Tanaman belimbing menghadapi ancaman serangga perosak yang agak banyak. Serangan ini amnya berlaku ke atas bunga, buah, daun dan batang pokok dan membawa kerugian kepada petani. Berikut diturunkan antara serangan utama yang dihadapi oleh tanaman ini.
1. Kupu-Kupu Bunga
Kupu-kupu bunga (Diacrotricha fasciola Zeller) berwarna kemerahan, saiznya hanya 0.5cm, merupakan perosak utama bunga belimbing. Larva kupu-kupu ini terselindung dalam jambak bunga. Di situ serangan akan dilakukan menyebabkan bunga gugur awal. Kadang-kadang sekuntum bunga menyembunyi 10 – 20 ekor larva. Keguguran bunga menyebabkan hasil buah menurun.
Kawalan Kimia : Semburan racun serangga dapat mengawal perosak ini. Racun mengandungi bahan aktif cypermethrin (contoh: Cybersect, 40ml/18 liter air) dan dimethoate (contoh: Dimet 40, 5ml/4.5 liter air) disembur bergilir-gilir pada setiap 5 hari. Semburan hendaklah dijalankan di waktu petang supaya tidak tersembur serangga bermanfaat yang sedang menjalankan pendebungaan.
2. Pengorek Buah
Pengorek buah (Cryptophlebia encarpa Meyrick) akan menyerang buah belimbing berumur 2 – 3 minggu melalui korekan ke dalam buahnya. Di luar lubang korekan itu kebiasaan terdapat fras hitam. Keadaan ini akan menyebabkan buah menjadi cacat apabila membesar nanti, buah juga mungkin gugur. Kadar serangan pengorek buah di kebun amnya dari kadar sederhana ke tinggi justeru hendaklah dikawal.
Kawalan Kimia : Semburan racun serangga digunakan semasa putik buah berumur 2 minggu yang mengandungi bahan aktif cypermethrin (contoh: Cypersect EC, 40ml/18 liter air); Garrison 5.5 EC, 12-18ml/9 liter air); Chiptrin 5.5, 10ml/10 liter air, acephate (contoh : Halex Acephate 75 SP, 5g/4.5 liter air) dan dimethoate (contoh: Dimet 40, 5ml/4.5 liter air).
Jika putik buah tidak dibalutkan, maka aplikasi racun serangga yang mengandungi bahan aktif berlainan hendaklah disembur bergilir-gilir setiap 10-14 hari sehingga buah menjelang kematangan baru berhenti.
Membungkus putik buah berumur 2-3 minggu adalah kaedaha kawalan terbaik tetapi sebelum membalut, satu pusingan semburan racun serangga dikehendaki. Memungut buah yang gugur serta menjaga kebersihan kebun jugalah kawalan bersepadu.
3. Lalat Buah
Lalat buah merupakan perosak utama terhadap banyak jenis tanaman buah. Bagi tanaman belimbing, kerosakan buah sehingga 100% akan berlaku jika kawalan tidak diambil. Putik buah berumur 2 – 3 minggu sehingga buah matang akan diserangi. Simptom serangan akan kelihatan di kulitnya jika terdapat lubang korekan hitam yang halus di situ. Buah yang sudah dimasuki larva lalat buah akan rosak dan reput dan tidak boleh dijual lagi. Jika buah tidak dibalut, maka aplikasi racun serangga berikut boleh mengawal serangannya.
Kawalan Kimia : Malathion (contoh: Hextar Malathion 840, 8ml/4.5 liter air), deltamethrin (contoh: Deton 250, 10-22ml/10 liter air), cypermethrin (contoh: Chiptrin 5.5, 10ml/10 liter air), fenthion (contoh: Lebaycid 550 EC, 10ml/10 liter air) dan dimethoate (contoh: Dimet 40, 5ml/4.5 liter air).
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
4. Ulat Bulu
Ulat bulu (Porthesia scintillans Walker) wujud di bahagian bunga, daun dan buah belimbing. Biasanya ia tidak memasuki bahagian dalaman buah. Namun, kulit buah akan dimakan dan meninggalkan bekas-bekas yang hodoh. Kemunculannya kebiasaan berumpun, bunga jika diserangi akan gugur awal; biarpun bunga tidak gugur, putik buah juga tidak akan terjadi. Buah-buahan yang menjadi mangsa serangan ulat bulu termasuklah mangga dan jambu batu.
Kawalan Kimia : Semburan dengan racun serangga seperti fenthion (contoh: CF Fenthiin 50, 10ml/10 liter air); Lebaycid 550 EC, 10ml/10 liter air), deltamethrin (contoh: Deton 250, 10ml/10 liter air) dan cyfluthrin (contoh: Baythroid, 10ml/10 liter air). Semburan dilakukan berselang 10 hari dengan satu atau dua pusingan sudah memadai.
5. Ulat Pemakan Daun
Ulat pemakan daun (Archip tabescens) bukan sahaja makan daun, malah buah berdekatan daun juga diserang. Ulat ini akan membalutkan dirinya dengan selapisan bebenang sebagai mekanisme kawalan diri daripada pemangsa lain. Daun dan pucuk muda amnya menjadi sasaran serangan ulat pemakan daun.
Kawalan Kimia :Menyembur dengan racun serangga seperti fenthion (contoh: Lebaycid 550 EC, 10ml/10 liter air) dan deltamethrin (contoh: Deton 250, 10-22ml/10 liter air) secara berselang 7-10 hari dan dengan satu atau dua pusingan sudah cukup untuk mengawal serangan ini.
6. Pengorek Batang
Pengorek batang (Indarbela disciplaga Swinhoe) akan makan kulit dan tisu dalaman batang pokok. Ia membina satu terowong di luar batang pokok bagi melindunginya daripada serangan pemangsa. Serangannya akan menyebabkan pokok kecil mati, manakala pokok matang akan terjejas tumbesaran.
Kawalan Kimia : Mula-mula cerobohkan terowongnya, kemudian cairan dimethoate disuntikkan (contoh: Dimet 40, 5ml dalam pencairan 1 bahagian Dimet bagi 10 bahagian air) atau alphacypermethrin (contoh: Fastac 10 EC, 6-8ml/10 liter air) disuntikkan ke dalam lubang serangan kemudian lubang itu disumbat dengan tanah atau bahan penyumbat lain. Jika tiada fras baru terbentuk di luar lubang bermakna rawatan ini sudah berjaya.
Sumber mklumat :
1. Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI 2008.
2. Panduan Pengeluaran Belimbing, Penyunting M. Abd. Rahman et al., MARDI, 1992.