You are currently viewing Beruk Berpotensi Menjadi Agen Kawalan Biologi Terhadap Tikus Di Ladang Sawit

Beruk Berpotensi Menjadi Agen Kawalan Biologi Terhadap Tikus Di Ladang Sawit


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Beruk (pig-tailed macaques), satu spesies daripada keluarga monyet yang mempunyai badan sederhana besar serta tumbung dan muka berwarna jambu merah didapati memburu tikus sebagai makanan di ladang sawit.

Penemuan ini dibuat dalam satu laporan terkandung di dalam Current Biology oleh Nadine Ruppert, seorang pensyarah Zoology dari Universiti Sains Malaysia bersama seorang rakan. Beruk memburu tikus dan memakan kepalanya menjadi satu senario yang memeranjatkan kalian kerana tidak tersangka binatang liar ini yang biasa memakan buah sawit, memburu biawak dan burung turut juga memburu tikus secara bersasaran dan sistematik.


Namun, kerosakan buah sawit yang disebabkan oleh beruk secara purata hanya 0.56% berbanding kerosakan oleh tikus yang lebih tinggi sehingga 17 kali ganda menyebabkan kerosakan hasil sawit sebanyak 10%. Menurut laporan tersebut, kerugian sawit yang diwujudkan oleh kerosakan tikus meningkat sehingga RM3.9 bilion setiap tahun.

Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan kajian antara Januari 2016 – Sept 2018 ke atas beruk di ladang sawit berdekatan Hutan Segari Melintang Malaysia dengan membahagikan binatang itu kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 44 ekor beruk. Hasil kajian itu membongkar setiap kumpulan beruk memburu sebanyak 3,000 ekor tikus setiap tahun. Ini bermakna beruk mampu mengurangkan kerugian hasil sawit yang disebabkan oleh tikus daripada 10% ke kurang daripada 3% dan menjimatkan kerugian hasil sawit sebanyak RM2.7 bilion.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com


Oleh yang demikian, para penyelidik menyeru supaya mengekalkan biodiversiti di ladang sawit serta memelihara kesinambungan habitat beruk supaya menjana ladang sawit yang lebih mesra alam. Dengan kata lain, beruk berpotensi menjadi agan kawalan biologi terhadap tikus di ladang sawit. Peranannya bahkan setanding dengan burung pungguk.

Sumber :

Lamont Mark Smith, Researchers discover rat-eating monkeys acting as “pest control” on Malaysia’s oil palm plantations, Business Insider.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my