You are currently viewing Sulfat

Sulfat

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Seperti nutrien lain, sulfat (sulphur, S) juga mengalami kehilangan di ladang sawit terutama melalui buah tandan segar yang diangkut keluar, tanah berpasir, tanah di kawasan bertaburan hujan tinggi serta tanah yang menjalani pembakaran. Di Indonesia, oleh kerana penanam umumnya menggunakan urea dan dolomite untuk menggantikan sumber kieserite yang lebih mahal di samping juga jarang menggunakan single superphosphate menjadi masalah tersebut semakin kritikal.

Untuk menilai keadaan sulfat di ladang sawit, satu kajian merangkumi keluasan 1,080 hektar di Sumatera dan Kalimantan telah dimulakan pada tahun 2006. 6 Kawasan yang dinilai itu membawa kepada keputusan bahawa kandungan sulfat di dalam tanah memang berkurangan iaitu hanya mencapai 75% daripada tahap kritikal pada tahun 2009.

Sulfat sejenis nutrien penting kepada tanaman sawit kerana kekurangan nutrien ini akan
menyebabkan hasil menurun. Sulfat terdapat di dalam kandungan nutrien yang bersifat sulphate seperti ammonium sulphate, kieserite, single superphosphate, potassium sulphate, gypsum dan nutrien lain. Kesemua nutrien ini sebenarnya datang dari sumber nutrien nitrogen (N). Jika sulfat dibekal melalui nutrien tunggal, maka ia bersifat masam yang akan memasamkan tanah.

Oleh itu, bekalan sulfat dalam nutrien nitrogen yang bernisbah 10:1 dianggap sebagai kadar yang munasabah dan mencukupi untuk keperluan tanaman sawit. Dalam aspek ini, kieserite adalah satu pilihan yang baik kerana mengandungi peratusan magnesium dan sulfat yang hampir seimbang (16% Mg, 21% S) iaitu satu tahap yang bersesuaian dengan keperluan sawit.

Sumber maklumat :

J. Gerendas, C.R. Donough and T. Oberthur, Sulphur Nutrition of Oil Palm in Indonesia-The Neglected Macronutrient”, PIPOC 2011, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :