Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Penghasilan mangga di India menduduki tempat pertama di dunia. Buah ini merangkumi 30% daripada jumlah pengeluaran sedunia dan merupakan salah satu pengeksport utama di global. Kini India banyak menerapkan kaedah penanaman pada kepadatan sangat tinggi (ultra high density planting, UHDP) untuk menyelesaikan masalah hasil kurang menggalakkan di India. Sebelumnya, hasil mangga dari India hanya mencatatkan 6 tan/ha, iaitu jauh lebih rendah berbanding Brazil pada 16 tan/ha. Selepas meneliti puncanya, didapati kepadatan tanaman yang rendah merupakan salah satu faktor utama. Selain itu juga, petani mangga di negara itu juga kurang tahu mengenai piawai eksport buah mangga. Walau bagaimanapun, pencorakan jarak tanaman tetap wujud sebagai hala tuju utama untuk dilaksanakan.
Kaedah UHDP dapat memuatkan lebih banyak pokok dalam unit kawasan yang sama sehingga memberi hasil melebihi 200% berbanding kaedah konvensional. Tambahan, saiz buah juga lebih seragam wujud sebagai kelebihan tambahan kaedah ini.
Kaedah UHDP pada asasnya berasal dari petani Afrika Selatan. Pada suatu hari sebelum itu, ramai saintis berkumpul di negara itu untuk menghadiri satu seminar. Petani mangga dari negara itu mampu memuatkan 900 pokok mangga/ekar, melebihi 40 – 70 pokok/ekar yang amnya dijalankan di India. Bagi petani yang lebih maju di India, kepadatan paling tinggi ketika itu hanya setakat 200 pokok/ekar. Penambahan hasil yang begitu banyak serta peningkatan kualiti buah membuka mata para saintis. Daripada situlah kaedah UHDP mulai disebarkan.
Kaedah UHDP mengguna penuh ruang yang ada dalam setiap unit tanah serta mengawal saiz pokok untuk memberi hasil paling optimum. Pelaksanaan kaedah ini mewajibkan petani membuat penyelarasan ke atas jarak tanaman, memangkas pokok serta beberapa amalan yang berkaitan. Kaedah UHDP juga dikenali sebagai meadow orchard system dalam bahasa Inggeris iaitu satu sistem penanaman yang menegaskan penggunaan baka katek, mengawal saiz jemala pokok, penggunaan dos baja dengan tepat, penjarakan tanaman yang lebih rapat serta kaedah memangkas pokok secara optimum. Dalam keadaan tertentu, racun pengawal tumbesaran pokok atau perangsang tumbuhan juga turut digunakan untuk mencapai misi tersebut.
Pada dahulu, petani di India menggunakan jarak 10m x 10m untuk menanam 40 pokok seekar ataupun 100 pokok per hektar. Pada jarak ini, pokok akan mengambil 8 – 9 tahun untuk membentuk kanopi yang sempurna. Hanya apabila kanopi pokok sudah berkembang dengan sempurna, pokok baru mulai memberi hasil yang menggalakkan. Pada kepadatan yang sederhana, umpamanya 5m x 5m, jumlah pokok per ekar ialah 160 pokok atau bersamaan 400 pokok/ha. Kedapatan ini akan membentuk kanopi dengan lebih cepat. Namun, kaedah ini masih boleh diperbaiki iaitu kepadatan pokok ditingkatkan ke aras paling tinggi sebagaimana dipraktikkan dalam kaedah UHDP yang menyiapkan penutupan kanopi dalam masa 6 tahun. Dengan erti kata lain, pengeluaran hasil akan melambung selepas tempoh masa ini berbanding 8 – 9 tahun dalam kaedah konvensional.
Terdapat beberapa amalan dalam kaedah UHDP tetapi semuanya tertumpu pada penjarakan pokok sahaja. Aspek ini perlu bergantung kepada jenis tanah, topografi tanah malahan cuaca setempat. Sebagai contoh, tanah rata dan subur boleh menggunakan jarak 4 x 2m antara pokok dan memuat 500 pokok/ekar. Pada tanah kurang subur serta beralun, baka bersaiz lebih kecil boleh digunakan serta berjarak 3 x 2m antara pokok dan memuat 674 pokok/ekar. Pemuatan pokok paling tinggi dalam kaedah ini ialah 674 pokok/ekar bersamaaan 1,600 pokok/ha. Hasil optimum yang boleh diperolehi ialah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Baka mangga Amrapali sebagai contoh jika ditanam pada jarak 2.5 x 2.5m mampu memperolehi jumlah pokok seperti disebutkan tadi.
Syarat – Syarat Dalam Kaedah UHDP
1. Pemilihan Baka Katek
Ini merupakan syarat terpenting jika kaedah ini hendak diamalkan. Baik pokok penanti mahupun bahan tanaman sion, kedua – duanya mesti dari baka yang katek. Banyak varieti katek boleh didapati di seluruh dunia, di antaranya ialah Amparali yang boleh ditanam pada kepadatan 2.5 x 2.5m dan memuat 1,600 pokok/ha.
2. Melatih Dan Memangkas Pokok
Pokok hendaklah dilatih dan dipangkas selalu untuk mengawal bentuknya supaya kerimbunan sentiasa dalam keadaan terkawal. Apabila ketinggian pokok mencapai 2 kaki, pangkasan pertama dimulakan. Ketinggian pokok dikawal pada 7 kaki sahaja. Bentuk pokok hendaklah bercorak segi tiga seperti sebatang payung. Dahan melintang pada setiap pokok hendaklah berjarak seimbang antara satu sama lain. Setiap pokok hanya mengekalkan satu batang sahaja dan bukannya banyak batang. Apabila pokok sudah meninggi sehingga 60 – 80cm, 4 batang dahan melintang dipilih untuk dikekalkan. Kemudian setiap dahan melintang utama ini dibenarkan mengeluarkan dua cabang yang berjarak 60 – 70cm dari batang pokok. Pencabangan kali ketiga adalah sama seperti kaedah pencabangan kedua tadi.
Selepas kutipan hasil, cabang kedua dan ketiga berukuran 15 – 20cm hendaklah dipangkas secara sederhana kemudian disemburi 1% urea dan 0.2% racun kuprum bagi menggalak tumbesaran pokok selain juga mengawal jangkitan penyakit melalui bahagian pangkasan tersebut.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Peringatan diberikan di sini supaya pokok dikawal pada ketinggian 7 kaki. Bahagian yang dipangkas hendaklah disapu atau disemburi dengan racun kulat seperti Bordeaux atau 2% copper oxychloride atau 0.2% Blitox-50 dengan kadar segera. Sebulan selepas pangkasan, pangkasan ringan hendak dilakukan ke atas pucuk – pucuk baru supaya mengawal kerimbunan pemucukan baru. Setiap tahun, 3 – 4 kali pangkasan pokok adalah munasabah.
Pokok berumur di antara 18 – 22 bulan serta berpotensi pengeluaran hasil tinggi akan mempunyai sejumlah dahan dan ranting melintang sebanyak 40 – 60 batang di atas pokok. Pokok dalam kaedah UHDP mula berhasil pada tahun ketiga selepas ditanam kemudian mencapai pengembangan kanopi sepenuhnya pada umur 6 tahun.
3. Pemasangan Sistem Fertigasi
Kebun yang menerapkan kaedah UHDP perlu menjaga jumlah pokok yang banyak, oleh yang demikian, pengusahanya dijangka tiada masa berlebihan untuk menjalankan pengairan dan pembajaan secara berasingan. Pada hakikat, kedua – dua tugas ini boleh disekalikan melalui sistem fertigasi menyampaikan air dan nutrien pada masa yang sama serta pada kadar saksama kepada setiap pokok. Tumbesaran dan pengeluaran hasil pokok akan menjadi lebih canggih dalam sistem fertigasi di samping mendapat penggunaaan air serta baja secara cekap. Anak pokok mangga perlu 4 liter air sehari dan kadar ini boleh disalurkan oleh sistem fertigasi. Pokok berumur 1 tahun memerlukan 10 liter air/hari manakala pokok matang perlu ada air sebanyak 20 – 25 liter/hari.
4. Jarak Tanaman
Jarak tanaman mangga pada 2.5 x 2.5m atau 2.0 x 2.0m atau 3.0 x 2.0m akan memuat jumlah pokok yang lebih tinggi daripada kaedah konvensional sebanyak 9.63 – 16.85 kali ganda, iaitu pemuatan paling tinggi 674 pokok/ekar.
Dalam kaedah ini, jarak antara pokok dalam baris kebiasaan ditetapkan pada 2m, yang berbeza ialah kelebaran antara baris dengan baris bergantung kepada kesesuaian operasi ladang masing – masing.
5. Kekerapan Pengairan
Mulai penanaman di kebun sehingga pokok berumur 4 – 6 bulan, pengairan dua kali/minggu disyorkan khasnya di masa cuaca panas. 2 – 3 bulan sebelum musim pembungaan (contoh bulan Oct – Dis), pengairan berlebihan hendaklah dielakkan untuk mengelak pertumbuhan vegetatif yang cergas yang akan menurunkan jumlah bunga. Bekalan air selama 2 – 3 bulan adalah penting untuk mengurangkan guguran putik buah serta meningkatkan saiz buah. Sebelum kutipan hasil, pengairan hendaklah dihentikan bagi mengelak gangguan terhadap kualiti buah.
Bahan rujukan :
1.Agri Farming.
2.Shyam Prakash Singh et al, Ultra – High Density Plantation of Mango: New Technology for Increasing the Income of the Farmers, Indian Farmers 4 (issue 5), 2017.
3. Agro Guide Service to Farmers, 2021.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com