia.
Â
Menurut beliau lagi, penggunaan teknologi baharu di dalam meningkatkan pengeluaran berhasil tinggi mampu dilaksanakan melalui gabungan pendekatan agronomi, fisiologi dan penggunaan teknologi mekanisasi yang lebih efisien dan seterusnya dapat menjimatkan kos tenaga buruh dan input. Selari dengan pembangunan teknologi pengeluaran nanas ke arah peningkatan produktiviti dan mampu mengadaptasi dengan pemanasan global melalui amalan agronomi dan mekanisasi, MARDI turut membangunkan teknologi berkaitan pengurusan perosak, penyakit dan pengendalian lepas tuai serta melibatkan strategi pengukuhan pemasaran.
Â
Menurut ahli Parlimen Pontian lagi, bagi memastikan objektif jaminan sekuriti makanan negara tercapai, proses pemindahan teknologi adalah penting bagi memberi manfaat kepada pekebun dan masyarakat sekiranya ia diaplikasikan secara efektif di lapangan dan beliau berharap agar aktiviti penyelidikan tanaman nanas di Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang tinggi.
Â
MARDI sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mewujudkan program pembaikbakaan dan pembangunan varieti baharu nanas sejak tahun 1980. Janaplasma nanas yang terletak di MARDI Pontian, Johor adalah koleksi pembaikbaka daripada dalam dan luar negara yang digunakan sebagai sumber genetik untuk menghasilkan hibrid baharu nanas MARDI.
Â
Bersempena dengan majlis yang diadakan ini juga, MARDI turut menyerahkan sulur nanas hibrid baharu kepada wakil agen pengembangan, Syarikat Pengusaha, dan Peserta Projek Perintis MARDI. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) turut menerima sulur nanas berkenaan sebagai agen pengembangan, Kulim Pineapple Farm Sdn Bhd, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO), Â MARDI Corporation Sdn Bhd, dan Lembah Mata Naga Sdn Bhd, serta peserta projek perintis nanas MARDI.
Â
Majlis pelacaran turut dihadiri oleh YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor ; Dr Azman bin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI; Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI; dan Yang Berusaha Encik Mohd  Khairuzamri bin M. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Sumber maklumat :
Portal Rasmi MARDIÂ
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com